Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Sunday, December 25, 2011

Tidak Pernah Mungkir Janji



Ya Allah Maha Besar Engkau.
Indahnya permai alammu.
Walaupun
kadang-kadang  aku siksa
dalam derita sakit
dalam nestapa nasib.
Aku bersyukur
nafasku belum terhenti
jantungku masih jua berdegup lagi.

Siang aku penyair
tentang manusia jadi kerbau lembu.
Malam aku pemain teater di pentas tanpa cahaya.
Tanpa penonton jua
kerana ini musim orang
memanjat awan, memetik bintang, menggilap bulan
belum pada sampai
masanya lagi untuk berbelasungkawa.

Makanya
berlakonlah aku seorang diri
drama absurd
yang bermula tanpa akhir
dan
berakhir tanpa mula.

Tanpa belas penonton
tanpa tirai terlabuh turun
kerana penarik tirai pentas kini
hilang sudah entah kemana sembunyi.

Pun demikian, Ya Allah,
Aku syukuri segalanya ini
setiap  untung setiap rugi
kerana neracamu
tidak pernah mungkir janji.

yassinsalleh
0906 hrs. Dis 26. 2011
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Merry Christmas & Happy New Year.



Tenguk wayang di TV
Gambar orang menghias Christmas Tree.
Di luar turun salji.
Santa Claus terbang tinggi.
Anak kecil menadah stoking di birai chimney.

Esuknya
Miracle jadi reality.
Anak kecil the nobody’s child
ketemu ayah dan ibu baru.

Bersimpuhlah dia di bawah christmas tree
membuka hadiah sebungkus angin pilu
dilepaskan bebas terbang ke angkasa luas.
menari dari bintang ke bintang di langit lepas.

Dan anak itupun
Live happily ever after
dalam kasih sayang abadi.

Merry Christmas & Happy New Year.

yassinsalleh
2200 hrs. Dis 25. 2011
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Monday, December 19, 2011

Interlok Kini Akhirnya Dilok Sudah - Interlok Is Now Finally Locked



Dan
himpunan fikir budayawan
rimbunan zikir sasterawan
timbunan kikir bangsawan
tambunan fakir cendekiawan
melihat dalam buta
mendengar dalam tuli
bersuara dalam bisu

Abdullah Hussin,
dalam suluh bulan gerhana
bakar sajalah 
watikah anugerah 
Sasterawan Negaramu itu.
Buat apa mati tak payah bayar 
di pembaringan wad kelas satu,
dalam pada sampai sudah
bahasa,
sastera,
budaya
dan
jiwa bangsamu
yang kau perjuangankan
dengan keringat, airmata dan darah
sepanjang hayatmu itu
kini
dilontar keluar dari mimbarnya.

Interlok kini akhirnya dilok sudah.
Interlok is now finally locked,
oleh Melayu yang gelabah Goblok,
yang gaplah Bongok.

Aduhai,
Ramainyalah SN 
yang sedang berburu mimpi
kalau-kalaulah kalian terjaga 
nak dengar apa yang dinyanyi?

yassinsalleh
1155 hrs. Dis 20. 2011
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.







Sunday, December 18, 2011

Yang Terpadam Lenteranya



Kalaulah aku merbah
kepak patah dah.
Kelicaplah kiranya aku
lagilah parah paruh dah pecah.

Tapi syukurlah ya Allah
Aku sudah 65 tahun
menjadi pemain watak orang tabah
yang demam tak pernah kebah
bila berlawan senantiasa rebah kalah.

Syukurlah aku tidak pernah engkar
arahan sutradara pentas.
Walaupun nestapa
pemain teater amatur
tidak punya ruang untuk
tukar-tukar peranan sesuka mahu.

Yang tak cukup rupa
yang tak merdu suara
jangan cuba-cuba main
watak dewa-dewa
atau
maharaja
atau
memanda kepada raja.
Nanti tulah.
Mulut jadi sopak,
pipi tumbuh kurap,
anu tak boleh marah.

Sudah sampai usia bersara
aku ini,
pemain tua
pentas teater jelata nan melata.

Syukurlah,
letih dah aku
kena bahasa kena kata
di atas lantai pentas citra
impian suatu budaya
igauan suatu bangsa
yang terpadam lenteranya.

yassinsalleh
1404 hrs. Dis 19. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh

Jadi Sajalah Drebar Lori Sentewong



Masa kecil dulu
nak tenguk wayang
cheap matinee
cerita Tarzan lawan
orang putih jahat;
boleh ambik upah 
jaga bola orang main tenis.

Bila dah besar
nak tenguk wayang
P. Ramlee nyanyi lagu sedih 
macam hero filem hindustan 
ditinggal kekasih;
boleh ambik upah menangis 
berarak mayat cina mati.

Bila remaja,
nak buat seluar yengki,
pakai memikat anak joget funfair,
bolehlah tolong bersihkan 
reban ayam tengah malam.

Musim cuti sekolah
boleh duduk rumah Pak Long 
di Kampung Melayu, PJ,
jaga motor di Taman Selera.
Dapat duit boleh pegi
tenguk orang joget di BB Park.

Mudah sangat masa dulu-dulu.
Duit senang cari.
Duit nilainya tinggi.
Takde istilah inflasi bagaikan kini.

Sekarang tak boleh dah macam tu,
kalau nak cari duit mudah dan banyak
kenalah belajar dengan mat africa puja duit
atau awang burma jual sirih
atau abdul kemboja berjaja kain.

Tapi
kalau susah sangat
tangkap sajalah anjing
buat satey
jual naik motor 
dari rumah ke rumah.

Mat, Awang dan Abdul tu 
dah taknak buat kerja
tu semua lagi dah
mereka dah ada mykad.

Makanya,
kita berniagalah 
macam mereka masa mula tiba dulu.
Bolehlah minta kerja jadi gembala lembu.
Dapat duduk kondo di awan tinggi.

Atau,
jadi sajalah drebar lori sentewong
boleh jadi kerabat kraton
tukang angkut kontena qorun,
tanam dalam hutan simpan 
di ladang sukun dalam gaung.

yassinsalleh
2105 hrs. Dis 18. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Saturday, December 17, 2011

Nyamukpun Lenalah



Hujan.
Malam ini banyak nyamuk.
Malam.
Nyamuk nyanyi di telinga.
Hujan.
Lebat turun basah songkok.
Malam.
Rimbun rindu resah sayu
payah pilu.

Esuk,
pindah rumah baru
atau buat pondok tepi belukar
atau pasang kemah tepi sungai
atau duduk rumah orang tua
atau masuk wad 3
hospital tanpa katil
jururawat tanpa selendang
doktor tanpa celana

Ah,
kalaulah mungkin
ada mimpi dalam kamar
litup tertutup
tanpa emel tanpa blog
tanpa facebook
tanpa ceritera lembu
dikandang dalam kondo
tanpa kenyataan akaun
komisyen dan markup
harga beli kondom jual viagra
dan modes sutra.

Tanpa jua sidang katak
berbicara
betapa perkasanya
seorang Tok Mudin tua
menebang hutan menebuk gunung
menggali gua menghitung qorun.
Makanya,
basahlah songkok sang bilal
memanjat menara.

Nyamukpun
lenalah di antara peha
pari-pari telanjang
di mimbar biara

yassinsalleh
0524 hrs. Dis 18. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Friday, December 16, 2011

Tak Eluk Benar Bunyinya



Begitu banyak durian luruh
sampai busuk kat bawah pokok
tak berpungut
takkanlah aku nak minta sebiji dua
tak boleh pula.

Aku bukan nak punggah pakai lori
pergi jual kat kondo gembala biawak.

Aku cuma nak buat tempoyak jer.
Nanti bila makan takde lauk
bolehlah juga colek sambal
lalu juga makan
walaupun
dengan nasi sejuk dah tinggal kerak.

Aku nak minta tu
kerana taknaklah ambik gitu jer
nanti orang kata
aku curi durian pulak.
Kalau ada empat saksi
kena potong pulak tangan.
Lagipun
takkanlah nak bagi anak-anak
makan tempoyak durian curi pulak.
Tak eluk benar bunyinya,
berdosa.

Kalaulah aku ada dusun durian sendiri
boleh juga buka kilang buat lempuk.
Tapi, alahai,
manalah aku nak cekau tanah seluas itu.
Nak buat tapak rumah kecil tiang seribupun
aku tak punya.

Kena minta tolong tempualah juga nampaknya,
Aduhai.

yassinsalleh
1903 hrs. Dis 16. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Wednesday, December 14, 2011

Kerbau Tak Bodoh Macam Lembu



Kian keruhlah kubang kerbau bermandian.
Kian gemuklah kutu yang dah lama tak dipagut bangau.
Akan kian jua terpalitlah lumpur ke tiang, ke dinding,
ke tangga ke batang pohon di sudut halaman
dan juga ke kereta cantik cat pearl metallic
Porche dan Mercedes CGI
yang diteduhkan bawah rimbunan pokok jambu.

Aduhai kerbau
engkau ni bodoh sungguh ke?
Atau
sajalah tak tahu adab.
Atau
apakah kau kurang ajar.
Atau
sajalah suka menganjing.

Payah sungguhlah jaga kerbau ni.
Jaga lembu mudah amat.
Letak dalam kondo,
pasang  air cond,
gincukan bibirnya
bolehlah ramas teteknya yang tak berkutang.

Seghairahnya
perahlah susu buat dadih buat keju.

Tapi orang tak kata pula bodoh macam kerbau.
Orang tetap juga kata bodoh macam lembu.

Kiranya kerbau ni jenis orang cerdiklah ya!

Yassinsalleh
1216 hrs. Dis 15. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Tuesday, December 13, 2011

Pohon Nan Condong



Bila ditanam pohon yang condong
batangnya tegak di laman kita
buahnya jatuh ke laman orang.
Tapi tetap jua
kita berbantahan dan berebutan
hak punya pagar dan hujan siram pohon
tapi tak siapapun
yang mahu dan sedia membajanya.

Aduhai Melayu
berbunuhan kita berebutan
hak waris laman pohon condong.

Alahai
dulunya dagang kurus
menggalas lalu
kini dedalu subur
yang memungut buah gugur
di lamannya sendiri.

Amboihai
baiknya budi
emak si Randang.

yassinsalleh
1348 hrs. Dis 12. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Thursday, December 8, 2011

Si Janda Kaya Atau Waris Menteri Lembu.



Cengkerek riang berlagu
agas terus jua tak henti mengganggu
nyamuk pula
mengepungku dalam kelambu
dan
gerimis juga
bagaikan melafazkan setia
lalu piluku menitis di mata.

Aduhai ponson
pun kau lengang menghampar sepi
aku tahu tak siapa akan di sini
mempersendakan hari matiku.
dan
langitmu kini
sudah tempat pulang
burung-burung walit membuat sarang.

Makanya pasrahlah
aku mengulit piatuku.
tanpa sayang, tanpa benci
tanpa esuk, tanpa janji.

Di kuburan teater belasungkawa
ada tangis ada wajah murung
tapi di balik cermin mata hitam
mata membelingas mencari wajah
si janda kaya 
atau waris menteri lembu
memperagakan binceknya.

Soldadu tua ini
tidak akan lagi membukakan
gelanggang senda
citra pawai yang kehilangan lentera
sementara di belakangnya
topeng-topeng yang menutup wajah
satu, satu, membuka luka dan duka.

yassinsalleh
1329 hrs. Dis 9. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Selebar Rambut Dibelah Tujuh


Kaki langit ubun-ubun laut
dari jauh kelihatan bertaut.
Demikianlah
tamadun peradaban manusia
dibumi pasrah yang dikongsi.

Dari jauh
pekerti dan hemah dilihat bagaikan sebati
bertali temali dalam ikatan bersimpul mati
dengan adab dan budi
dalam sumpah dan janji yang payah.

Dalam demikian termengkelan
masih jua ditanakkan nasi dagang yang lalu
burung-burung
terus jua menenggekkan dedalu
di dahan mempelam
dan rambutan jantan.

Berzamanlah pula nanti
tiada tempat burung nak berengger
tiada dahan yang tak berkerengga.

Selebar rambut dibelah tujuh
Itulah jarak yang memisahkan putihnya tulang
dan merahnya hati
hulubalang tak berpanglima
pelaut tak berjuragan
pelabuhan tanpa Syahbandar
dan Temenggung hilang celana
alahai.

yassinsalleh
1724 hrs. Dis 8. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Saturday, December 3, 2011

Takde Dah Main Selak-Selak Kain




Kuala lumpur dah mula reda
Kenduri maki hamun dah takde                                    
Kambing dah pulang jaga sirih
Kerbau dah balik bajak sawah
Takde dah main selak-selak kain
Amanlah lembu dalam kondo
Takde  dah siapa yang nak bising-bising

Takde apa dah masaalah
Semua dah diperjelas
Segalanya dah sempurna
Formula kelangsungan sudah ditemui
Lepas shopping balik dah semuanya.

Pulanglah dulu
Hisap punting minum susu
Tidurlah nyenyak dalam buaian
Dodoi  ya dodoi alah dodoi
Dodoi si dodoi

Tak payah dah makan pakai garpu.
Sebelum pulang
Jangan lupa buang baki kondom
Nanti sampai rumah
kena cak lempong pulak.

yassinsalleh
0348 hrs. Dis 4. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh.
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Right Reserved


Friday, December 2, 2011

UMNO Adalah Melayu



UMNO adalah Melayu.
Menjaga Melayu adalah tanggung jawab UMNO.
Menjaga UMNO adalah tanggung jawab Melayu.
Ini jelas, tanpa pertikai.

Makanya,
UMNO dan Melayu tidak harus dipisahkan.
UMNO dan Melayu jangan diceraiberaikan.
Nanti percuma Melayu akan hilang di dunia.
Ini pasti tanpa mungkir,
tanpa kalau, tanpa atau,
tanpa mungkin.

Masaalahnya kini,
penyakit sawan babi,
virus tak reti mandi junub laki bini,
para jeragan taksub,
para laskar takjub;
berarak panji-panji
dalam warna nafsu nafsi
bongkak si kaduk naik junjung
riak memanjat langit tinggi-tinggi
dan bila berpijak di awan
buka zip celana, tunjuk anu
selak modes sutra, tunjuk bincek
kencing menyirami
mereka yang melata
di bawah sana,
yang merata
tak bermata, tak bertelinga,
tak berlidah, tak berbahasa.

Kembalikan UMNO tulen.
Semulakan Melayu yakin.
Kita mulakan dengan kelas fardu ain.

Selamat bersidang

yassinsalleh
1143 hrs. Dis 3. 11
Kuala Lumpur
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Thursday, December 1, 2011

Getik Aku



Hebatnya Lembu Melayu.
Gembalanya tak naik kuda.
Koboi NFC naik  Mercedes CGI.

Gembala lembu kondo
Islamist yang patuh,
sempat pergi umrah lagi.

Kepala lembu koboi Melayu tenang,
tidak serabut, hati senang
sebab selalu terbang
bercuti ke sana sini
merehatkan otak
santai sesantai-santainya.

Tapi
sekarang dah kena bantai
taik lembu dah terburai
alahai.

Bini Sang Gembala,
Emak si anak-anak koboi kata
Dia takde kena mengena
Janganlah selak-selak kain dia
Kalau nanti lembu-lembu gundah gelana
terjun kondo pula,
siapa yang susah?
Si Budak Hitam tu juga.

Nanti ada pula orang kata
“Pendek kata, tanah di Putrajaya
tak boleh buat kandang lembu.
Tahi lembu busuk.”

Getik aku.

yassinsalleh
1155 hrs. Dis 1. 11.
Klinik Sejahtera Puchong.
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved



Tuesday, November 29, 2011

Di Pucuk Meranti , Sang Tupai Tertawa Ngeri



Wau Bulan
melayang tinggi di langit biru.
Menyelinap terbang dari awan ke awan.
Pun sayup tinggi menari-nari,
layang-layang megah itu masih jua
dipegang talinya
di rumput hijau belum bertebas
dipadang lepas, di bendang luas.

Kalaulah tali itu terputus
atau terlepas kerana jari melelas
atau bila angin tiba-tiba jadi malas
wau itu akan melayang jatuh
ke tanah basah, ke lembah rendah
di mana belalang dan merbah
resah dan gundah.
Gelisah.

Melayang-layang, terlayang-layang,
jauh jatuh layang-layang  
ke tepi longkang.

Terdampar
ke sarang musang
bila siang melarik petang
bila rembang melintas malam.
Terkapar
di awan merah kaki langit lelah.

Dan
di pucuk meranti
Sang Tupai tertawa ngeri
di tempat jatuhnya
yang kian jua dipertinggi.

yassinsalleh
1100 hrs. Nov 30. 11.
La Cassa Pacifica D Yasleh.
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.


Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah 1433


Di Maal Hijrah yang baru ini,
bersamalah,
Kita kukuhkan azam keimanan yang jitu,
Kita teguhkan iltizam ketakwaan yang padu.
Kita runtuhkan tinggi menara nafsu nafsi.
Kita rebahkan junjung haloba dalam diri.
Kita tebang pohon tinggi bongkak riak panji-panji

Dan
kita pahatkan
di dinding kamar tidur pelamin mimpi,
Sabda Nabi:
“Tidak beriman orang itu bagi aku,
kalau ia boleh tidur nyenyak, sedangkan
ia tahu bahawa jirannya sedang kebuluran.”

Selamat Merayakan Maal Hijrah 1433.
Semoga Allah memberi kita keperkasaan
dalam menegakkan makruf
dan menolak mungkar.
Allahuakbar.

yassinsalleh
1119 hrs 1 Muharram 1433
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved



Thursday, November 24, 2011

Hikayat Malam Malang Pak Kaduk


Antara kelap kelip kunang-kunang
dan
kerdipan
bintang-bintang,
Kita surahkan
Hikayat Malam Malang Pak Kaduk.
Kisah orang besar orang kecil.
Ceritera orang mulia orang hina
Perihal orang baik orang jahat.
Citra orang berhati orang berbudi, 

Ukuran
sejauh mana panjangnya
perjalanan usia seseorang manusia
membuka jalan lebar,
membina tembuk besar,
melengkar duri pagar,
mengepung kepuk padi
nurani dan budi.

Neraca
dosa vs pahala
account balance
imbangan yang dibawa ke akhirat.

Demikianlah
epilog malang Pak Kaduk
senarai nama yang baik-baik
barisan nama yang jahat-jahat
rahai runduk
terjelepuk
tepuk.

yassinsalleh
2202 hrs. Nov 23. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.