Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Monday, January 3, 2011


Di Kaki Tanggamu

Sunyi-sunyi begini terasa ingin saja aku
menompang sayap agin terbang ke puncak sepi
melihat awan mendandan biru langit tak bernyanyi.

Sepi-sepi begini terasa mau saja aku
terbang lepas dan bebas
di saujana maya lepas tak bertepi
mencari dan mencari
dari mencari entahkan apa.

Kalaulah kau ternampak
dalam mencari itu aku rebah lelah,
di rumpun kaktus
akan kau pelawakah aku
singgah
di kaki tanggamu?

---yassinsalleh
1711 hrs. dis 18. 10
 di tepi sungai airnya tidak jernih
 Copyright (c) 2010 yassinsalleh
 All Rights Reserved

Dan Lagi Dan Lagi Dan Lagi...

Kalaulah ada pelangi
akan ku titi ia mengejar detik itu
tapi tengahari ini tidak ada gerimis
matahari pula sedang amat malas,
alahai.
angin pula sedang jua keletihan
dan sidang sapurba itu pula
nun sayup di puncak fatamorgana,
aduhai.

Loya sungguhlah
bila orang tak mau tau
dia tak tau
ceritera yang terselinap
di bawah debu
di bawah kaki yang
menginjak kepala sang dungu.

Akan berterusanlah
citra nestapa seloka
sengsara
sekandang kabilah yang
hilang semalamnya.

Setiap kali dipasangkan lentera
setiap itulah pula
sepinya gempita
hilang nyanyi hilang bunyi
dan rebahlah padi
kemuncup pun
rancaklah menari.

Dan
bunga lalang terus jua
terbang lagi
dan lagi dan lagi dan lagi.....

---yassinsalleh
1119 hrs. dis 17. 10
ponson, manchis,
bentong.
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

Mengenangkan Piatuku

Menu semalam.
Jeruk maman,
patah-patahkan lada
peroikan sejuring belacan
gaulkan ikan bakar tawar
ubi rebus panas-panas
ulamnya petai belalang muda
makan di pangkin hujung halaman
minumannya air nira kabung
muziknya desir angin menggesel daun-daun
lagunya nyanyi unggas di rimbunan pohon.

Aduhai nikmatnyalah jadi penghuni alam
jauh dari kota duka
jauh dari tersendiri dalam seloka
orang-orang berebutan sarang.
Tapi
hari ini ada nasi 
dan boleh minum kopi.
Aduhai.

Leganyalah sengsara diri.
Masih ada kawan mengenangkan piatuku.
Kalaupun mati bukannya kerana tak makan.
Terima kasih Wak.

---yassinsalleh
1615 hrs. dis 22. 2010
ponson, manchis, bentong, Pahang.


Tanpa Angin Menari

akan ku bawa
secangkir kopi tanpa gula
melangkah ke tahun baru. Esuk.
Tanpa angin menari
kerana lusa akan membatalkan
tempahan mimpi.
Rambut tersimpul mati.
mulut terkancing gigi.
Selamatlah,
yang selamat tahun barunya.

---yassinsalleh
1329 hrs. dis 31, 2010
antara seloka & senda
citra piatu
di denai semalam
yang padat belukar.

Wednesday, December 15, 2010

Selasa 14.12. 2010. Hari ke 40 Mummy Pulang ke Rahmatullah.




Mummy sayang.
Esuk
hari ke empat  puluh Mummy pulang.
Dengan rindu yang amat
kami datang menatang duka
dalam pasrah.

Kita jumpa esuk
ya Mummy sayang
Abang kata dia akan cuba tidak menangis,
“Abang nak Mummy tenguk abang kuat.”
Aduhai.

---yassinsalleh
1215 hrs dis 13. 10
perjalanan kl-chenor
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

------------------------------------------

Wednesday, December 15, 2010
I miss you Mummy 5

Yesterday was the 40th day since Mummy was called home, so after sending Adik to work, and having auntie Jen so graciously taking leave from work and lending her car, Daddy, Abang, Auntie and I pack in the car with two pots of plants we’ve been nurturing for about a month, shovel and a cooler bag full of drinks and head off to Chenor.

It was an uneventful drive, gave me plenty of time to think, memories peppered each landmark, and actually threatened to overcome my concentration, so I sang myself hoarse, so I could drive us safely there. We had breakfast along the way, so arrived at the graveyard around 12.30 p.m. The weather was exceptional yesterday, it was drizzling as we were driving, but by the time we arrived, it had stopped and because of that the sun was hidden by clouds so it wasn’t that hot. When we arrive Dad and Abang got to business, Abang raking the leaves and dad started raising the ground of mom’s grave using the shovel we bought the day before.

Dad and Abang spelled each other from time to time, it was hard work, the soil was wet so it was heavy to lift, but around 1.30 p.m., they were nearly done, the only thing left was to plant the plants we brought plus the plant in the pot I left 39 days ago. I was playing camera woman while all this hard work was going on and it was hard too because I kept being bitten by ants and going through the mud in my sandal was hard work. After the grave was done to Dad’s satisfaction, Dad recited Al-Fatihah and prayed, and so we said goodbye to Mummy yet again.

As we were cleaning up and packing things back up Dad told me to go back to the grave and take full shot of the grave. So I went and being alone, my tears could not be dam up anymore; I cried and told Mummy how much I miss her again and again. I think I took more angles of FS than required by Dad, but I guess Dad in his instinctive way, yet again, give me the chance to grieve privately.

Actually it was harder driving back, because we drove to Temerloh and that route hold so many memories, and going through the bridge was hard, Mom, Dad and I have a history on a drive to that bridge (maybe I’ll write about it someday), I think whatever part of my heart that has healed since broke again and I guess my bubble basket have to be back hard at work collecting the pieces.

After arriving safely at home, from a drive that took all my stubborn will to concentrate on, and after eating dinner, I distracted myself with WOW and Facebook games, Dad told me to sleep around midnite, I capitulated , but I kept tossing and turning, I can’t sleep. Abang had trouble sleeping as well, I talked to him about Mummy until he fell asleep but I myself can’t enter that sweet unconscious dreamland. So I did what I usually do when I can’t sleep and I need to, I texted Phil, unburden what was in my mind and cried myself to sleep. I miss you Mummy.


Sumber:

Wednesday, December 8, 2010

Anginpun Menyimpang Lalu


Selamat pagi matahari.
Terima kasih,
kau datang kembali.
Putih sudah awan.
Biru sudah langit.
Dan malam nanti,
takkan,
ramai sangatlah nyamuk
yang kelawar
tak sudi datang makan.

Matahari.
Pastikan esuk aku boleh motong.
Aku nak beli quinine.
Demam ini janganlah malaria hendaknya.
Tak Siapa nanti nak pacakkan kemboja di kuburan.

Aduhai.
Terbuangnyalah piatu.
Anginpun menyimpang lalu.

---yassinsalleh
1115 hrs. dis 10
ponson, manchis
bentong, Pahang.

Tuesday, December 7, 2010

Avant Garde De’ Tempua.


Aku nak buka
Akademi Seni Anyaman
Avant Garde De’ Tempua.

Kampus Induknya di Kampung Ponson,
Pekan Manchis, Bandar Bentong,
Negeri Pahang Darul Makmur.

Kampus Cawangannya
Sebuah
di  Pasar Minggu Kampung Baru,
Kuala Lumpur.
Sebuah lagi
di Tian Nan Ming Square,
Beijing, Tanah Besar China.

Fakulti utamanya
Seni Anyaman Tempua.

Rektornya
Profesor Doktor Abdul Tempua Bin Unggas Al-Ponsoni.

Disiplin Wajibnya
Hati Budi Nurani
Kemuncup & Semalu.

Disiplin Pilihan
Tamadun Telanjang
Dalam Melodi Nafiri
Suatu Kabilah Satu Bangsa.

Jadinya
Aku tak payah risau tentang hujan lagi.
Tak perlu motong lagi.
Aku akan jadi jutawan segera
Untuk buat kampus aku akan dapat ban lalang.
Nak ban balak hutan dah takde.
Dah ada tokeh nak beli ban lalang.
Akar lalang akan diproses jadi gula.
Gula, gula, gula, gula.....

---yassinsalleh
1401 hrs. dis 7.10
ponson, manchis,
bentong, Pahang.

Payah. Payah, payah!


Malam tadi hujan jugak lagi
Tak dapatlah motong hari ni
Minta kelawar datang
tolong makan nyamuk
pun tak sudi dia.
Berasa hatilah tu sebab
aku kata jangan berak.

Cakap macam tu pun berasa hati.
Apa punya kawanlah engkau kelawar!
Bukan aku minta pinjam gua.
Minta tolong makankan nyamuk je.
Itupun tak boleh. Nak kena sembah ke?
Payah.
Payah, payah!

---yassinsalleh
1007 hrs. dis 7.10
ponson, manchis,
bentong, Pahang.

Nak Beli Gula Memang Tak Cukup Dah.

Hujan pagi hujan hujan petang.
Sepanjang malam pun hujan jugak.
Berkurunglah nyamuk dalam rumah.
Tidur tak lena asyik menampar nyamuk,
tergaru-garu je,
gatalnya bukan main.
Macam manalah nak mimpi nombor.
Motong dahlah tak boleh.
Lukah di sungai hanyut pulak tu.
Kalaulah dapat ikan
boleh juga panggang cicah air asam.
Boleh makan dengan ubi rebus.
Aduhai,
Sengkeling ni nak beli beras memang tak cukup
Soalnya:
Nak beli ubat nyamuk ke atau nak beli maggie?
Kalau beli maggie kenyanglah jugak kejap.
Nak beli gula memang tak cukup dah.
Aduhai.
Hujan.
Engkau boleh berhenti tak satu malam.
Bagi aku motong sehari jadilah.
Awan.
Boleh tak engkau jangan menghitam!
Kelawar.
Malam ini tolonglah masuk rumah makan nyamuk.
Tapi, janganlah berak pula.
Payah aku nak tidor nanti.

---yassinsalleh
1437 hrs. dis 6. 10
ponson, manchis,
bentong, Pahang

Sunday, November 28, 2010

Seindah, Serapi Estetika Mahakaryamu Itu.


Puyu main buih.
Murai menyambar belalang.
Semalu kuncup dipijak balam.
Bunga lalang hinggap di kelopak mengkuang.
Mentari redup sebelum petang.
Itulah saja yang ku lihat.
Takde apa yang membawa metafora.
Takde yang dapat disusun rima.
Takde bunyi hati yang bermelodi.
Yang ada cumalah rintih pilu gilapan rindu.
Itulah cuma sudahnya aku.

Aduhai kerbau yang hilang
kembalilah engkau ke sawah ini
boleh kita sama-sama
menunggu bangau datang lagi
membawa salam
dari awan merah warna,
dari angin citra benua
di hujung,
di pangkal
genta terakhir yang hilang gempita.

Aduhai tempua
ajarlah aku menganyam sarang
seindah, serapi estetika
Mahakaryamu itu.

---yassinsalleh
1230 hrs. nov 29. 10
ponson, manchis, bentong, Pahang.
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Friday, November 26, 2010

Akan Tujuh Tahunkah Lalang Di kuburan Meninggi.


Sawah dah jadi belukar.
Bangau hilang kerbau.
Merbah tak lagi singgah.
Bunga lalang berterbangan.
Melor di hujung halaman
tidak lagi berkuntum.
Ikan dah tak lagi
Bermain di sungai.

Akan tujuh musimkah
tempua tak menganyam sarang di sini.
Akan tujuh tahunkah
lalang di kuburan meninggi.
Akan tujuh kalikah
pohon berangan ini dipanah petir.
Akan tujuh kalikah nestapa
datang timpa bertimpa.

Dalam bening sepi ini
akan teringatkah sesiapa
betapa si piatu ini
masih jua menunggu
salam yang tertangguh,
janji yang luruh.

Hatinya luluh,
sambil pohon ini
terus jua terbakar
dan berangan yang
gugur itulah penahan bulur.

Aduhai bunga lalang
bawakanlah salamku terbang.
Kalau kau hinggap di bahunya,
bisikkan ke telinganya
aku sedang menunggu di sini,
di bawah pohon ini.

---yassinsalleh
2107 hrs. nov 26.10
ponson, manchis,
bentong.
Copyright ©2010 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Akan Main Tarik-tarik Upih


Aku bagaikan langit malam
bintang-bintang berkedipan.
Walaupun berjauhan aku tau kawan-kawan
masih belum melupakan
tapi tidak cukup lapang untuk mengingatku.
Makanya,
bila dah rimbunlah kemboja di kuburan
di bawahnya nanti
aku dan kawan-kawan yang ramai itu
akan main tarik-tarik upih
kerana pasti ada yang
tak dapat melupakan
Mercedes mereka.

---yassinsalleh
1353 hrs. nov 24. 10
Kuala Lumpur
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

Bila Pandai Menyamun


Sunyinya siang gelitanya malam
Sepi seorang diri terbuang
Bila lapar minta nasi sepinggan
hina dek orang
“dah jadi peminta sedekah.”

Meriahnya siang
Benderangnyalah malam
Bila pandai menyamun
Diri diraikan sebagai
pencuri yang dikagumi
bersantapan dibalai kuasa
berkongsi nenen tetek
bini sorang sebelah
dan juga bawah.

---yassinsalleh
1250 hrs nov 24. 10
Kuala Lumpur
 Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

Aduhai, Macam Mana Ni!


Malam memanjang,
siang gelita.
Mentari padam, bulan terendam,
salam tak sampai,
SMS tak tiba,
email kosong inbox.
Senarai hilang nama.

Aduhai,
macam mana ni!
Aku nak minta kerja
Jadi runner setiausaha
sulit si anu-tak-beranu.

Macam ni payahlah.
Malam ni kena pasang pelitalah lagi.
Payah betul hidup ni ya,
Jadi baik, payah.
Nak jadi jahat pun payah jugak rupanya.

Macam mana
orang boleh duduk
rumah harga berjuta
dan
TNB tak potong api?

Bodohnyalah aku
tanya macam tu!

---yassinsalleh
1249 hrs. nov 24. 10
Kuala Lumpur
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

Daddy Rindu Mummy.


Sunyi malam yang
panjang menghampar
saujana sepi tak bertepi.
Awan tak berwarna,
langit hilang bintang,
bulan entah ke mana hilang.
Pungguk hilang lagu.
Embun enggan turun.
Sajak tak tercari metafora.
Bait tak dapat rima.

Demikianlah Daddy kini
tanpa Mummy di sisi.
Mummy,
Daddy rindu Mummy.

---yassinsalleh
1020 hrs. nov 19. 10
Taman Impian Emas,
Skudai, Johor Bharu.
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

"Abang Nak Rendang Mummy Masak"

Mummy sayang,
Raya qorban ini Mummy takde.
Makanya,
takdelah rendang,
takdelah nasi himpit,
takdelah sambal kacang.
Takdelah kami beraya di rumah
Abang tak tahan
Mendengar takbir raya.
Adik tak sanggup masuk
ke dapur tempat Mummy terduduk jatuh.
Along tak boleh melihat meja kosong tanpa
Mummy menyiapkan rempah ratus masak rendang.

Daddy tak cukup kuat
menahan sebak di dada
melihat anak-anak demikian.

Susu lemok manih Mummy kata,
“Abang nak rendang
Mummy masak.”

---yassinsalleh
1601 hrs. Nov 18. 10
Skudai, Johor Bharu.
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved