Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Wednesday, August 31, 2011

Rapsodi Simfoni Nestapa Ini




Memujuk belas hati nan hiba
akankah awan merenjis gerimis
meniti pelangi ke hujung mimpi
di kaki matari yang rebah pagi.

angin bertiup lalu
kusut rambut menutup wajah
terubatkah rindu terleraikah pilu
dalam pedih menanti
salam tak tiba khabar tak sampai
serindit pula terbang hilang entah ke mana.
aduhai!

palingkanlah wajahmu ke arahku
hentikanlah tangisanmu
peganglah erat tanganku

mari kita terapung menari ke awan tinggi
kita cari fatamorgana
kita tinggalkan
rapsodi simfoni nestapa ini.

yassinsalleh
0945 hrs. Ogos 30. 2011
Pusara Mummy.
Tanah Perkuburan Pengkalan Balai,
Chenor, Maran Pahang












Thursday, August 18, 2011

Happy Birthday Abang Yasleh Khaliff Amri



Happy birthday, Boy! I can’t believe you are sixteen already. It feels like yesterday that I was holding you in my arms at 3 a.m. begging you to sleep. I think that started the ritual of singing to you as loud as I can until I go hoarse or you got back to sleep. It was funny that neither you crying nor my singing would wake up Mummy, Daddy, or Adik. They would continue to sleep knowing I’d take care of you. Well I did and loved every second of it, even though those 3 a.m. walkabout would made me sleepy in class the next day. Those were crazy times, after so long of asking and praying for another sibling, a baby I could play with, well I know you are not a doll, but I was barely sixteen when I started asking, so to me babies were like live dolls to be played with. I guessed that is why God waited until I was 19 to answer my prayer. Mummy had quite a relapse that year, so I took over right from the start, with Adik as my back up when I had to go to class, she was in form four, her honeymoon year, so we figured a few miss days wouldn’t matter much, to the consternation of her teachers of course.


So there I was taking the first bus out to KL , so I could take the earliest bus to UPM Serdang, meaning I had to wake up at 5 a.m. and then as soon as my classes are over rushing back home to you. I basically had no idea how to deal with a baby then, I learned firsthand from you and whatever little dad knows, and a few lucid moments from Mum. I made a lot of mistakes, I knew that now, but I guess I didn’t screw up too bad, you turned out to be quite a good young man, maybe more you than me, but I am really proud of you.

You have a long way yet to go, and I know you despair sometimes what the future might bring for you, but I believe in you and I know you will find your way somehow. I know you are sad to be celebrating this birthday without Mum, I am sad too, I wish you had more years with her, but the wheel turns when it wants to turn and we have no say in that. Please know that I know Mum loved you very much and she would be very proud of you. Happy 16 birthday, Abang, the family and I love you very much, no matter what.

Posted by rya at 8/18/2011 08:42:00 PM
Source : http://yra76.blogspot.com/2011/08/happy-birthday-abang-yasleh-khaliff.html


Happy Birthday Abang.



I
Happy Birthday Abang.
Hari ini ulang tahun hari kelahiran Abang ke enam belas.
Dah besar anak bujang susu lemok manih Mummy tu.
Malam tadi kali pertama
abang tiup lilin birthday cake tanpa Mummy.
Alahai.

Suka sangatlah Mummy kalau dapat tenguk
Abang pakai baju merah hadiah hari jadinya
Amboihai.

Abang kata pada Adik,
“Abang tak dapat lama dengan Mummy
Macam Along dengan Adik.”
Aduhai.

yassinsalleh
0017 hrs. Ogos 19. 11
La Cassa Pacifica D’ Yasleh


II
Sajak Terakhir Yang Along Bacakan Pada Mummy.

Mummy sayang,
Malam tadi Abang tanya,
“Kenapa Mummy tak bangun tidor?
Abang nak Mummy pulang rumah.”

Tadi masa makan, Abang kata,
“Abang nak makan Mummy masak.
Abang nak Mummy ada sampai Abang besar.
Bila Mummy nak balik rumah, Daddy?”

Aduhai.

Mummy sayang, bangunlah,
Daddy tak dapat menahan
airmata gugur dengar Abang,
Susu Lemok Manih Mummy
cakap macam tu.

Mummy bangunlah.
Lama benar dah Mummy tidor tu.

yassinsalleh
1050 hrs Nov 4. 2010
Katil 17, Wad 7B,
Hospital Serdang



III
Abang Nak Blow Mummy Good Night Kiss.

Mummy dah takde
Rumah ini kosong sangat rasanya.

Suara Mummy dah takde.
Setiap kamar segenap ruang terasa sunyi sangat.

Masakan Mummy dah takde
meja ini hidangannya semua dah tak sedap.

Mummy dah takde,
anak-anak hilang suara,
Daddy hilang metafora,
TV hilang gambar,
Lagu hilang irama.

Malam tadi Abang tanya,
“Mummy nampak Abang tak sekarang ni, Daddy?
Abang nak blow Mummy good night kiss.”

yassinsalleh
2358 hrs. Nov 9. 10
Sanggar  Simfoni Nestapa,
Kuala Lumpur


IV
"Abang Nak Rendang Mummy Masak"

Mummy sayang,
Raya qorban ini Mummy takde.
Makanya,
takdelah rendang,
takdelah nasi himpit,
takdelah sambal kacang.

Takdelah kami beraya di rumah.
Abang tak tahan
mendengar takbir raya.
Adik tak sanggup masuk ke dapur
tempat di mana Mummy terduduk jatuh.
Along tak boleh melihat meja tempat Mummy menyiapkan adunan rempah masak rendang itu kosong.

Daddy tak cukup kuat
menahan sebak di dada
melihatkan anak-anak demikian.

Susu Lemok Manih Mummy kata,
“Abang nak rendang Mummy masak.”

yassinsalleh
1601 hrs. Nov 18. 10
Taman Impian Emas,
Skudai,  Johor Bharu.


V
“Abang Nak Mummy Tenguk Abang Kuat.”

Mummy sayang.
Esuk,
hari ke empat puluh Mummy pulang.
Dengan rindu yang amat
kami datang
menatang duka dalam pasrah.

Kita jumpa esuk
ya Mummy sayang
Abang kata
dia akan cuba tidak menangis,
“Abang nak Mummy tenguk abang kuat.”
Aduhai.

yassinsalleh
1215 hrs Dis 13. 10
perjalanan kl-chenor


Monday, August 8, 2011

Mengenangkan Piatuku


Menu semalam.
Jeruk maman,
patah-patahkan lada
peroikan sejuring belacan
gaulkan ikan bakar tawar
ubu rebus panas-panas
ulamnya petai belalang muda
makan di pangkin hujung halaman
minumannya air nira kabung
muziknya desir angin menggesel daun-daun
lagunya nyanyi unggas di rimbunan pohon.

Aduhai nikmatnyalah jadi penghuni alam
Jauh dari kota duka
Jauh dari tersendiri dalam seloka
orang-orang berebutan sarang.
Tapi hari ini
ada nasi  dan boleh minum kopi.
Aduhai.

Leganyalah sengsara diri
Masih ada kawan mengenangkan piatuku
Kalaupun mati bukannya kerana tak makan.
Terima kasih Wak.

yassinsalleh
1615 hrs. dis 22. 2010
ponson, manchis, bentong, Pahang.
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

Friday, August 5, 2011

Dua Citra


Dua Citra
Malam Lailatul Qadar

Tersandar di dinding
kekenyangan
dan
Terbaring di tepi longkang
kebuluran.

yassinsalleh
0059 hrs. ogos 13. 2010
rumah tak bernombor, di taman tak bernama

Wednesday, August 3, 2011

Unaware



Surely time has pass enough
and taken the edges of pain away
but from time to time
I’d be caught unaware
and a thought
or a memory
flickered by
and it seems I’ve just lost you
and tears run down
and my heart ache
with the pain
I miss you Mum
all the time
I’ve learnt to deal with that
it is this stealthy pain
that’s hidden
that I don’t know what to do with.
Would it always be this way?
I wonder?

rya
3/8/11
12.46 p.m

Source: http://yra76.blogspot.com/

Tuesday, August 2, 2011

Belas Syawal Yang Mandul




Ramadhan
amal ibadat sarat berkat
menuntut
amal jariah pemenuh hakikat.

yang melarat melata
merata-rata
tunggu sajalah LailatulQadar
itulah satu-satunya lagi yang masih mungkin.

tiada lagi yang berbaki menjariahimu
selepas membeli tiket temasya tamat bulan lapar
dan lunas tuntas
belian pesta makan-makan
sekujur malam seluruh siang sepanjangnya Ramadhan.

Ciritera hiba,
belas Syawal yang mandul.

yassinsalleh
1058 hrs sept 5. 2010
SanggarPCP anjung_Ponson,
Manchis, Bentong, Pahang.
Coppyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved



Sunday, July 31, 2011

Yang Entah Kenapa

Seindah jalinan warna pelangi
sebersih dingin embun dinihari
semerdu alunan buloh perindu
segemalai bintang-bintang menari di langit tinggi
demikianlah keramatnya perkongsian suka dan suka
menjambatankan kita, kau dan aku
yang entah kenapa tiba-tiba
hilang bersama daun-daun waktu
berguguran di tiupan angin malam
yang tidak lagi singgah bertandang.

yassinsalleh
1543 hrs. Julai 31. 11
Dalam perjalanan dari selatan ke utara
pulang mencari arah hala yang tak ketemu

Friday, July 29, 2011

Menjemaahkan Aku Solat Berdiri



Aku tak minta sebuah negeri untuk ku perintah.
Aku tak minta sebuah kerus bertanding prk.
Tak juga aku minta sebuah stesyen tv
untuk melatih calon gundik dewa kraton
membaca berita.

Aku cuma pohon
kau baca serangkai citra mimpi semalam
sebuah peti surat untukku alamatkan
lakar sebuah lukisan
tentang sebuah rumah lama
yang mahu kami jadikan
sebuah galeri pelukis tak berjari
yang entah esuk entahkan lusa mati.
Kuburnya nanti digalikan
antara dua batas ubi kemili.

Yang ku pinta itu
cumalah sekadar peluang
menggilap mimpi tak jadi
sementara menunggu orang
menjemaahkan aku Solat Berdiri

yassinsalleh
2000 hrs feb 17. 2011
Pelangai, Manchis, Bentong.
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Sunday, July 24, 2011

Melerai Nestapa



Malam ini
dalam sinarnya yang belas
bulan akan terus melagukan rindu
mengiringi
bintang-bintang menari
gemerlap terapung-apung
di langit mimpi tak bertepi

Dan bagaikan biasa
akan ku tonton pilu itu
sehingga tiba camar fajar
memeriahkan bayu laut
melerai nestapa satu malam
penatang duka kepiatuannya.

yassinsalleh
0135 hrs Feb 7. 11
Malam pada puncak sepinya.

Mengenangkan Piatuku


Menu semalam.
Jeruk maman,
patah-patahkan lada
peroikan sejuring belacan
gaulkan ikan bakar tawar
ubi rebus panas-panas
ulamnya petai belalang muda
makan di pangkin hujung halaman
minumannya air nira kabung
muziknya desir angin menggesel daun-daun
lagunya nyanyian unggas di rimbunan pohon.

Aduhai 
nikmatnyalah 
jadi penghuni alam
Jauh dari kota duka
Jauh dari tersendiri dalam seloka
orang-orang berebutan sarang. 

Dan hari ini ada nasi  
dan boleh minum kopi.
Aduhai.

Leganyalah sengsara diri
Masih ada kawan mengenangkan piatuku
Kalaupun mati bukannya kerana tak makan.
Terima kasih Wak.

yassinsalleh
1615 hrs. Dis 22. 2010
ponson, manchis, bentong, Pahang.

Friday, July 22, 2011

Janganlah menangis lagi Along



Along,
Janganlah nangis lagi sayang

Demikianlah
university kehidupan mengajar kita
Derita Tanggung Sendiri.

Bila kita tak bernama
kita cumalah sepinya kaku pasiran pantai
Kalau ada orang datangpun
mereka sekadar mencari tempat
yang selesa untuk bercanda.

Bila kita tak berpunya
kita tiada saudara mara.
Yang turut berkongsi nestapa
cumalah kawan-kawan
yang tiba-tiba menjadi sahabat sejati.

Tiba-tiba orang luartepi
yang berdoa,
yang mengucapkan sejahtera
yang mengirimkan SMS
check account balance
untuk bayar sambung api
untuk beli stoking Mummy
untuk pergi makan nasi
untuk isi kosongnya tangki
untuk kita tidak jalan kaki.

Bila malang datang
timpa bertimpa
Kita terasa amat piatu
Tapi
Kebesaran Allah meneracakan
Manusia pada nilainya,
saudara turun taraf jadi kerbau jadi anjing
kawan-kawan,
yang dekat datang membawa bunga
yang jauh tiba berkongsi hiba
berbahagi duka melerai nestapa.
Yang tak berdaya memanjatkan doa.

Janganlah menangis lagi Along.
Allah SWT tahu apa yang seharusnya.
Allahuakbar.

yassinsalleh
0237 hrs. okt 7. 2010
Kamar Menanti Wad ICU,
Hospital Serdang, Kajang.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved


Masihkah Ada Lagi Peluru Untukku



Orang tak tembak
helang tua
macam kuda patah kaki.
dilupuskan.

Bila nanti
sayapnya sekah
sang helang tua itu akan sendiri
jatuh terdampar ke dalam belukar
penuh ular berlengkar.

Berakhirlah citra perkasa
Sang Helang tua
bilamana pada sampai
orang sudah tak mahu
membazirkan peluru.

Masihkah
ada peluru lagi
untuk aku agaknya
atau
sudah pada bagaikan
Sang Helang tua jua
penjejak denai semalam
ini yakninya?

yassinsalleh
1403 hrs. Feb 17. 2011
Ponson, Manchis, Bentong.
Copyright (c) 2011 yassinsaleh
All Rights Reserved

Thursday, July 21, 2011

Peragakanlah Gigi Subsidi Risdamu Itu

Bila rambut tiba-tiba kusut,
setiap helai rambutmu itu belahlah tujuh,
leraikanlah.

Kalau tiba-tiba setitik taik burung jatuh
di hujung dagu,
mesyuarat agunglah kabilah semukim
cari cara terbersih mencucinya

Bila tiba-tiba seekor tempua
dah tak pandai lagi menganyam sarang,
berkongreslah
masyarakat mergastua.
cari sebab musabab yang saintifik
virus apakah yang menular kecendekiaan

Bila tiba-tiba bulan terendam
dan matari rebah pagi
Interlok yang dibakar itu
ambilah abunya jadikan bedak
hitamkanlah wajah sawo matangmu itu,
dan seringaikanlah senyuman.
Peragakanlah gigi subsidi RISDAmu itu
sambil menyanyikan enjit-enjit semut
siapa sakit naik atas.

Pinjamlah pisau Tok Mudim.
Kerat anumu.
bagi biawak makan.

yassinsalleh
1145 hrs March 11. 2011
Melintas Titiwangsa,
dalam perjalanan ke pusara Mummy.
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Monday, July 18, 2011

Nyanyi Tanah Licin Sogadang-gadangngnyo



U-Wei,
Ancak banar
Wayang U-Wei Angkat Saksi
Bersandieng duo nyanyi seni
di Balai Lukisan Nan Pucuk
Ramainyolah urang berduyun datang
bagaikan wa’ang beralek gadang.

U-Wei,
den nantikan pulo
naik saksinyo nan gadang HANYUT,
sogadang-gadangnyo nyanyi tanah licin
mamanjek langit mambalah bonuo,
awak ngan awak juo.

yassinsalleh
1217. Julai 19. 11
Balai Seni Lukis Negara
Copyright (2011) yassinsalleh
All Rights Reserved.

Sunday, July 17, 2011

Alahai Sangsapurba.

 
Langit biru nan tinggi.
Bintang-bintang yang saujana jauh.
Puncak matari yang membakar garang.
Redup bulan yang mengulit malam.
 
Dalam demikian kebesaran kejadian Tuhan
di bawahnya,
di tanah merekah yang kian terbelah
bila hujan tak jadi turun
embun tak boleh sesukanya ditadah
tanpa setuju, tanpa fatwa, tanpa setia,
tanpa perkenan Sang Kelembai Digital.
Alahai Sangsapurba.

yassinsalleh
1428 hrs. Julai 17.11
Kg Bemban, Jerang,
Durian Tipus, Jelebu, N9
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Friday, July 15, 2011

Bisu, Tuli dan Kering Layu

Sungguh malangnya Melayu, 
bahagianya, menjunjung setia.
bangganya, berdatang sembah
senantiasa gembiranya,
melutut, bertelut, sujud.

Penuh tertib takzim yang amat
terpasak tangan di dahi
sambil bontot tercangkuk duri
serelanya menanti janji
yang mungkirnya jelas sudah
terukir di dahi para pemimpin
yang lanun pun tak mau bertuan.

Demikianlah Melayu
yang mendayu dan merayu dan merapu
“Hambakanlah daku.
Hinadinakanlah daku
Injakkanlah darjatku
di bawah debu telapak kakimu,
demi kesetiaan,
senantiasakanlah aku didemikiankan.

Semoga aku akan terus
menyemalu dungu, bisu, tuli dan kering layu,
demi kelangsungan suatu bangsa berketuanan
warisan tamadun tinggalan Sangsapurba
dan
Perlentekeling!”

yassinsalleh
1925 hrs. april 21, 09
merumput batas keledek
yang melebar tumbuh duri semalu
ponson, manchis, bentong
Copyright © 2009 yassinsalleh
All Rights Reserved

Yang Sudah Tiba-Tiba Hilang.

Bagaikan
menanam bunga di buih lautan
menjaring angin di padang rindu
menggenggam air di gurun pasir
aku menghitung
satu demi satu demi satu
bas dan lori tua lalu dan terus lalu
tak siapa turun singgah di sini
melihat aku menganyam hiba
suatu kabilah bangsa luka
mengejar maharnya
tanpa tali mengikat celana
tak berkutang terlentang.

Dalam lumpur air mengalir
aku menghitung lendir menghilir
dari pergunungan ketumbukan orang telanjang
di mana orang yang sempurna lengkap berpakaian
dihukum biadap dinistakan tak bersopan.

Makanya,
bersusun berduyun
orang-orang membakar pakaian di badan
ramainyalah pula teman-temanku
yang sudah tiba-tiba hilang
dan anak-anak berebutan memanjat pohon nan bongkok
sebelum kura-kura turut berlumba.

yassinsalleh.
2324 hrs. Ogos 29. 2010
di antara tangga dan hujung halaman
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Ponson, Manchis, Bentong, Pahang.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved.




Seindah, Serapi Estetika Mahakaryamu itu.

Puyu main buih. 
Murai menyambar belalang.
Semalu kuncup dipijak balam.
Bunga lalang hinggap di kelopak mengkuang.

Matari redup sebelum petang.
Itulah saja yang ku lihat.
Takde apa yang membawa metafora.
Takde yang dapat disusun rima.
Takde bunyi hati yang bermelodi.

Yang ada cumalah
rintih pilu gilapan rindu.
Itulah cuma sudahnya aku.
Aduhai kerbau
kembalilah engkau ke sawah ini
boleh kita sama-sama menunggu
bangau datang lagi membawa salam
dari awan merah warna,
dari citra angin benua
di hujung, di pangkal,
genta terakhirnya yang hilang gempita.

Aduhai tempua,
ajarlah aku menganyam sarang
seindah, serapi estetika
Mahakaryamu itu.

yassinsalleh
1230 hrs. Nov 29. 10
Ponson, Manchis, Bentong, Pahang.
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Monday, July 11, 2011

Yang Berterbangan, Telanjang


Dulu,
Si Buyung meniupkan impiannya
dalam melodi seruling batang padi
sambil tersandar dia di tangga pundung
menghalau burung makan padi
dia menarik tali gantungan
patung orang-orang menari.

Kini,
Si Buyung tiada lagi batang padi untuk bersuling
lagunya terkepung dalam tarian patung
orang-orang yang terpasung
di halaman Sang Penggilap Sepatu
yang menimbang bahara
di mimbar biara
semaunya.

Dan
bagaikan engkau jua aku kini, Buyung.
Terpasung dan terapung melihat patung
orang-orang menari dalam mabuk Si Pari-pari.

Ke hujung ke pangkal mereka berlari
mengejar pesawah-pesawah tua  
mencari tempat sembunyi
ke darat ke baruh mereka terkencing dalam berlari
diburu bayang-bayang hantu siang
yang berterbangan, telanjang

Esuk,
Masihkah kita akan tetap jua berlarian?
Aduhai Buyung!

yassinsalleh
1030 hrs. Julai 12. 11
Ponson, Manchis, Bentong, Pahang.
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved