Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Thursday, November 3, 2011

Bertuahnyalah Tanah Orang Tak Bermata



Hebatnyalah seniman versetail itu
mempesona khalayaknya.
Dia penyair tersohor.
Dia dramatis masyhur.
Dia pemuzik hebat.
Dia penerbit drama swasta ternama.
Dia sutradara teater tanpa tandingnya.
Dia aktor filem, tv dan pentas berjenama.
Juruhebah pun tak siapa lebih terror darinya.

Demikian dia menafirikan diri.
Begitu diterompetkannya
keserba-hebatan, keserba-senimanan
dirinya yang berkerserbaan segala.

Bertuahnyalah tanah orang tak bermata
dirajai oleh Si Dogol sebelah mata
yang amat takjub menikmati suaranya sendiri
sambil terpesona melihat wajahnya
di cermin kedai jual garam jual belacan.
Amboihai!

yassinsalleh
1417 hrs. Okt 14. 11.
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Tuesday, November 1, 2011

Telur Hilang Satu.



Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai kita seronok jadi lembu
Lembu cucuk hidung heret sana sini
Keluar masuk kampong telur kena kasi.

Pok amai amai kita lembu kasi
Tanduk patah satu kaki tak berkuku
Pok amai amai belalang tunduk malu
Melayu ramai ramai telur hilang satu.
Pok amai amai apa sudah jadi
Melayu ramai ramai makan nasi basi.

yassinsalleh
1153 hrs. Okt 18. 11
Jalan Seremban K. Pilah
dalam perjalanan ke Terachi
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Monday, October 31, 2011

Kian Jua Bertambah Bangsat




Hujan di hutan
banyak pacat gigit kaki.
Hujan di kampong
orang tak dapat motong,
nak minum kopi takde gula.

Hujan di lebuhraya
traffic jam berbondong
kereta langgar bontot.

Hujan orang putus cinta
tak payah sorok airmata.

Hujan orang rindu
badan lejut basah kuyup
pergi jua tenguk bumbung.

Hujan orang mulut besar
banyak katak melompat
terlompat-lompat bercawat
dan kabilahnya
kian jua bertambah bangsat.

yassinsalleh
1654 hrs. Okt 19. 11
Kg. Bemban, Jerang,
Durian Tipus, Jelebu, N9
Copyright (2011) yassinsalleh
All Rights Reserved

Sunday, October 30, 2011

Rapsodi Simfoni Nestapa Ini


Memujuk belas hati nan hiba
akankah awan merenjis gerimis
meniti pelangi ke hujung mimpi
di kaki matari yang rebah pagi. 

angin bertiup
kusut rambut menutup wajah
terubatkah rindu terleraikah pilu
dalam pedih menanti
salam tak tiba khabar tak sampai
serindit pula terbang hilang entah ke mana.
aduhai!

palingkanlah wajahmu ke arahku
hentikanlah tangisanmu
peganglah erat tanganku
mari kita terapung menari ke awan tinggi
kita cari fatamorgana
kita tinggalkan
rapsodi simfoni nestapa ini.

yassinsalleh
0505 hrs Jan 29. 10
sanggar simfoniRINDU
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
Lagu: Ikhtiman Ismail
Copyright (c) 2011 Ikhtiman Ismail
All Rights Reserved


Aku Taknak Berhenti Merajuk



Meminta
pada yang ada.
Bermanja
pada yang kasih
Merajuk
pada yang sayang.

Tupai,
aku taknak kutip
berangan yang gugur.
Tak usahlah nak pujuk-pujuk.
Aku taknak berhenti merajuk.
Aduhai,
padan muka aku
Lapar sendiri.

Aduhai
sungai jernih
belailah kusut rambutku.
Usaplah tubuh lukaku.
Bujuklah qalbu dukaku.
Leraikanlah nestapaku semampumu.

Alahai,
Dinginnyalah
airmu memanjakan aku.

Langit.
Hantarkanlah
awan hujanmu ke arahku.

Padamkanlah
garang matari, sombong bulan
dan
angkuh bintang-bintang.

Amboihai,
aku tidak minta
dipenuhkan kolam mandi.

Yang ku pinta
cuma sekadar hujanmu
memadamkan
bara pasir ranjang tidurku.

yassinsalleh
1325 hrs. Okt 22. 11.
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Friday, October 28, 2011

Kalau-kalau Ada



Kalau sakit
derita tanggung sendiri
jangan berulang kali
beri tahu orang.
Nanti orang bosan.
Tak berduit nak beli ubat
jalan kakilah pergi cari bomoh
berdukun.

Minta jampikan sirih
serapahkan pinang.
Bawa kain hitam
minta kebaskan keluar
hantu dan jin dari badan

Tenguk pada asap kemeyan
kalau-kalau ada nombor terbayang.
Ambik seluar baju lama dalam almari
pergi jual pasar malam.
Kalau laku pergi beli toto.
Kalau kena belilah ubat
banyak-banyak, simpan.
Beli kemeyan
banyak-banyak
bakar tiap-tiap hari,
cari nombor beli lagi.

Kalau tak kena
beranganlah jadi orang kaya
sepanjang malam.

Kalau tak kena-kena juga lagi
teruslah  berharap
mungkin ada perompak bank
tercicir buntil duit
masa dikejar polis.

Atau
bila jolok kad ATM
ada pula jutawan biul
tersalah masuk duit kat akaun.
Tak payahlah lagi kutip
berangan gugur.
Bolehlah beli baju
lengan panjang belang-belang.
Pakai tali ikat leher,
mendebenglah di lobi pan pac.
Manalah tahu
kalau-kalau ada
janda peremba babes
nak cari escort
pergi naik kapal one arm bandit.

yassinsalleh
1918 hrs. Okt 28. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Pada Tempua Aku Berpesan



Hujan oh hujan
Janganlah hujan dulu
tunggu masanya nanti di satu waktu.

Waktu oh waktu
janganlah malam dulu
tunggu masanya aku siapkan pondok singgahku.

Pondok oh pondok
janganlah roboh dulu
tunggu masanya nanti dewasa anak-anakku

Anak oh anak
janganlah tangisi perginyaku.
Maafkanlah,
tiada lain mampuku
selain pondok di tepi denai
laluan kembara kaki lukaku ini.

Pada tempua aku berpesan.
ajarlah anak-anakku menganyam sarang
serapi indah mahakarya tergantungmu itu.
Alahai.

yassinsalleh
1725. Okt 24. 11.
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Gila Seks Sungguh Dia Ni



Gila seks sungguh dia ni.
Mulanya dulu
dia suruh para isteri
jadi pelacur kelas satu
Sekarang
dia tulis buku kamasutra pula.

Gila seks sungguh dia ni.
Entah-entah satu hari nanti
dia akan adakan pulak bengkel latihan praktikal
orgy laki bini makan dan minum tunggang terbalik
entah-entah dia yang nak jadi instruktur kamasutra.
Gila seks sungguh dia ni.

Pandir betul.

yassinsalleh
1326 hrs. Okt 25. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Monday, October 24, 2011

Yang Kian Penuh Kemuncup



Sebidang ranah nestapa.
kemuncup di tengah padang
semalu di pinggir laluan
ceritera suatu bangsa
yang entah mahu ke mana dibawa.

Dodoian hiba buaian tidur
ibu yang belas
matanya tertancap jarum waktu
ibu yang pilu
bibirnya terjahit benang sopan
ibu yang sayu
telinganya tersumbat hampas tebu

Takpolah omak.
esuk den bakar sawah kito ni
montesuk
kito kutip belalang yang mati
den bawa jual kek pasar tani
di kakilimo setano Sang Lamri..

Saujana padang kehidupan
suatu keturunan
Semalu yang kian menguncup
dan kaki seluar
yang kian penuh kemuncup.

yassinsalleh
2102 hrs. sept 19. 2010
bumi keramat telapak moyangku
tanah adat yang dah tak bertempat


***

MELAYU,
Kemuncup & Semalu.

Apapun darjat perolihan di pangkal nama mereka, biasanya,
mentaliti tetap Melayu. Perangai kedoktoran falsafah hasad
dengkinya, Ph.D, tetap Melayu.

Nafsu nafsi mahu jadi kaya-raya sesegra memasak mee maggi,
tanpa perlu kerja kuat, masih jitu, Melayu. Mengampu, menipu,
menegakkan yang batil, membenamkan yang benar, masih tetap
Melayu, subur, segar dan mekar semelayu Melayunya.

Makanya mereka, para Melayu ini, bagaikan kemuncup akan
senantiasa berdiri lebih tinggi dari rumpun semalu. Kemuncup
berupaya menjangkiti kaki seluar orang-orang yang berjalan
di siar kaki kuasa dan mengikut hentak kaki sang berkuasa itu
hingga ke bilik air, malah ada yang sampai ke kamar peraduan.

Sedangkan Melayu yang jelata dan melata, tetap jua bagaikan
rumpun semalu di pinggir laluan. Setiap kali orang lalu, ia akan
kuncup dan layu. Itulah Melayu yang penuh sopan menatang
hemah dan akan teruslah demikian sambil mengkagumi kemuncup
yang menyalut kaki seluar para dewa-dewa sang berkuasa.

Aduhai.

yassinsalleh
1635 hrs. sept 19. 2010
bumi keramat telapak moyangku
tanah adat yang dah tak bertempat

Saturday, October 22, 2011

Awak Tu Profesor Kangkung



Daun nangka
bagilah makan kambing.
Lumut batu
biar kambing gurun makan.
Sekam padi
bagilah itik serati sudu.
Dedak bertampi
biar ayam serama pagut.
Nanti dia
banyak nak berbini sana sini.

Angsa hitam
bagilah dia makan kangkung parit
itulah yang selayaknya.
Angsa legam
makan sajalah
kangkung cincang tu diam-diam.
Janganlah nak bising-bising
menyibuk tak tentu hala.
Nanti orang kata pulak
awak tu Profesor Kangkung
Sedangkan awak tu
nak jadi Cikgu sekolah dewasapun
layak tak layak saja adanya.
Otak bergayut di kepala lutut
Berakpun
tak tahu nak basuh bontot.

Polak den!

yassinsalleh
2335 hrs. Okt 22. 11.
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Sunday, October 9, 2011

Mengejar Kafilah


Demikian aku mengutip
bunga-bunga buih
tinggalan semalam
di saujana kaki langit tak bertepi
matari menyimpang lalu
bulan sembunyi diri
bintang-bintang jua turut tak peduli.

Alahai,
piatunyalah aku
teman-teman kian jua sayup mengejar kafilah
sarat qorun, sendat syahwat
pesta para dewata
berbahagi rampasan di mimbar biara
tanpa kitab, tanpa mentera,
tanpa kalkulator
tanpa jurukira.

Aduhai
kadang-kadang
terasa ingin jua aku bertanya
kenapakah aku tak pandai
mengejar kafilah?

1017 hrs. Sept 25. 2010
sanggar simfoni
Le Cassa Pacifica De Yaslehs
Puchong, Selangor
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

Saturday, October 8, 2011

Empat Kali Menggilir Bini, Bergilir Laki




Masa miskin
tujuh orang tidur satu bilik.
Lima anak tidur satu katil papan plywood
beralaskan batu bata buangan tapak binaan.

Emak ayah tidur atas lantai tanah.
Hamparnya kotak,
dikutip tepi longkang kaki lima kedai.
Lena juga tidur.
Datang juga mimpi.
Bertambah juga anak 3 orang lagi.

Bila dah kaya,
pasal apa pula setiap orang
nak tidur dalam tujuh bilik.
Kenapa pula
setiap orang
nak juga tambah 3 orang bini.
Yang betinapun
nak tambah juga 3 ekor laki.

Aduhai, letihnyalah,
setiap malam tujuh kali pindah bilik tidur.
Empat kali menggilir bini, bergilir laki
di atas ranjang bersalut sutra
bertatahkan
post dated mock check.

yassinsalleh
1624 hrs. Mach 22. 11
Ponson, Manchis, Bentong.
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Saturday, October 1, 2011

Beranikah Buntal Menggigit Celah Pehaku.



Sungai Semantan,
jernih dingin airmu dulu
dimerahkan Mat Kilau dan Bahaman
dengan darah Sepoi seldadu penjajah haram jadah
sahabat para penjarah.

Kini keruhmu mengalirkan lumpur hakisan rimba
yang sudah tinggal belukar di mana unggasnya cumalah
gagak-gagak kota mencari bangkai biawak dibelit sawa.

Kuala Semantan,
jernih dingin airmu dulu
sambut bersambut
dengan aliran amarah Lubuk Kawah
menghilir Sungai Pahang
yang membenamkan sejarahmu di muara.

Walaupun quran direndam,
airnya diminum bersama,
sumpah setia pahlawan dan dewata
tak pernah terkotakan,
tak pernah dikatakan.

Tak pernah siapa diberitahukan
betapa
pahlawan dinobatkan penderhaka
para pengkhianat dijunjung mulia.

Kuala Semantan
malam ini aku nak mandi telanjang
dalam airmu yang keruh itu.
Tenguklah nanti,
beranikah buntal 
menggigit anu di celah pehaku.

yassinsalleh
1036 hrs. Julau 22. 10
La Cassa Pacifica D Yasleh.
Kuala lumpur.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved


Buntal



Buntal:
Adalah suatu one-stop agency
bagi segala yang khianat dan laknat
dalam aliran sejarah perjuangan bangsa.

Buntal kini:
Adalah mereka yang membuncitkan perut
dengan kekayaan dari kedudukan mereka
yang diangkat oleh amanah rakyat.

Buntal terkini:
Adalah penjilat, 
pengampu, penipu dan pemerapu
yang bersorak bercanda
di atas
longgokan tulang belulang
para pejuang kemerdekaan.

Buntal-buntal ini:
dulunya punya cuma basikal,
pakai capal senget,
bajunya singlet
nampak bulu ketiak panjang.

Kini
mereka naik tikar pandan terbang
di angkasa melayang-layang
bagai helang garang
Pukimak punya buntal si anak gampang.

yassinsalleh
0959 hrs. Julai 24. 10
Kuala Semantan.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved


Friday, September 30, 2011

Syahdumu Dan Nestapaku





Katarina,
terlalu ingin
aku meniti pelangi
merentas saujana keterasinganmu
menemukan
syahdumu dan nestapaku
memujuk mimpi
agar kita tidak terjaga dalam seloka fatamorgana
di mana bahagia dan nestapa dipertaruhkan
dengan sekadar kita
saling melarik kiasan meraut andaian
yang tak kesampaian.

tapi betapalah ya,
pastikah aku
kau akan ada pabila aku tiba
kemanakah nanti
hendak ku tatang nestapaku ini?

yassinsalleh
0303 hrs mac 29. 10
sanggar simfoniILUSI
kuala lumpur
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

Biduan Tilam Lama Tukar Balu



Maafkan aku kalau salam tak sampai.
Berkirim pesan pada angin
kadang-kadang
tersekat di lereng titiwangsa,
kadang-kadang pula
mungkin kau terlalu sibuk bila angin itu tiba,
atau kau tak mendengar
apa yang terdengar.
Maklumlah,
suara yang ku tompangkan percuma
pada angin yang dah nak hampir pencen itu
tak semerdu suara
diva pinggang kerengga
senget meja dek dadanya.

Nanti aku cuba belajar nyanyi dari drebar lori
“Kaw kaw po chi – sulat kabar lama, ol niuspepar.
Kaw tin siong - bateli lama”.

Mungkin jua
aku akan langsung jadi biduan
“Tilam, tilam, tilam lama tukar balu....
Tiam, tiam bini lama pun boleh tukar balu”

yassinsalleh
1120 hrs. jan 18. 11
Le Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Yang Amat Patuh Dan Setia


Karakatua
atau
HiroshimaNagasakikah lagi
yang akan membasuh tamadun maknusia.
 
Esukkah
akan kambing di lereng gunung
jadi rebutan
sang matador si lembu-lembu?

Apakah
akan terus jua memercik darah
ke wajah Sang Algojo
yang amat patuh dan setia?

yassinsalleh
1949 hrs. Sept 30. 11
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Thursday, September 29, 2011

Mummy Dah Pulang Dulu



Mummy sayang.
Dulu,
kadang-kadang
kita bawa anak-anak mandi air terjun
sambil mendengar nyanyi unggas bersahutan-sahutan.
dan
Abang keriangan lumba berenang dengan Adik dari batu ke batu
dan Along baca buku di pangkal pohon
sambil bunga-bunga putih berguguran terhampar di tebing
sungai jernih permai ramai ikan-ikan berkejaran bermain
dan
Daddy tulis sajak cinta di telefon
memuji kecantikan hati budi mummy
sambil sekali-sekali melirik pandang
pada perempuan cantik berkemban
melangir rambutnya yang melampai ke bahu
dan
Mummy suka sajak yang Daddy tulis itu.
Sajak itu kita smskan pada kawan-kawan
dan
malamnya Mummy bisik,
“D peluk Mummy ke peluk siapa ni!”
Daddy jawab,
“Peluk sumber ilham D!”
Alahai,
Indah sungguh bercinta.
Kadang-kadang
bila anak-anak dah lena tidor
kita duduk atas pangkin tepi tangga
menghitung manik embun hinggap di hujung rumput
sambil bintang-bintang menari-nari di langit tinggi
dan
bulan membelai bayangan cita-cita kita yang masih berbaki.
Aduhai,
Syahdunyalah percintaan kita

Kadang-kadang pula,
Mummy sayang,
kita terdampar di gurun sengsara
kita berpimpinan tangan di padang kerikil
dan
bara pasir menghampar pilu
yang amat saujana.
Duri kaktus pembalut luka.
Tabah sungguh
Mummy merempuh dugaan.

Tiba-tiba kita kini tidak lagi bersama meniti pelangi
kerana Mummy dah tak mahu lagi menatang mimpi.
Mummy dah pulang dulu

dan
Daddy tak tahu
ke mana lagi nak bawa anak-anak pergi.
Semua tempat kita bahagia dulu kini jadi tempat duka
kerana
Mummy dah takde bersama.
Aduhai,
siksa sungguh rindu.

Daddy Rindu Mummy

---yassinsalleh
1445 hrs. Nov 12. 10
Anjung MEMORI luka
Kuala Lumpur
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

Tuesday, September 27, 2011

Aduhai Rama-Rama Sahabatku Nan Ramah



Ish Qish.
terima kasih.
sajakmu amat mencengkam kalbuku.
ia membawaku pulang ke kuburan aruah uwanku.

Bila dia sudah tiada
amat terasa betapa kasih sayangnya
yang tidak pernah ditimbang nilai
yang tidak pernah diletak tanda harga.

Kini bila dia sudah lama tiada
dan aku juga sudah setua sepinya dahulu
bagaikan dia juga aku di sini
tak siapa peduli aku sendirian dalam piatuku
si tua yang tiada siapa menjenguk
bagaikan tiada siapa tahu yang aku masih ada
menghitung lembar kalendar terakhir
membilang hari-hari yang entah berapa lagi terbaki..

Aduhai rama-rama sahabatku nan ramah.
meriahnyalah kuntum harum bunga-bunga itu
kalian kunjung, hinggap dan cium
sambil menari-nari.

Dan aku hilang sepi.

yassinsalleh
2023 hrs Mei 21. 10
Le Cassa Pacifica D' Yasleh
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved