Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Friday, September 17, 2010

Nota Terbuka di facebook untuk YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Friday, May 14, 2010

yassinsalleh recieving The Best Director award
for The Best Film, DIA IBUKU,
from the Deputy Prime Minister, Dr. Mahathir Mohamad.
DIA IBUKU won 10 awards overall.
* Pesta Filem Malayasia Kedua, 1981*



YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Semoga Nota terbuka saya ini dapat membantu YB Dato Seri Utama Dr. meninjau ke bawah, melihat rumput,
kemuncup dan daun semalu yang kuncup.
Salam takzim. Mohon doa restu.
Terima kasih.
Yassin Bin Salleh@Apoi bin Latip
Kg Jerang, Durian Tipus,
Jelebu, Negeri Sembilan.

YB Dato’ Seri Utama Dr.

1. M. Jamil adalah anak Jalan Ampas. Ibunya, Sarimah Ahmad – sekarang Datuk, seniwati top Studio Shaw Brothers di zaman kegemilangan filem Melayu.
2. Pada usia 17 tahun M Jamil memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik melalui filem Dia Ibuku yang memenangi anugerah Filem Terbaik, menggondol 10 anugerah yang rekodnya belum terpecah hingga kini.
3. Sejak menamatkan pelajaranya di Ohio Dominican University, USA '87, M. Jamil, dulu, kini dan akan selamanya aktif selaku pelakon, penulis lakonlayar, pengarah dan penerbit filem.
4. Filem terbaru arahan dan terbitan M.Jamil, Momok The Movie adalah sebuah filem block buster yang memecahkan box office. 5. M. Jamil sekarang dalam perancangan pembikinan filem "Momok..Jangan Panggil Aku"
6. M. Jamil produser dan pengarah Momok The Movie yang telah memperlihatkan potensi dan kejayaan masih dianggap oleh Finas dan bank sebagai kurang layak untuk mendapat bantuan seterusnya.
7. Bidalan dalam bahasa Inggeris, Seeing Is Believing. Kepada yang berwajib di Finas dan Bank pengendali pinjaman untuk filem, saya mengajukan satu soalan. Haven’t you seen all M. Jamil’s achievements to date? If you don’t, why? Had you done a Kasim Selamat to your eyes?
8. Please take note, Finas used to give grants to the tune of millions to some peoples who knows nut about films. One of them was a technician in one obscure tv station, the other one was a court jester to a minister. That film was a flop, Big Time!
9. Yours truly, directed Dia Ibuku that won The Best Film, bagging 10 awards in the 2nd Pesta Filem Malaysia, 1981. To date, yassinsalleh, is yet to even get an invitation to any event organised by Finas, leave alone financial backing for films.
10. Here is a proven talented and dedicated film maker M. Jamil. Finas handlers, its your duty and responsibility to assist him. Need more to be said? Wanna open Finas Pandora Box?
11. Di bawah saya turunkan satu salinan cut & paste tulisan M. Jamil dalam blog http://momokthemovie.blogspot.com/

Salam takzim. Mohon doa restu.
Terima kasih.

Yassin Bin Salleh@APOI
0437 hrs. Mei 13. 10.

M. Jamil
dalam blog
http://momokthemovie.blogspot.com/
"Pasti ada yang tertanya-tanya status perancangan pembikinan filem "Momok..Jangan Panggil Aku" Sebenarnya kami sendiri tertanya-tanya? Kenapa susah sangat nak buat filem di tanahair sendiri? Dana telah diberikan oleh kerajaan, Finas, SME Bank dan BSN adalah pemegang amanah dana..Tetapi perlaksanaan agihan dana lebih teruk dari Ah Long. Momok The Movie yang telah memperlihatkan potensi dan kejayaan masih dianggap oleh Finas dan bank sebagai kurang layak untuk mendapat bantuan seterusnya. Kami adalah karyawan yang ikhlas dan telus dalam memperkembangkan karya demi pembangunan industri seni tanahair. Janganlah kami diajak berpolitiking. Kami ingin sama-sama menyahut semangat 1 Malaysia -“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang dilaungkan oleh PM kita. Statusnya sekarang, masih merayu pihak bank, Finas dan pak-pak menteri untuk membantu. Tapi sehingga sekaranglah dan hampir 7 bulan ada jawapan yang menghampakan dan ada soalan yang terus tidak dilayan langsung. Namun terpaksalah kami tunggu juga. Harap-harap pihak Finas dan kementerian yang terbabit dapat bagi jawapan yang telus sebelum kami juga terpaksa menyiarkan bukti kronologi apa sebenarnya yang terjadi kepada umum. Kami akan teruskan usaha pembikinan filem ini. Rezeki ditentukan DIA. Sememangnya kami adalah golongan pembikin filem yang serius dan bukan dari golongan kroni, kontraktor, tauke sayur, tauke ikan dan tauke khinzir yang mudah dari karyawan filem sendiri mendapat kemudahan dana ini. KAMI ADALAH KARYAWAN yang berada dalam industri ini sejak era Lagenda Tan Sri P.Ramlee- kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura. Bangkai gajah tak boleh disorok. Kebenaran lambat laun akan diketahui umum. Kepada mereka yang senasib dan serius dalam industri ini..."hanya Jauhari mengenal manikam" Harapan kami agar pihak yang benar berkuasa dapat menjengok akan masaalah ini. “How long should you try? Until. ” —Jim Rohn, author, business coach, motivational speaker.
Posted by momokthemovie at Friday, May 07, 2010 0 comments

Posted by momokthemovie at Friday, May 14, 2010 0 comments   Monday, May 10, 2010


The Making of MOMOK...Jangan Panggil Aku. M.Jamil the Director speaks


video by Tok Wan
Music Director
MOMOK...Jangan Panggil Aku.

Tonton MOMOK, Jangan Panggil Aku di pawagam berhampiran anda, Mach 2011


video by Tok Wan
Music Director
MOMOK Jangan Panggil Aku.

Disebalik Musibah

we write our daily life, or else events, and also about

Friday, February 20, 2009
I got this email from my sister, sorry all in malay. For your info.

Disebalik Musibah

Menemui saudara ku sekalian, baru-baru ini sekali lagi Yahudi bermaharajalela membantai penduduk Gaza , tanpa merasa belas kasihan. Ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupun dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak. Terima kasih kepada kerajaan British yang memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika) telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy). Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai-ramai keluar dari bumi Amerika. Mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke Bahasa Melayu. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita dan generasi mendatang. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus-terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun jeneral tentera Israel dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN). Maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak. Tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka. Tesis itu bertajuk "Why are the Jews so smart". Suka cita saya alih-bahasakannya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya. Semoga pasangan muda dapat mengamalkannya demi melahirkan jenerasi yang baik. Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachusset USA .

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd. saya disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun. Ini adalah kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan. Saya sedang melatih otak beliau. Semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak". Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung, beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengahari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau, ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang ?orang yg menghafaz al Qur'an juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu untuk meningkatkan daya ingatan).

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah saw supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat).

Di Israel, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok. Tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil liver). Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata- rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota- notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak). Maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan. Dalam pada itu, pelajaran sains amatlah diberikan keutamaan. Didalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara. (Ketiga2 sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah saw tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya).

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid ditekan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijen dikepala. Banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung. Galakkanlah siibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan. Makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak. Dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang bodoh (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Disini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Seperti Israel, ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel . Maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil. Benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia . Jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke museum, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang, berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa iaitu adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Fir'aun hingga ke Hitler. Bagi saya itu isu politik dan survival, dan yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya. Ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 muka surat penuh. Essaynya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato!"

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Dr. Stephen Carr Leon Ulasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang? Ini adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah saw. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah saw supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya untuk kebaikan bangsa mereka sendiri. Seperti contoh, pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya. Begitu juga, amalan makan di hotel2, buah2an selepas makanan utama, sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu seperti yang dianjurkan oleh Rasullullah saw. Yang mungkin tidak disentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yang jelas bertentangan dengan ajaran Rasullulah saw. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam! Kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah Ta'ala. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia2, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana ???

Sedar dan insaflah wahai saudara-saudara ku dari tipu daya dan fitnah pesona dunia samada akibat perbuatan manusia, jin, iblis dan syaitan mahupun kelalaian hati sendiri. Bangunlah dari lena mimpimu.

Sumber:
http://kawaii-sweet-angel.blogspot.com/2009/02/disebalik-musibah.html

Thursday, September 16, 2010

Conceptual design poster rindunya My LOVE - versi pertama



Noramin Mosyi Mosyi
Wow, What do u think guys

Hally Hakim Hassan
noramin>>d greatest person in ma family..RESPECT..!!

Fuaad Al-attas
Oooo
pokok bonsai eh?

Firk Madt
rindu yg terpendam lama........

Hamzah Lynna
on air? On TV? On white screen? update me

Yassin Salleh
in the making.
big screen.
yassinsalleh making his come-back.
mohon doa restu.
salam

Hamzah Lynna
all the best and good luck then!!!!

Nora Ahad
Good on u and good luck dear....

Yassin Salleh terima kasih.
mohon doa restu.

Hally Hakim Hassan
go pak ngah go..!!

Fendi Aman
gd luck & all the best!!!

Ahmad Mahfiz Haji Nordin
Daddy... jangan lupakan Afiz ya. Masih lagi shooting ke?

Sazly Lyvedder
All the best 2 u.. Pak Ngah ku....

Yassin Salleh
1. thank you noramin sutan mudo, noor, fuadd,
mamat pT, joe, fendi, nora, lynna and afiz.
2. daddy belum shooting lagi afiz, baru
prelimary stage daddy mana boleh lupa afiz.
nanti afiz merajuk tak mahu cerap anak bulan,
susahlah nak mulaka...n puasa! he he he....
salam. mohon doa restu.
nota:
sila lihat versi kedua rekabentuk konsep poster rMLSee More

Sazly Lyvedder
pak ngah guna teknik CGI x...

Hally Hakim Hassan
ma pleasure pak ngah

Ahmad Mahfiz Haji Nordin
Thanks daddy. Nanti kalau Afiz nak tengok daddy shooting boleh tak? Teringin juga nak tahu macam mana masa produksi tu. Boleh jugalah tambah ilmu pengetahuan. Takkanlah Afiz nak merajuk dengan daddy pulak. Hehehehehehehehehehehe...

Yassin Salleh
teknik atap je sali,
yang penting semangat, jiwa dan falsafahnya.
teknik-meknik tu cumalah mangkuk kepada cendul.
kalau bubuh cendul basi kat dalam mangkuk emas bertatah permata sekalipun - cendul basi, tetap juga cendul basi, meloyakan.
salam. mohon doa restu.

Sazly Lyvedder
yes true pak ngah...

Risma Kamalsjah
imbauan dodoi tan sri p ramlee
tiada tempat nak mengadu
alam keliling membisu
kalau ada ayah dan ibu
takan begini nasibku
oh ho ho hohoho hooo!
oh Tuhan lihatlah penderitaanku
tak sanggup ku menunggu
kau ambillah nyawaku

Yassin Salleh
angin menderu dahan jatuh
menimpa batu kuburan
sayang di sayang..........

Ahmad Mahfiz Haji Nordin
Lagu tu memang best. Syahdu tau bila dengar...

Nora Shikin
aduhuuu merdunya suara tok ngah....

Nora Shikin
murai terkejut berkicau2wan
skit rindu di tinggalkan abg...
sayang di sayang....

Yassin Salleh
1. afiz,
oldies yang evergreen.
2. risma,
sekian lamanya engkau
hidup seorang diri
ku ingin membalut luka hatimu.
3. nora shikin,
dah pandai nyanyi cucu atukngah tu!
sayang!!!

Nora Shikin HEHEHEH
tu baru ckit jer tok...
Emy Sha Sharip
all the best

Yassin Salleh
thank you emy

 JUan ELmie Hassan
semoga ALLAH merahmati perjalanan seni Pak Ngah....

Hally Hakim Hassan
amin...

Yassin Salleh
amin.
terima kasih boboy & joe

Nora Shikin
amin yaallah..

JUan ELmie Hassan
WE SUPPORT U FROM BEHIND.......

Hally Hakim Hassan
boy>>ko nk kje ngn pak ngah ke

Hally Hakim Hassan
same2 pak ngah

Sazly Lyvedder
jd boom man pon x kisah kan hahaha... mamat jd actor blakang kamera ..wakakakak!!!

Noramin Mosyi Mosyi
terima kasih di atas respon rakan-rakan fb-ku semua. Tak sangka pula banyak responnya. Mengemang bulu roma saya apabila pertama kali menatap gambar slide filem ini. Apatah lagi, nama saya dikaitkan dengan slide filem ini. Kalau kita lihat secara andaian, slide filem ini menggambarkan pasti sebuah filem
air-mata yang yang seolah-olah dapat mengatasi pilu-kehibaan lagenda filem Hindi Sanggam. Ia menggambarkan satu kisah percintaan yang amat perit dan sukar, penuh tragis! Saya dapat merasakannya! Tanpa ku sedar, air mataku mengalir jua.

Yassin Salleh
semoga Allah SWT akan memberkati kerabat rML. amin.

Hally Hakim Hassan
amin..

Hally Hakim Hassan
noramin>>wa caya sama lu..!!

Firk Madt kami
sentiasa bersama pakngah walau jauh beribu batu...... :)

Dayang Hajijah
tahniah & syabas..

Yassin Salleh
1. terima kasih atas inisiatif dan semangat
saudaraku sutan mudo noramin
2. terima kasih mamat pT & joe
3. terima kasih singlemum
you are very kind.
...salam.
mohon doa restu

Hally Hakim Hassan
anything 4 u pak ngah
mamat>>klu jauk bribu batu tu mcm pak ngah ko tinggl kt mekah je

Jija Aziz
tahniah uncle yassin

Firk Madt
alang : tu perumpamaan je la lang... he he he...
p'ngah : teruskan perjuangan mu.. kami sentiasa ada... :)

Yassin Salleh tq dijah dear

Yassin Salleh tq mpT

Mohd Jamil
Hidup Yassin Salleh..you are most welcome!

Yassin Salleh
dear m jamil
william ball is coming back!
mohon doa restu
salam.

Mohd Jamil
Saat dan tika yang amat dinantikan. My Sifu is back..."Dia Ibuku' memegang record 9 awards di FFM ke 2. M.Jamil berjaya dengan Momok The Movie di era ini...bayangkan impak yg akan dilakukan oleh sifu Yassin Salleh.

Yassin Salleh
1. tq wb am of pembalut luka!
just to refresh dik scored 10 - not 9. just check pls.
a part is specially lined in place for my beloved wb am in rML!
looking forward to our reunion in my production brother
2. terima kasih noor azalina.
...mohon doa restu.
Salam

Ahmad Mahfiz Haji Nordin
M. Jamil, ya... masa tu anda muda remaja lagi. Tapikan setahu saya Dia Ibuku memang 10 anugerah. Yang paling hampir pun rasanya filem Layar Lara dengan 9 anugerah. Betulkan kalau silap ya...

Yassin Salleh
Dia Ibuku list of awards won:
1. The Best Film
2. The Best Director
3. The Best Screenplay -
the above 3 for yassinsalleh
4. The Best Heavy Drama,
5. The Best Lead Actress awards for Sarimah
6. The Best Comedian for S. Shamsuddin
7. The Best Cameraman for Johan Ibrahim
8. The Best Art Direction for Baki Ahmad
9. The Best Sound Editing for Vincent Koh and Kum Soon,
10.The Most Promising Actor for M. Jamil, Sarimah's son.

Tun Dr Mahathir Mohamad, the deputy prime minister at the time, gave out the Best Film award,

Noramin Mosyi Mosyi
Cuba bayangkan ya rakan-rakan-ku, Yassin Salleh telah mencipta nama pada ketika saya masih lagi bayi dalam bidang penyiaran dan tidak terlanjur kalau saya katakan ramai diantara kita masih lagi peringkat anak-anak pada saat itu. Dimedia cetak, nama Yassin Salleh terpapar merata hampir setiap hari. Kalau saya masih ingat, pada saat penganugerahan filem ini, saya menyaksikannya dari jauh dengan penuh cemburu akan Sukma-Filem yang menjiwai sanubari Yassin Salleh!

JUan ELmie Hassan
ONLY THE BEST FROM THE BEST.....
MY LUVLY PAK NGAH....

Prem Anand R
ALL THE BEST ABG YASSIN ....

Yassin Salleh
tq sutan mudo noramen.
tq boboy encem.
tq anand
i am being spoilt rotten!
what a wonderful world

Puteri Mutiara Rini
just a wonderful info.....nak ikut shooting....boleh x?

Ahmad Mahfiz Haji Nordin
Daddy... nanti Afiz nak mintak daddy tandatangan kat DVD Dia Ibuku yang Afiz beli 2 tahun dulu. Thanks daddy.

Yassin Salleh
1. puteri. cucu-cucu tak boleh ikut - pegi sekolah dulu.
dah besar baru boleh ikut. adik-adik boleh ikut. kalau yang adinda bahaya - nanti tak jadi keja lak. he he he
2. sain dvd takde masaalah afiz. kalau nak minta sain cek susahlah sikit ...- akaun merah! he he he

Ahmad Mahfiz Haji Nordin
Hahahahahahahahaha... nanti daddy tandatangan tau. Itu yang akaun A.
Kat akaun B lain pulaklah ya. Kekekekekekekekeke...