Mummy sayang,
Janganlah Mummy tanya begitu.
Pilu sangat Daddy.
Mummy pindah semula ke Wad ICU
supaya Mummy dapat rawatan yang rapi,
Itu urusan doktor.
Dia tahu apa yang perlu dilakukan.
Urusan Mummy
berhenti sakit dan cepat sembuh.
Menentukan
hidup mati
adalah urusan Tuhan.
Urusan kita pasrah dan redha.
Tapi Mummy pindah ke ICU bukan untuk mati.
Cantik kaki Mummy pakai stoking panjang.
Senyumlah sikit.
Daddy loves Mummy.
 ---yassinsalleh
1704 hrs. okt 5. 2010
Kamar Menunggu Wad ICU,
Hospital Serdang, Kajang
Posted to facebook
by Yassin Salleh on Tuesday, October 5, 2010 at 11:58am.
http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/yassin-salleh/daddy-loves-mummy-2/472904284746
Mastura Rahmat, Oneartist Artgallery, Marzidah Wizi and 3 others like this
Noramin Mosyi Mosyi 
Pilu jua hati semua, Jangan tanya begitu lagi!
Kas Mara 
baris akhir mencuit hati... suka lihat romantis tidak hilang. moga Mummy sihat... kalau dah sihat, boleh bawa Mummy ke Rompin nanti. teringin jumpa Mummy.
Yassin Salleh 
terima kasih bro noramin.
terima kasih anakanda kas mara.
i am very much touched, hiba dan sayu.
mohon doa restu. salam
Eina Anwar 
The loving look....m so touched.....
Dari mata turun ke hati gitu....
Semuga Mummy cepat sembuh
doa dr kami sekuarga
Salam.....
Shamsara Kasiih 
bila membaca pilu rasa hati terkenangkan mummy sekeluarga..pasti satu hari giliran kita jua begitu..semoga allah sentiasa disampingnya
Risma Kamalsjah 
Sedih sgt. When i went to see mummy. she was narrating one of ur poems while touching my face.
Kelompen Pahang 
semoga sejahtera berkekalan
aminnnnnnn
Qaseh Pahang 
indahnya hidup berkasih sayang...dalam keadaan sekarang hanya kasih sayanglah yg menjadi penawar....
Zulkafli Wahab 
Aduh Ngah... tak terluah ngan kata2. Bless u
Yassin Salleh 
Noramin, Kas Mara, Eina, Shamsa, Risma, Kelompen, Qaseh, Zulkafli,
apalah lagi yang dapat saya lakukan selain dari memujuk hati nan pilu 
dengan mengumpul segenap kekuatan yang sudah terlalu tipis berbaki 
dalam kamar qalbu melalui bicara dalam sajak sebagai tempat mengadu.
kebersamaan kalian melalui salam, ucap selamat dan doa, adalah sokongan semangat yang amat bererti dalam sesak rasa yang terlonta mendepani 
realiti yang meniti garis cemas yang amat tipis antara masih boleh 
tersenyum dan/atau airmata yang gugur tengkujuh.
kalian adalah kawan-kawan yang sebenarnya sahabatku sejati. salam.
Ya Allah, ya Tuhanku, engkau tahu apa yang seharusnya. 
Aku pasrah. Kepadamu aku berserah. Allahuakbar
Muhamad Rozi Hassan 
bersabarlah ayahanda walaupun terpilu dengan kata2 mummy apa yang boleh dilakukan berdoa sahaja pada Illahi semoga suasananya kembali pulih dan sejahtera..
Yassin Salleh 
MRH. terima kasih atas keprihatinan anakanda. ayah terharu dan sayu. salam
Marzidah Wizi 
setiap manusia kalau allah bg ujian... adalah manusia yg sgt bertuah sebenarnya...kerana allah amat sayangkannya...dan allah nak uji tahap kesabarannya...setiap manusia pasti ada ujian atau dugaan...pasti ada.baiknya...ayah bertuah kerna terpilih salah seorang darinya...kasih sayang ayah pada mummy amatlah kami kagum sekali...moga ayah sekeluarga diberikan kekuatan untuk hadapinya..kami sentiasa mendoakan agar segalanya berakhir secepat mungkin.salam.
Oneartist Artgallery 
Moga kesejahteraan dan keberkatan sentiasa dirahmati Allah untuk ayah. Anakanda terasa kepiluan dan kasih sayang ayah terhadap insan yang 
dicintai. salam takzim.
Yassin Salleh 
anakanda marzidah dan wan.
terima kasih atas keprihatinan anakanda suami isteri. ingatan kasih, 
ucapan selamat dan doa kalian berserta para sahabat ayah sekalian 
adalah dorongan semangat yang menupang daya tahan ayah yang kian 
hari kian menuju tumbang. ayah beruntung. ayah terharu dan sayu atas kebersamaan kalian. salam.
*******
Daddy Loves Mummy - 3
Mummy tidurlah sayang.
Mimpikan kita di kampung.
Kita mandi sungai.
Daddy jala ikan Mummy kutip pucuk paku.
Malam,
kita tenguk bulan hiba
dan hitung bintang-bintang menari tanpa sepatu
Pagi,
kita kutip mempelam gugur dan ambik keladi buat sayur.
Tengahari,
kalau beras takde dalam tempayan
kita rebuslah ubi cicah sambal belacan.
Lada banyak
dan belacan tak mahal.
Petang,
kita tunggu bas akhir
kalau-kalau ada orang kirim surat khabar.
Boleh baca berita siapa kena toto,
siapa kawin lagi,
siapa kena tangkap curi roti
siapa beli Masseratti.
Mummy tidurlah dulu sayang.
Daddy Loves Mummy.
 ---yassinsalleh
1831 hrs. okt 5. 2010
Kamar menanti Wad ICU,
Hospital Serdang, Kajang
Posted to facebook
by Yassin Salleh on Tuesday, October 5, 2010 at 12:06pm.
http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=472905779746&comments&po=1&ref=notif¬if_t=note_comment
Mastura Rahmat, Oneartist Artgallery, Marzidah Wizi and 2 others like this
Noramin Mosyi 
Mosyi Get well
Yassin Salleh 
tq stmu. salam
Shamsara Kasiih 
semoga cepat sembuh
Fauzi Amin 
Mummy tidor mimpikan yang enak persetan gelora dunia kerana tika 
terbangun yakinlah pasti disisimu Daddy tersayang senantiasa bersamamu. Salam doa ku utk keluarga mu.
Kelompen Pahang 
semoga ayahanda tabah,
semoga semuanya sejahtera
sediakala
Qaseh Pahang 
mudah2an segala keperitan berakhir...dan sinar bahagia akan muncul lagi....amin...
Nashrulhadi Mohd Khalid 
Tabahkan hati, sabar dan banyakkan doa...
Zulkafli Wahab 
Moga tabah dan terus sabar dgn dugaan nya ini. Agar ada hikmah dan 
hidayah nya nanti . Insyallah...
Ema Soleil 
YS doa kami mengiringi mummy muga sihat semula, tabahkan hati dan kentalkan semangat....Allah be with you.....Ameen
Yassin Salleh 
Noramin, Shamsara, Fauzi, Kelompen, Qaseh, Nashrulhadi, Zulkafli, Ema,
terima kasih. kalian adalah sumber semangat saya. ingatan mesra, ucap selamat dan doa restu kalian memperkokoh benteng kekuatan saya yang 
kian hari kian tipis. sajak yang saya tulis adalah sebagai sudut kamar 
di mana saya mengadukan kepiluan bagi mengelakkan saya dari dilihat menangis. demi anak-anak airmata saya sorokkan gugurnya bila anak-anak tidur.
salam takzim
mohon doa restu
terima kasih.
yassinsalleh
Marzidah Wizi 
salam ayah yang sentiasa diingati..setiap kiriman ayah di tel kami,kami berasa sangat terharu...moga ayah tabah dan sabar dengan ujian yang diberikanNya...kami tahu ayah kuat semangat dan tak mudah berputus asa..doa dari kami sentiasa mengi...rigi ayah...maaf juga kerna agak 
lambat membalas kiriman dari ayah,kami sekarang terlalu banyak pekara 
yang perlu dibereskan dan juga agak tertekan juga dengan persiapan anak sulung kami menghadapi peperiksaan PMR yang baru bermula hari ini...
salam sayang dari kami sekeluarga dan didoakan agar mummy akan 
kembali seperti sediakala...salam
Oneartist Artgallery 
dodoi ayah kepada mummy amat menyentuh perasaan anakanda. kita 
sama2 panjatkan doa untuk kesejahteraan dan keberkatan sentiasa. 
salam takzim.
Yassin Salleh 
tk marzidah dan wan.
ayah tulis balasan ini dengan jari jemari yang basah.
pilu di hati tak tersekatkan lagi menitis di mata. salam
Marzidah Wizi 
anakanda berdua turut merasainya....tiada perkataan yg boleh 
diungkapkan hanyalah ..sabar ayah...moga sinar kebahagian 
menanti ayah..kami doakan dan doakan...salam.
*******
Daddy Loves Mummy - 4
Amar dan Ana salam kalian
bangah dah bisikkan di telinga Mummy.
Mummy masih lagi lena.
Agaknya
dia sedang bermimpi
tenguk orang memetik kecapi,
atau
sedang melihat
anak-anak berlarian main polis senteri,
di halaman malam tujuh likur.
Atau
Mummy sedang menghitung
bilangan sampul duitraya.
Mungkin juga
Mummy sedang berdiri di hujung permatang
menunggu ipar duainya yang ramai
datang membawa 
keratan tunas kemboja
bersama 
gumpalan asap setanggi.
Amar,
berapa puluh semuanya anak sedara mummy?
Tidurlah Mummy.
Mimpikanlah selagi boleh.
Mimpi
sajalah yang masih tinggal lagi untuk kita.
Kelompen, Musli, Zaini, Halim, Noramin,
Wak Joe, Fauzi, Cema dan Razif
kirim salam kat Mummy.
Daddy loves Mummy.
---yassinsalleh
1312 hrs. okt 5. 2010.
Kamar Menanti Wad ICU,
Hospital Serdang, Kajang
Posted to facebook 
kepiluan makin menghambat diri
dari kata-kata jauh sayu
terawang resah pada benak hati
lelap seketika akal mencari sekeliling
menjadi dalamnya hirupan nafas 
mengeluh hiba
jalan itu adakah cukup lebar
untuk membawa semua mimpi-mimpi
pada sebuah kapal di dermaga
yang nahkhodanya teguh mengadap
menongkah angin, ribut dan gelora 
walau diri ini akur pada langkah kiblat
pada musim kemarau terik 
yang bahang
dan jadilah ia senyum semula
dalam bahagia bersama
wanmohdadnan/oaag 
10.09 pm. okt 5. 2010.
bim,kuantan,phg
Copyright ©2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved
Ema Soleil 
muga mummy cepat sembuh.....ameen 
Yassin Salleh 
tq qish.
you are so caring. salam 
Ema Soleil 
the least i can do in my bz moments.... 
Fauzi Amin 
Titis air mata ku diiringi doa membaca luahan hati yang tulus kasih 
seorang suami kpd isteri tersayang semoga Allah memberkati 
yassinsalleh dan keluarga dunia dan akhirat hendaknya Amin... 
Yassin Salleh 
anakanda wan dan adindaku fauzi.
buat kali pertamanya, airmataku menitis kini, bila membaca sajak dan 
komen kalian berdua. i am blessed by such wonderful friends. tq
fyi, i am still crying. airmata ini tak dapat disekat jatuhnya. salam 
Kelompen Pahang 
TABAH lah ayahanda
sejahteralah mummy
sedia kala
doa KAMI 
Yassin Salleh 
pen menambah gugur airmata ayah. 
Kang Nasir 
bro membuatkan saya sebak syahdu.
Smga Allah mengurniakan yg terbaik utk mummy.
Jika terjaga sejahtera itu baik baginya. Mudah2an dapat 
mempertingkatkan amalan.
Jika pergi tidur itu lebih baik baginya. Mudah2an ditempatkan 
berserta golongan yg... terbaik antara yg terbaik disisinya. 
Amin..
Yassin Salleh 
terimakasih bro kang.
ku balas komenmu dengan jari yang basah. salam 
 
No comments:
Post a Comment