Mummy Sayang
In memory of my mom, Siti Rahey Salehuddin,
who passed away on 11.48 pm Nov 4th 2010,
I write this eulogy:
Mummy love,
your pain has ended for which I am eternally grateful,
But mine has just begun.
How do I define the emptiness you left behind?
Mybest friend, my confidant, the place I run to when
there's no where else to hide,
my shelter from storm; how many
other innumerable ways can I describe to you
for which I have lost today.
Mummy love,
I know I trouble your spirit
with my tears, forgive me for adding to the pain you have
already endured while on this earthly plains, but mummy love,
who will I turn to now when no one else can cure my pain?
You were the answer to every question
I ever dared ask and now I know the answer
to the biggest mystery of all,
how can one hurt so much simply from loving someone
without any boundaries:
the answer lies in the very nature
of that love itself, and know that my love for you
is limitless as my insurmountable pain
will attest to that fact.
Al Fatihah.
Adik, Yasleh Hani Wati Mat Yassin
1458 hrs. november 5. 2010
Rumah De Pidah,Kampung Bharu Chenor.
Copyright © 2010 Yasleh Hani Wati
All Rights Reserved
Sekadar Memaklumkan. Mummy Siti Rahey masuk ICU
Sekadar memaklumkan.Isteri saya, Siti Rahey Binti Salehuddin, Mummy
kepada anak-anak kami telah dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Serdang
Petang Isnin, 20hb September, 2010.
Doktor yang memeriksanya di Wad Zon Kritikal Jabatan Kecemasan
Hospital Serdang mendapati Mummy patah sendi peha kiri (femur). itulah
yang menyebabkan dia tak boleh bergerak sejak jatuh terlentang di dapur
dua hari sebelum raya.
Akibat lama tak bergerak doktor bimbang ada darah beku yang masuk
ke dalam saluran darah dan bergerak masuk ke dalam paru-paru,
mengakibatkan ‘pulmonary embolism’yang membuat dia sukar bernafas.
Salam Takzim. Mohon Doa Restu.
Terima kasih.
yassinsalleh
0050 hrs. Sept 21. 2010
Le Cassa Pacifica De Yaslehs
Puchong, Selangor DE.
Hospital Serdang Mesra dan Efficient. - keluarga Siti Rahey
Isteri saya, Siti Rahey Binti Salehuddin, sekarang ini sedang menjalani
rawatan di Wad ICU, Hospital Serdang.
Kami dengan ini merakamkan ucapan terima kasih kami setinggi-tingginya
kepada pihak Pengurusan Hospital Serdang, para pegawai medical, doktor
dan kaki tangan seluruhnya.
Bermula dari team ambulan, kemudian team petugas-petugas medical dan
pentadbiran Jabatan Kecemasan & trauma membawalah kini kepada petugas-
petugas perubatan dan pentadbiran Rawatan Rapi di Wad ICU; kami dapati,
amat mesra pelanggan, penuh hemah dan tertib serta berbudi bahasa yang amat menyenangkan hati dan perasaan kami dalam kecemasan kami mendepani
musibah yang menimpa kami.
Dengan suasana yang efficient dan customer friendly yang kami alami
di Hospital Serdang ini, terasakan separuh dari beban tanggungan perasaan
kami berkurang sudah.
Terima kasih kepada para petugas perubatan dan pentadbiran Wad ICU.Terima
kasih para petugas perubatan dan pentadbiran Jabatan Kecemasan & Trauma.
Terima kasih kepada team perubatan dan pentadbiran khidmat ambulan
Terima kasih kepada Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Hospital Serdang.
Hospital Serdang, please know that you people are Great!
Salam takzim.
dari keluarga Yaslehs
Yasleh Khaliff Amri
Yasleh Hani Wati
Yasleh Rita Ayu
Siti Rahey Salehuddin
yassinsalleh
Mummy Jangan Bimbang
Mummy jangan bimbang.
Kita sakit masuklah sepital.
Tak daya bangkit kita panggil ambulan.
Takde duit, kita juallah buku kat kedai 2nd hand books.
Lagipun deposit wad kelas 3 taklah mahal sangat.
Mummy jangan bimbang takde orang pedulikan kita.
Kalau Mummy mati,
Daddy tanam.
Kalau Daddy mati, Mummy tanam.
Kalau kita dua-dua mati,
nanti adalah orang tolong tanamkan
Takkanlah jiran sebelah sanggup
nak hidu bau busuk bangkai kita.
Tutuplah telefon Mummy tu.
Daddy loves Mummy.
yassinsalleh
1428 hrs. sept 20 2010
ruang nanti Zon Kritikal
Jabatan Kecemasan & Trauma
Hospital Serdang.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Right Reserved.
Shamsara Kasiih, Sahabat Facebook Datang Melawat Mummy
Shamsara Kasiih, sahabat facebook saya datang melawat isteri saya
Mummy Siti Rahey Salehuddin di Ward ICU, Hospital Serdang tengah
hari Khamis, Sept 23, 2010.
Kami sekeluarga amat menghargai kedatangan Shamsara Kasih. Kami
terharu dan tersentuh.
Kami sekeluarga merakamkan di sini , penghargaan dan ucapkan terima kami.
Thank you so much dear Shamsara Kasiih. So sweet of you. You are so kind.
We are humbled by your kindness. We feel greatly honored and very much
grateful.
Salaam takzim.
Mohon doa restu
Terima kasih.
Yasleh Khaliff Amri
Yasleh Hani Wati
Yasleh Rita Ayu
Siti Rahey Salehuddin
yassinsalleh
0249 hrs sept 24. 2010
La Cassa Pacifica De Yaslehs.
Dik Laily, De Fidah, Abd Mues, Ngah Mah & Awang John
lawat Mummy
Updates dari Katil No 6, Wad ICU, Hospital Serdang.
1. Tiada perkembangan baru hari ini. Keadaan Mummy masih
macam semalam.
2. Di kedua-dua waktu lawatan mummy sadar. Dia tidak tidur.
3. Tengahari adik angkat Mummy, Uncle Abd Muis Jaafar dan
2 orang anak saudara mummy, De Norafidah Othman & Dik Norlaily
Othman dari Chenor datang melawat.
4. Tengah hari tak dapat lama tengok mummy kerana nurse sibuk
bersihkan mummy.
5. Waktu lawatan petang 2 lagi anak saudara mummy dari Chenor,
Ngah Mah & Abang Awang datang melawat.
6. Waktu lawatan petang juga mummy dibersihkan oleh nurse.
7. Adik mummy Rose Lina Salehuddin baru sampai dari Belgium tak
sempat datang tenguk mummy. Dia datang esuk.
8. Mummy ceria dan banyak bergurau. Mummy kirim salam dan ucapkan
terima kasih pada semua sahabat & saudara yg mendoakan kesejahteraannya.
9. Special thanks from Mummny to uncle Joe “ got the right size pampers
now, thanks wak joe”.
Alhamdulillah.
Terimakasih.
Updates oleh
Along, Yasleh Rita Ayu
2317 hrs. Sept 25. 2010
Magical date 10. 10. 10. "Mummy Loves Daddy."
Updates on Mummy : Hari ke 21
10. 10. 10. Suatu tarikh keramat.
Setelah 21 hari menerima rawatan di Wad ICU, dan Wad High
Dependency. buat pertama kalinya, sebaik kami tiba di katilnya Mummy
dalam keadaan sadar. Mummy dah pandai senyum dan respon dgn
berkata-kata. Pada mulanya agak sukar nak menentukan apa Mummy
katakan sebab mulutnya masih ditangkup oxygen mask plastik.
Sebelum saya keluar untuk memberikan giliran Along & Adik pula
masuk saya kata, "Daddy loves Mummy." Mummy senyum membalas
"Mummy Loves Daddy."
Alhamdulilah. Kami panjatkan kesyukuran kami ke hadhiratmu ya Allah
ya Tuhanku. Kepada para sahabat dan saudaramara yang telah dengan amat
budiman menghulurkan bantuan, mengirimkan ingatan mesra, ucapan
selamat serta memanjatkan doa ke hadhirat Allah SWT; saya dan anak-anak
dengan ini merakamkan penghargaan kami atas budi dan kebersamaan kalian.
Terima kasih kami kepada doktor, jururawat, dan kaki tangan Medical Teams
Ward ICU, Ward 7B dan Ward HDW, Hospital Serdang yang telah merawat
Mummy dengan penuh tanggung jawab dan dedikasi. Terima kasih setinggi-
tingginya. Kudos.
On this magical date 10.10.10,our dearest beloved mummy regains full
consciousness. Thanks to all my dear friends and relatives for your support,
well wishes and doa. You are all very kind and caring – the pillars of my
strength. My deepest appreciation for you kindness. I am humbled by them.
Allahuakbar.Thank you. Salam
yassinsalleh
1725 hrs. 10.10.10
Kamar Menanti Wad HDW,
Tingkat 4, Hospital Serdang.
Waktu Melawat Petang: Adik bongsu Mummy, Harith Jaaffar bersama isteri
datang melawat Mummy. Terima kasih Harith
"Mummy Loves Daddy"
Maafkan aku kalau matahari
keletihan di langitmu.
Fajar tadi,
aku pintas matahari di kaki langit.
Dan kami,
aku dan matahari, sepenuh syahdu
menanri dan menari dan menyanyi dan menyanyi
sambil lembut bayu
melagukan semerdunya
kesyukuran kami atas doa kalian yang dimakbulkan Allah SWT.
Mummy tersayang sihat kembali. Alhamdulillah.
Maafkan aku
Agak lama meminjam matahari fajar tadi.
Dan
dingin halus jari jemari embun jua
agak lama meminjam cermin dari matahari
untuk menyisir rapi rambutku
yang sudah terlalu lama kusut.
“Mummy Loves Daddy.”
---yassinsalleh
1105 hrs. okt 11. 10
Hospital Serdang.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved.
12, 10, 10. Hari ini buat pertama kalinya Mummy makan.
Updates oleh:
Daddy, yassinsalleh
Hari ke 23
1357 hrs okt.12.10
Katil No 8, wad 7C, Hospital Serdang:
Hari ini buat pertama kalinya Mummy makan.
Menunya:
Bubur, ikan asam pedas, sayur campur & betik untuk dessert.
Berselera Mummy makan. Mummy ceria. Mulutnya becuk bergurau.
Bro Noramin Mosyi Mosyi & isteri datang melawat.
Terima kasih bro NMM & Isteri.
Malam tadi
Ketika matahari tak
berkhidmat.
Masa matahari beristirehat.
Di waktu bulan meronda
langit.
Sedang bintang-bintang
dan awan malam berseloka,
Aku pujuk matahari
ajak main hiburkan mummy.
Aduhai
Seronoknyalah kami,
mummy dan aku,
main lantun-lantun
matahari jadi bolanya
Bagaikan kanak-kanak
kami keriangan.
Walaupun
mummy berlari dengan tiub
bergayutan di badannya.
Kiranya matahari kalian
kelihatan sedikit lebam,
maafkanlah,
aku terkuat sikit melantunnya.
Terima kasih matahari.
Malam nanti kita main lagi ya!
Daddy loves Mummy.
---yassinsalleh
1238 hrs. okt 12. 10
Katil No 8, Wad 7C,
Tingkat 7, Hospital Serdang
Copyright ©2010 yassinsalleh
All Rights Reserved.
Berkat doa kalian, Mummy beransur sihat.
Alhamdulillah. Berkat doa para sahabat dan saudara mara sekalian,
Mummy kini beransur sihat.
Dengan sukacitanya, kami sekeluarga dengan ini merakamkan penghargaan
dan terima kasih kami setinggi-tingginya kepada sekalian para sahabat dan
saudara mara di atas ingatan mesra, ucapan selamat, bantuan yang diberikan
serta doa yang dipanjatkan ke hadhirat Allah SWT, juga susah payah datang
melawat bagi kalian yang berkesempatan menziarahi Mummy.
Penghargaan dan terima kasih kami juga kepada pihak pengurusan Hospital
Serdang. para doktor dan jururawat Medical Team Jabatan Kecemasan dan
Trauma, para doktor dan jururawat Medical Teams Ward ICU, Ward HDW,
Ward 7B dan Ward 7C
Kepada Allah SWT kami panjatkan doa memohon kalain dilimpahkan
rahmatNYA.
Salam Takzim. Mohon doa restu
Terima kasih
yassinsalleh
Yasleh Khaliff Amri,
Yasleh Hani Wati
Yasleh Rita Ayu
1251 hrs. okt 13. 10
la cassa pacifica de yaslehs
October 14, 2010- Devastating Day. Mummy paralysed. Aduhai.
Updates on Mummy:
Hari ke 25.
1. Mummy dah bernafas tanpa oxygen mask. Mummy dah berselera makan.
Mummy ceria dan pasrah.
2. Buah pinggang Mummy takkan berfungsi lagi. Mummy akan menjalani
dialysis sepanjang hayat.
3. Selepas dirawat selama 24 hari, semalam, okt 13, baru doctor menyedari
bahawa Mummy tak boleh menggerakkan anggotanya dari pinggang ke bawah.
3.a. Doktor refer case ini kepada Bahagian Orthopaedic untuk confirmkan
bahawa Mummy paralysed. Aduhai.
Update oleh:
yassinsalleh
1330 hrs. okt 14. 10
Katil 8 Wad 7C, Tingkat 7
Hospital Serdang
Mummy i am so sorry that i did not protect you enough. I failed you sayang.
Daddy Loves Mummy.
Airmataku tak tertahankan mengalir.
Top of Form
Bottom of Form
Oct 15. 10: Hari Ke 26. Mummy depressed.
Updates on Mummy.
Okt 15. 10: Hari Ke 26
Hari ini Mummy depressed. Dia tak response pada sesiapa. Mulutnya
dikancing rapat. Mummy tak mau makan. Doktor masukkan semula tiub
makan cecair. BP Mummy turun rendah semula. Sekiranya perlu Doktor
akan memindahkan semula Mummy ke wad ICU untuk pantauan sewaktu
dialysis. Aduhai.
Updates oleh
yassinsalleh
1807 hrs okt 15.10
Katil 8, Wad 7C, Tingkat 7
Hospital Serdang
*******
Mummy sayang.
37 tahun kita bercinta
37 tahun kita laila dan majnun
37 tahun kita menongkah arus takdir
37 tahun kita berkongsi untung dan malang
37 tahun dunia penuh wayang ini kita harung bersama.
Ya Allah ya Tuhanku
Berikanlah kami, Aku dan Mummy, 37 tahun lagi
Berkongsi kasih
dalam perih dan pedih ini seredhanya.
Mummy Loves Daddy and Daddy loves Mummy.
Mummy Loves Abang, Adik and Along.
And
Abang, Adik and Along Love Mummy very much, So Much.
---yassinsalleh
1010 hrs okt 16. 10
Hospital Serdang.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved.
Umie Wan Rose dan Adik Farah melawat Mummy.
Mummy Nyanyi Lagu Susu Lemok Manih.....
Along beri tahu Mummy
Daddy masak gulai kerang dengan petai
“Sedapnya,” Kata Mummy.
Along kata,
“Sekarang Mummy tak boleh makan lagi,
sebab pedas. Nanti Mummy dah balik rumah,
kita masak lagi.
Mummy boleh makan.”
Mummy kata,”Ok.”
OK Mummy sayang,
Mummy cepat sembuh.
Mummy balik rumah.
Daddy masak gulai kerang dengan petai.
Mummy kopek petai, daddy kopek kerang,
Daddy pipir lada, Mummy kupas bawang,
Daddy perah santan, Mummy tumbuk kunyit,
Daddy masak gulai, Mummy nyanyikan lagu
Susu lemok manih, santan kelapa mude
Abang jangan nangih, Mummy die ade.
Mummy cepatlah sembuh sayang.
Daddy Loves Mummy.
Abang, Adik and Along Love Mummy.
We all love Mummy very much, so much!
yassinsalleh
1920 hrs. okt 22. 10.
Katil 25, Wad 7B, Tingkat 7,
Hospital Serdang.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved
Alhamdulillah, Buah Pinggang Mummy Berfungsi Kembali
Updates tentang Mummy:
Hari ke 41.
Katil 25, Wad 7B,
Tingkat 7, Hospital Serdang.
Alhamdulillah, buah pinggang Mummy pulih dan berfungsi kembali
1. Doktorr telah mebuat Renal Profile Blood Test darah Mummy setiap 3 hari
sejak 11 hari yang lalu.
1.1. Doktor dapati buah pinggang Mummy sudah mula berfungsi kembali.
1.2. Walaupun progress kepulihannya bergantung kepada progress
penghapusan viral Infection yang masih kuat resistant nya.
1.3. Resistance virus itu ditambah pula dengan jangkitan bacteria MRSA yang
immune kepada penicillin based antibiotics. Terlalu sedikit antibiotic
non-penicillin based yang ada dan doktor telah menggunakan setiap jenis
yang ada namun MRSA bacteria itu masih belum dapat dikalahkan.
2. MRSA bacteria bersekali dengan bed sore wound di bahagian belakang
badan Mummy menyebabkan dia demam. Semalam 40.7 degree.
Pagi tadi turun sikit, 39.6.
3. Terima kasih atas keperihatinan, ingatan, doa, lawatan dan bantuan para
sahabat handai dan saudara mara sekalian..
Terima kasih.
Salam takzim. Mohon doa restu. Terima kasih
yassinsallehi
Yasleh Khaliff Amri
Yasleh Hani Wati
Yasleh Rita Ayu.
Mummy lawan ya sayang. Lawan sampai MENANG.
Memaklumkan:
Demam Mummy tambah teruk. Sejak pagi mulut Mummy berbuih.
Jantung Mummy lemah.
Mummy kini bernafas melalui mesin. Mummy dipindahkan ke katil 17
untuk memudahkan pemantauan.
Dr Besar played god again, dia kata “Harapan Tipis.”
Pukul 11.57 pagi tadi , anak sulong saya, Along, Yasleh Rita Ayu , yang
menjaga Mummy ketika itu telah disuruh oleh doktor menanda tangani
borang DIL (Death In Line); pengakuan keluarga bahawa pihak doktor telah
memaklumkan tentang pesakit tenat dan mungkin akan mati. Aduhai.
Allahuakbar. Salam takzim. Mohon doa restu. Terima Kasih.
yassinsalleh
2302 hrs. november 1. 10
Hospital Serdang
Mummy sayang
Jangan give up.
Kita lawan terus
gerombolan bacteria dan virus
yang jahat itu.
Mummy kalahkan mereka semua
sebagaiman selama ini
kita lawan Jin Kompot
sampai dia tepuk terjelepuk.
Ingat dulu doktor semua kata
“There is no possibility
that her kidney will recover.
It’s going to be dialysis
her whole life through.”
Dan Mummy lawan kata manusia
Dan Allah SWT bagi Mummy menang.
Buah pinggang Mummy berfungsi kembali.
Alhamdulillah.
Ingat lepas itu Doktor Besar kata pada Adik,
“Be prepared for the worse.
She may not make it through.”
Dan Allah SWT bagi Mummy menang
Mummy made it through!
Alhamdulillah
************
Demam Mummy kini 41 degree Celsius
Mummy mesti lawan, ya sayang
Mummy jangan pedulikan
Siapa yang peduli kat kita
dan
Siapa yang tak peduli kat kita
Kita sayang Allah SWT
dan
Allah SWT sayang kita.
Mummy lawan ya sayang.
Dan insyaAllah Mummy akan menang.
Let people play god.
We remain loving God.
Allahuakbar
---yassinsalleh
1127 hrs. nov 1. 10
Katil 25, Wad 7B,
Hospital Serdang.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved.
Jam 11.48 malam Nov 4. 2001. Mummy Pulang Ke Rahmatullah
Qolluinnalillahiwarjiun. Al Fatihah.
12.50 AM Nov 5.10 Datuk Johan Jaaffar & Datin Sarah datang
Sebaik dimaklumkan tentang kepulangan Mummy ke Rahmatullah, sahabat
keluarga Yasleh, YBhg Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi Eksekutif Media Prima
bergegas datang bersama isterinya Datin Sarah dan Pembantu Pribadi Khasnya
Ujang Andanan.
Datuk Johan telah membuat urusan serta merta bagi jenazah Mummy dimandi,
dikapan dan disembahyangkan segera bagi membolehkan jenazah Mummy
dibawa pulang ke kampungnya Chenor, Maran, Pahang dan sampai di sana
sebelum subuh supaya dapat disempurnakan pengkebumiannya sebelum waktu
solat Jumaat.
Alhamdulillah, jenazah Mummy telah sempurna disembahyangkan pada
jam 3.43 pagi. Kereta jenazah telah meninggalkan Hospital Serdang menuju
ke Chenor pada jam 3.56 pagi dan sampai di Mesjid Jameq Chenor pada
jam 5. 53 pagi.
Mummy, Siti Rahey Binti Tok Muda Haji Salehuddin telah dimakamkan
di Tanah Perkuburan Pengkalan Balai, Chenor.
Permakaman sempurna selesai pada jam 11.56 tengahari nov 5. 2010.
Terima kasih adikku Datuk Johan, Datin Sarah dan Ujang Andanan. Jasa dan
budi kalian akan tetap keramat dan abadi dalam ingatan kami Yasleh sekeluarga
Sajak Terakhir Yang Along Bacakan Pada Mummy.
Mummy sayang,
Malam tadi Abang tanya,
“kenapa Mummy tak bangun tidor?
Abang nak Mummy pulang rumah.”
Tadi masa makan, Abang kata,
“Abang nak makan Mummy masak.
Abang nak Mummy ada sampai abang besar.
Bila Mummy nak balik rumah, Daddy?”
Aduhai.
Mummy sayang, bangunlah,
Daddy tak dapat menahan
airmata gugur dengar Abang,
Susu Lemok Manih, Mummy
cakap macam tu.
Mummy bangunlah.
Lama benar dah Mummy tidor tu.
---yasinsalleh
1050 hrs Nov 4. 2010
Katil 17, Wad 7B,
Hospital Serdang
Copyright © 2010 yassinsalleh
All rights reserved
Abang Nak Blow Mummy Good Night Kiss.
Mummy dah takde
Rumah ini kosong sangat rasanya.
Suara Mummy dah takde
Setiap kamar segenap ruang terasa sunyi amat
Masakan Mummy dah takde
meja ini hidangannya semua tak sedap.
Mummy dah takde
anak-anak hilang suara
Daddy hilang metafora
TV hilang gambar
Lagu hilang irama.
Malam tadi Abang tanya,
“Mummy Nampak Abang tak sekarang, Daddy?
Abang nak blow Mummy good night kiss.”
yassinsalleh
2358 hrs. nov 9. 10
Sanggar Nestapa,
Kuala Lumpur
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved
Ahad 7. 11. 10. Hari Ketiga Mummy Pulang Kami
Pergi Pusara Mummy
Assalamualaikum Mummy.
Along telah meletakkan pasu keladi hiasan favorite Mummy
di bahagian kepala pusara Mummy. Keladi hiasan itu adalah
hadiah Mummy untuk Along di hari ulang tahun kelahiran
Along yang ke 31, tahun 2007.
Mummy sayang,
We miss Mummy very much, so much.
We love Mummy.
Abang,
Adik,
Along
Daddy.
Abang, Adik, Along & Daddy: Kami Rindu Mummy.
Mummy sayang.
Perasaan sayu dan pilu
yang menghiris-hiris jantung daddy kini
menghamparkan erti dengan rasanya perkataan-perkataan:
Sedih, Duka, Rindu dan Nestapa
yang tidak pernah Daddy terbayangkan
betapa bisanya mata belati yang melapah takdir percintaan kita.
Mummy sayang,
Abang, Adik, Along dan Daddy
kini tidur atas bantal yang basah.
Aduhai
Mummy sayang,
kami rindu Mummy.
---yassinsalleh
1403 hrs nov 9.10
Sanggar Simfoni Nestapa
Kuala Lumpur
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved
Berkunjung ke rumah Mohd Nizar Hussin di Impian Emas, Skudai.
Kereta Along enjinnya bocor. Setiap hari kena tambah minyak hitam 1 liter.
Telah dirancang untuk overhaul enjin selepas raya.
Sebaik lepas raya Mummy masuk hospital. Tak dapat hantar kereta ke bengkel.
Kereta Along diperlukan untuk berulang-alik ke hospital jaga Mummy.
Makanya, pada 10. 11. 2010 kami telah menghantar kereta Along ke bengkel
Osmotrade Sdn Bhd di Kota Tinggi untuk overhaul enjin dan gearbox.
Selepas menyerahkan kereta kepada Chief Mechanic, Amy, kami telah
menaikki teksi pergi ke rumah sahabat keluarga dan adik angkat Daddy
yassinsalleh, Producer dan Pengarah Filem terkenal Mohd Nizar Hussin.
Kami bermalam di rumah baru Mohd Nizar di Impian Hieght, Taman Impian
Emas, Skudai, Johor Bharu.
Along, Abang & Adik amat gembira dapat berjumpa kembali dengan Uncle
Nizar dan Aunty Julie selepas sekian lama.
Esuknya, selepas makan tengahari dengan menikmati masakan Aunty Julie
dan anaknya Rashidah yang lazat kami pulang ke Kuala Lumpur dengan
bas ekspress.
Selasa depan 16. 10. 10 kami akan pergi ke Kota Tinggi mengambil kereta
Along dan balik ke Chenor untuk menziarahi pusara Mummy di pagi Hari
Raya Haji, insyaAllah.
Mummy Dah Pulang Dulu
Mummy sayang.
Dulu,
kadang-kadang
kita bawa anak-anak mandi air terjun
sambil mendengar nyanyi unggas bersahutan-sahutan.
dan
Abang keriangan lumba berenang dengan Adik dari batu ke batu
dan Along baca buku di pangkal pohon
sambil bunga-bunga putih berguguran terhampar di tebing
sungai jernih permai ramai ikan-ikan berkejaran bermain
dan
Daddy tulis sajak cinta di telefon
memuji kecantikan hati budi mummy
sambil sekali-sekali melirik pandang
pada perempuan cantik berkemban
melangir rambutnya yang melampai ke bahu
dan
Mummy suka sajak yang Daddy tulis itu.
Sajak itu kita smskan pada kawan-kawan
dan
malamnya Mummy bisik,
“D peluk Mummy ke peluk siapa ni!”
Daddy jawab,
“Peluk sumber ilham D!”
Alahai,
Indah sungguh bercinta.
Kadang-kadang
bila anak-anak dah lena tidor
kita duduk atas pangkin tepi tangga
menghitung manik embun hinggap di hujung rumput
sambil bintang-bintang menari-nari di langit tinggi
dan
bulan membelai bayangan cita-cita kita yang masih berbaki.
Aduhai,
Syahdunyalah perkasihan kita
Kadang-kadang pula,
Mummy sayang,
kita terdampar di gurun sengsara
kita berpimpinan tangan di padang kerikil
dan
bara pasir menghampar pilu
yang amat saujana.
Duri kaktus pembalut luka.
Tabah sungguh
Mummy merempuh dugaan.
Tiba-tiba kita kini tidak lagi bersama meniti pelangi
kerana Mummy dah tak mahu lagi menatang mimpi.
Mummy dah pulang dulu
dan
Daddy tak tahu
ke mana lagi nak bawa anak-anak pergi.
Semua tempat kita bahagia dulu kini jadi tempat duka
kerana
Mummy dah takde bersama.
Aduhai,
siksa sungguh rindu.
Daddy Rindu Mummy
---yassinsalleh
1445 hrs. Nov 12. 10
Anjung MEMORI luka
Kuala Lumpur
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved
In Memory Of Mum On The Eve Of Aidil Adha
.by Yasleh Hani Wati on Tuesday, November 16, 2010 at 12:40pm.Mummy,
adik rindu mummy sangat-sangat. Tak terdaya adik nak menahan air-mata
yang asyik nak gugur. Mummy, takdir tuhan telah memisahkan kita terlalu
awal. The journey of my life waits for me far ahead and I must travel it now
without you by my side. At this moment in time, just shy of two weeks after
your demise, I can’t seem to contemplate what life is going to be like without
your quiet confidence guiding me in the right path to follow. You had always
been there for me Mom, no questions asked, no judgement laid out, just being
there as a beacon of strength supporting me through thick and thin, letting me
know every now and again of your constant presence by assuring me that
you’ve got my back if anything should fall out of place and I should fall apart.
Mom, you are gone now and all the building blocks of my life which you
helped build these past 31 years has shattered along with my heart. Mom, you
are irreplaceable and I struggle daily now to go on living a life that is devoid
of your charm and grace. I know you wouldn’t want me to stop living my life
just because you are gone now, I know you would have wanted me to move on,
but mom, how can I go on without you, my constant companion, to a life that
now must be lived without you in it? Mum, tomorrow is hari raya haji and it’s
the first of many from now on that I have to celebrate without you. What is a
feast, without your culinary mastery, what is a celebration without you to
celebrate it with? Somehow, I must find the strength to find an answer to these
questions which does not include you in the equation. And this is my struggle
now mom. To contemplate on a life that must be lived without you in it.
What a heartbreaking trial this is. To have lost you and now to have to learn
to live without you is something I am having a lot of trouble accepting. Mom,
I know you are in a better place now and that and that alone give me the only
solace I can find in this dark times. I console myself with the knowledge that
you are no longer suffering and that at least give me peace; knowing that you
no longer feel any pain. Rest in peace mom. However hard it is for me to
accept that you are gone, I don’t begrudge you your demise. I want you to
have a peaceful afterlife and I pray daily that your soul is at rest and that
Allah SWT has placed you among the faithful. Al-Fatihah.
Adik, Yasleh Hani Wati Mat Yassin
12.25 pm Tuesday 16 Nov., 10
Rumah Uncle Nizar,
Impian Heights, Taman Impian Emas
Skudai. Johor.
Salam puisi, saya juga sudah jadi follower ~ azam
ReplyDeleteterima kasih Azam Abd Rahman.
ReplyDeletesalam puisi. selamat berkongsi puisi.
singgahlah selalu di denai semalamku.
salam takzim.
mohon doa restu.
yassinsalleh