Orang tak tembak helang tua
macam kuda patah kaki
dilupuskan.
Bila sayapnya sekah
Sang Helang tua itu akan jatuh sendiri
terdampar ke dalam belukar
penuh ular melengkar.

Berakhirlah citra perkasanya
Sang Helang tua
bilamana pada sampai
orang sudah tidak mahu membazirkan peluru.

Masihkah lagi ada peluru untuk aku agaknya
atau
sudah pada bagaikan Sang Helang tua jua
penjejak denai semalam ini yakninya?

---yassinsalleh
1403 hrs feb 17. 2011
Ponson, Manchis, Bentong.