Aku tak minta sebuah kerusi
bertanding prk.
Tak juga aku minta
sebuah stesyen tv
untuk melatih
bakal gundik dewa-dewa
membaca berita.
Aku cuma pohon
serangkai citra mimpi
untuk dibaca,
sebuah peti surat untukku alamatkan
lakar sebuah lukisan
tentang sebuah rumah lama
yang mahu kami jadikan
sebuah galeri pelukis tak berjari
yang entah esuk entahkan lusa mati.
Kuburnya nanti
digalikan antara dua batas
ubi kemili.
Yang ku pinta itu
cumalah sekadar
peluang menggilap mimpi tak jadi
sementara menunggu
orang menjemaahkan aku Solat Berdiri
---yassinsalleh
2000 hrs feb 17. 2011
Ponson, Manchis, Bentong.
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved
Sebuah sajak yang sangat bermakna buat kau dan aku.
ReplyDeletebuat kau dan aku dan ramai yang lain bagaikan kita.
ReplyDelete