Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh


Wednesday, January 26, 2011

Orang Ramai Lalu





Sesiapa yang lalu
singgahlah di rumahku
kita duduk di pangkin bawah pohon jambu
minum kopi makan ubi rebus
kita bicara tentang seni
penghias budaya
kita bincang pasal tonil
pejuang bahasa
kita timbang dan buat kira-kira
siapa miskin siapa kaya
siapa pandai siapa bodoh
siapa makan sirloin steak
siapa gulai daging cincang
masak pakai api kayu.
Kita bicara
siapa kutip ranting kayu buat
kayu api masak nasi berkerak.
Kita cakap tentang
siapa tebang kayu,
siapa drebar sentewong angkat kayu,
siapa curi kayu,
siapa jual kayu,
siapa suruh tebang kayu,
siapa yang matanya kuyu
siapa yang tergaru-garu atas
tunggul kayu
sambil tenguk Highlux tokeh
kayu lalu.
Siapa pula
yang ambik tunggul kayu buat
larikan
untuk pamiran di galeri
pengkraf Oneartist gallery.

Suatu waktu dulu General Talib
Belengu nyanyi lagu.
“Buai laju-laju sampai hari petang.
Orang ramai lalu Pakwe tinggal sorang”

---yassinsalleh
2010 hrs. jan 25. 11.
Le Cassa Pacific De yasleh
Kuala Lumpur
Copyright ©2011 yassinsalleh
All Rights Reserved





Wednesday, January 19, 2011

Dan Ikan-ikan Kelemasan



Mummy sayang
Bila malam Daddy tak boleh tidor,
Daddy duduk depan kaca ikan.
Kerusi Mummy di sebelah
kenapa harus kosong dengan
tiba-tiba sayang!
Tinggallah Daddy sorang-sorang
tenguk ikan bermain buih.

Nak kopi
Mummy dah takde Daddy
buatlah  sendiri.
Nak merokok
tak tergamak rasanya.
Abang kata
“Daddy jangan hisap rokok
banyak sangat ya. Abang nak
Daddy ada sampai abang besar.
Abang taknak Daddy takde macam
Mummy.”

Aduhai Mummy sayang
Kalaulah esuk TNB potong api
dan pam air di kaca terhenti
dan ikan-ikan kelemasan
satu, satu, mati.
Bagaimanalah pula
phobianya bergelodak
dalam dada Abang
anak bujang kita,
susu lemok manih Mummy ter!
Aduhai.

Esuk cuti Thaipusam,
TNB tak kerjakan?

---yassinsalleh
1410 hrs. jan 19. 11
le cassa pacifica de yasleh
Copyright
©2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Monday, January 17, 2011

Biduan Tilam Lama Tukar Balu


Maafkan aku kalau salam tak sampai.
Berkirim pesan pada angin
kadang-kadang
tersekat di lereng titiwangsa,
kadang-kadang pula
mungkin kau terlalu sibuk bila angin itu tiba,
atau kau tak mendengar
apa yang terdengar.
Maklumlah,
suara yang ku tompangkan percuma
pada angin yang dah nak hampir pencen itu
tak semerdu suara
diva pinggang kerengga
dadanya sengetkan meja.

Nanti aku cuba belajar nyanyi dari drebar lori
“Kaw kaw po chi – sulat kabar lama, ol niuspepar.
Kaw tin siong – bateli lama”.

Mungkin jua
aku akan langsung jadi biduan
“Tilam, tilam, tilam lama tukar balu....”

---yassinsalleh
1120 hrs. jan 18. 11
Le cassa pacifica de yasleh
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

Friday, January 14, 2011

Di Ranjang Sang Dalang Wayang


Bagaikan gerimis
hilang pelangi
di langit
bila pengembara
hilang sepatu
di mesjid.

Bilakah akan kudung tangan
si pencuri itu?

Lalu
biara hilang mimbar
tabtibau hilang senja,
angin hilang warna.
Dan
pusara  tumbang kembojanya.
Siangpun menghampar senja
di ranjang
sang dalang wayang
bertelanjang.

---yassinsalleh
1351 hrs. jan 14. 2011
ponson , manchis bentong
Copyright ©2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Bila Anak Teringinkan Aiskrim


Walaupun dah mahal belikanlah
Juga aiskrim itu untuk Abang.
Itu aiskrim  yang Abang selalu
makan dengan Mummy dulu.

Mummy dahlah takde.
nak aiskrimpun takkan tak boleh.
duit tak cukup takpe
Daddy berhenti beli
rokok tiga hari setengah.

Belikanlah aiskrim itu.

---yassinsalleh
1355 hrs. jan  10. 2011
Sayunyalah
bila anak teringinkan
aiskrim yang dulu dia selalu
makan dengan Mummy dia.
Aduhai.
Copyright ©2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Thursday, January 6, 2011


Sebuah Kilang Viagra

Dalam kotak kedap udara
ku bungkus sendat deru nafas
ceritera perjuangan
semangat sekujur zaman
yang terapung-apung
di antara
nafsu dan budi
petaka sebuah sumpah makan tuan.
Merasailah
sekujurnya impian yang dibatalkan.

Makanya,
bila nanti nafas yang terbungkus itu
naik tujuh kali ganda
harga tiket tontonnya,
akan berforumlah
‘Live On Air'
para Kurator Sejarah
menyesali
Semalam Bangsanya
yang telah ditukarkan
dengan sebuah kilang VIAGRA.

---yassinsalleh
1234 hrs. jan 6. 2011
menuju kedai toto.
bila menang nanti,
nak buka ladang tongkat ali.
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Monday, January 3, 2011


Di Kaki Tanggamu

Sunyi-sunyi begini terasa ingin saja aku
menompang sayap agin terbang ke puncak sepi
melihat awan mendandan biru langit tak bernyanyi.

Sepi-sepi begini terasa mau saja aku
terbang lepas dan bebas
di saujana maya lepas tak bertepi
mencari dan mencari
dari mencari entahkan apa.

Kalaulah kau ternampak
dalam mencari itu aku rebah lelah,
di rumpun kaktus
akan kau pelawakah aku
singgah
di kaki tanggamu?

---yassinsalleh
1711 hrs. dis 18. 10
 di tepi sungai airnya tidak jernih
 Copyright (c) 2010 yassinsalleh
 All Rights Reserved

Dan Lagi Dan Lagi Dan Lagi...

Kalaulah ada pelangi
akan ku titi ia mengejar detik itu
tapi tengahari ini tidak ada gerimis
matahari pula sedang amat malas,
alahai.
angin pula sedang jua keletihan
dan sidang sapurba itu pula
nun sayup di puncak fatamorgana,
aduhai.

Loya sungguhlah
bila orang tak mau tau
dia tak tau
ceritera yang terselinap
di bawah debu
di bawah kaki yang
menginjak kepala sang dungu.

Akan berterusanlah
citra nestapa seloka
sengsara
sekandang kabilah yang
hilang semalamnya.

Setiap kali dipasangkan lentera
setiap itulah pula
sepinya gempita
hilang nyanyi hilang bunyi
dan rebahlah padi
kemuncup pun
rancaklah menari.

Dan
bunga lalang terus jua
terbang lagi
dan lagi dan lagi dan lagi.....

---yassinsalleh
1119 hrs. dis 17. 10
ponson, manchis,
bentong.
Copyright (c) 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

Mengenangkan Piatuku

Menu semalam.
Jeruk maman,
patah-patahkan lada
peroikan sejuring belacan
gaulkan ikan bakar tawar
ubi rebus panas-panas
ulamnya petai belalang muda
makan di pangkin hujung halaman
minumannya air nira kabung
muziknya desir angin menggesel daun-daun
lagunya nyanyi unggas di rimbunan pohon.

Aduhai nikmatnyalah jadi penghuni alam
jauh dari kota duka
jauh dari tersendiri dalam seloka
orang-orang berebutan sarang.
Tapi
hari ini ada nasi 
dan boleh minum kopi.
Aduhai.

Leganyalah sengsara diri.
Masih ada kawan mengenangkan piatuku.
Kalaupun mati bukannya kerana tak makan.
Terima kasih Wak.

---yassinsalleh
1615 hrs. dis 22. 2010
ponson, manchis, bentong, Pahang.


Tanpa Angin Menari

akan ku bawa
secangkir kopi tanpa gula
melangkah ke tahun baru. Esuk.
Tanpa angin menari
kerana lusa akan membatalkan
tempahan mimpi.
Rambut tersimpul mati.
mulut terkancing gigi.
Selamatlah,
yang selamat tahun barunya.

---yassinsalleh
1329 hrs. dis 31, 2010
antara seloka & senda
citra piatu
di denai semalam
yang padat belukar.