Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh


Thursday, August 18, 2011

Happy Birthday Abang.



I
Happy Birthday Abang.
Hari ini ulang tahun hari kelahiran Abang ke enam belas.
Dah besar anak bujang susu lemok manih Mummy tu.
Malam tadi kali pertama
abang tiup lilin birthday cake tanpa Mummy.
Alahai.

Suka sangatlah Mummy kalau dapat tenguk
Abang pakai baju merah hadiah hari jadinya
Amboihai.

Abang kata pada Adik,
“Abang tak dapat lama dengan Mummy
Macam Along dengan Adik.”
Aduhai.

yassinsalleh
0017 hrs. Ogos 19. 11
La Cassa Pacifica D’ Yasleh


II
Sajak Terakhir Yang Along Bacakan Pada Mummy.

Mummy sayang,
Malam tadi Abang tanya,
“Kenapa Mummy tak bangun tidor?
Abang nak Mummy pulang rumah.”

Tadi masa makan, Abang kata,
“Abang nak makan Mummy masak.
Abang nak Mummy ada sampai Abang besar.
Bila Mummy nak balik rumah, Daddy?”

Aduhai.

Mummy sayang, bangunlah,
Daddy tak dapat menahan
airmata gugur dengar Abang,
Susu Lemok Manih Mummy
cakap macam tu.

Mummy bangunlah.
Lama benar dah Mummy tidor tu.

yassinsalleh
1050 hrs Nov 4. 2010
Katil 17, Wad 7B,
Hospital Serdang



III
Abang Nak Blow Mummy Good Night Kiss.

Mummy dah takde
Rumah ini kosong sangat rasanya.

Suara Mummy dah takde.
Setiap kamar segenap ruang terasa sunyi sangat.

Masakan Mummy dah takde
meja ini hidangannya semua dah tak sedap.

Mummy dah takde,
anak-anak hilang suara,
Daddy hilang metafora,
TV hilang gambar,
Lagu hilang irama.

Malam tadi Abang tanya,
“Mummy nampak Abang tak sekarang ni, Daddy?
Abang nak blow Mummy good night kiss.”

yassinsalleh
2358 hrs. Nov 9. 10
Sanggar  Simfoni Nestapa,
Kuala Lumpur


IV
"Abang Nak Rendang Mummy Masak"

Mummy sayang,
Raya qorban ini Mummy takde.
Makanya,
takdelah rendang,
takdelah nasi himpit,
takdelah sambal kacang.

Takdelah kami beraya di rumah.
Abang tak tahan
mendengar takbir raya.
Adik tak sanggup masuk ke dapur
tempat di mana Mummy terduduk jatuh.
Along tak boleh melihat meja tempat Mummy menyiapkan adunan rempah masak rendang itu kosong.

Daddy tak cukup kuat
menahan sebak di dada
melihatkan anak-anak demikian.

Susu Lemok Manih Mummy kata,
“Abang nak rendang Mummy masak.”

yassinsalleh
1601 hrs. Nov 18. 10
Taman Impian Emas,
Skudai,  Johor Bharu.


V
“Abang Nak Mummy Tenguk Abang Kuat.”

Mummy sayang.
Esuk,
hari ke empat puluh Mummy pulang.
Dengan rindu yang amat
kami datang
menatang duka dalam pasrah.

Kita jumpa esuk
ya Mummy sayang
Abang kata
dia akan cuba tidak menangis,
“Abang nak Mummy tenguk abang kuat.”
Aduhai.

yassinsalleh
1215 hrs Dis 13. 10
perjalanan kl-chenor


No comments:

Post a Comment