Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Monday, April 16, 2012

Syabas para pelajar sedar – ‘Salute’

Engkau orang ni semua,
kalau aku kata engkau marah.
Tapi kalau aku tak kata,
Tuhan pulak marah.

Boleh tak untuk sejenak
engkau orang cuba jadi orang biasa
cuba dengar apa yang aku nak kata.
Jangan cepat nak marah,
jangan tak menyempat
nak perintah blog-troopers sumpah seranah.
Dia orang tu bukannya cerdik sangat,
ayatpun sempang perenang,
macam mana nak pengaruh orang.

Aku ni bukan apa, aku mengata engkau orang
sebab aku sayangkan bangsa aku
yang engkau orang makan gaji jadi pemimpinnya.

Tidak sekali-kali tidak.
Aku tidak akan mengata nista
engkau orang tu rasuah atau pecah amanah
Kerana segala itu Tuhan tahu benar atau tidaknya.
Jangan ganggu urusan Tuhan.

Yang aku nak kata cuma ini,
cerminlah diri dan tafsirlah sendiri
hakikat bahawa engkau orang ini
makan gaji untuk memimpin bangsamu
dalam jawatan yang engkau minta pinjam
dalam pilihan raya umum setiap lima tahun.

Makanya,
Janganlah  kau suruh kejar dengan cotar
orang tua Samad tu sampai dia hilang sepatu.
Janganlah kau ungkit pelajar yang berkemah
untuk pulangkan duit pinjam belajarnya.
Dia orang tu tak berbangkit duit berbilion-bilion
yang engkau balun pun dah untung.

Wahai para peminjam kuasa
tahulah eangkau.
Putik gugur buah pun gugur
Mata Tuhan tidak pernah kabur
Janganlah mempertinggi tempat jatuh.
Hanya ada kemboja nanti teman di kubur.

Syabas para pelajar sedar.
‘Salute’

yassinsalleh
2042 hrs. April 16. 2012
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Copyrights © 2012 yassinsalleh



No comments:

Post a Comment