Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Wednesday, March 30, 2011

Anak-Anak Comel Tempua Itu


Dahan rambai sekah.
Gugur besamanya sarang tempua
tersembam ke tanah.

Bila aku jumpa,
mati sudah ketiga-tiga anak comel tempua
dalam sarang itu
dihurung semut merah,
semut hitam, semut kelabu.

Dalam aku tafakur,
tertanya di hati
kalaulah aku menompang tinggal
di pangkal pohon rambai itu.
Berapa ribu semut merah, semut hitam
semut kelabu
menghurungku?
Aduhai.

Waktu beredar dari pesta semut makan mayat
anak-anak comel tempua itu,
kakiku tertikam duri lalang panjang.

Alahai,
ada kencing manis tak aku ni?

yassinsalleh
Jam 1135. Mach 30. 2011.
Ponson, Manchis, Bentong.
Hakcipta© 2011 yasssinsalleh
Semua Hak Terpelihara.

Tuesday, March 29, 2011

Piagam Melayu


Melayu itu hui di tanah china
Melayu itu malabar di benua india
Melayu itu farsi di dunia persia
Melayu itu kashmir di lurah himalaya
Melayu itu turki di dada anatolia
Melayu itu saracen di pasir arabia
Melayu itu chechen di bumi kaukasia
Melayu itu bosnia di lembah slava
Melayu itu andalus di tanjung iberia
Melayu itu berber di maghrib utara
Melayu itu bantu di lapang afrika
Melayu bukan kulit tapi rupa bangsa
Melayu itu budaya buah agama
Semuanya terjelma dalam bahasa
Budi yang halus falsafah mulia
Dianyam dihampar dalam kata-kata
Dalam berbuat peradaban terbina
Melayu itu millah di daerah nusantara
Melayu itu kalam yang terlaksana
Melayu itu peribadi nusa yang percaya
Syariat dan makrifat pengatur hala
Adab dan akhlak penyusun cara
Seperti teladan kitab yang aulia
Tertutur oleh lidah pembawa
Terukir pada tingkah baginda
Ketika sedih ketika ketawa
Ketika berkawan ketika berkelana
Ketika seorang ketika berlaksa
Ketika daif ketika bertakhta
Menjunjung titah tuhan semesta
Tertunduk hati terbuka mata
Lurus amanah mendengar kata
Awan peneduh untuk semua.

Melayu itu adil tak kenal siapa
Melayu itu jujur bertimbang tara
Melayu itu berani terkena gaya
Melayu itu pemberi bukan penerima
Melayu itu waras akal kepala
Melayu itu hikmah bertelus mata
Melayu itu tenang berlapang dada
Melayu itu luas berbesar jiwa
Melayu itu kawan tempat bersetia
Melayu itu muafakat tegak bersama
Melayu itu terharap bagai pelita.

Melayu itu timbul dengan agama
Melayu itu penunjuk alur dunia
Melayu itu pewaris jejak peneroka
Melayu itu budi bukan kuasa
Melayu itu bakti bukan harta
Melayu itu benar bukan dusta
Melayu itu pahala bukan dosa
Melayu itu ihsan bukan noda
Melayu itu ingat bukan lupa
Melayu itu sedar bukan alpa
Melayu itu kasih bukan murka
Melayu itu hemat bukan haloba
Melayu itu bela bukan nista
Melayu itu pimpin bukan tunda
Melayu itu tertib bukan cempera
Melayu itu damai bukan sengketa
Melayu itu rahmat bukan angkara
Melayu itu aman bukan bencana
Melayu itu fikir bukan sangka
Melayu itu kerja bukan seloka
Melayu itu hakikat bukan cereka
Melayu itu merdeka bukan hamba
Melayu itu bangga walau dihina
Melayu itu hormat walau dicerca
Melayu itu bukan musuh sesiapa
Melainkan penjaja pencak berbisa
Melainkan penyambung lidah derhaka
Dilambung ombak dibanting segala
Tekadnya menunjang silalah duga
Biar putih tulang berpantang putih mata
Melayu itu wajah tulus bijaksana
Melayu itu pemikul obor manusia
Penyampai berita pelaksana warta
Pemakmur alam saya, tuan dan kita.

Syed Putra Ahmad
Mach 30. 2011
Temerloh, Pahang.
Copyright © 2011 Syed Putra Ahmad
All Rights Reserved

Tuesday, March 22, 2011

Sajak Terakhir Yang Along Bacakan Pada Mummy.



Mummy sayang,
Malam tadi Abang tanya,
“Kenapa Mummy tak bangun tidur?
Abang nak Mummy pulang rumah.”

Tadi masa makan, Abang kata,
“Abang nak makan Mummy masak.
Abang nak Mummy ada sampai Abang besar.
Bila Mummy nak balik rumah, Daddy?”

Aduhai.

Mummy sayang, bangunlah,
Daddy tak dapat menahan
airmata gugur dengar Abang,
Susu Lemok Manih Mummy
cakap macam tu.

Mummy bangunlah.
Lama benar dah Mummy tidur tu.

1050 hrs Nov 4. 2010
Katil 17, Wad 7B,
Hospital Serdang

Abang Nak Blow Mummy Good Night Kiss. - Petikan Sajak dari antoloji simfoniSEPI:

Mummy dah takde
Rumah ini kosong sangat rasanya.

Suara Mummy dah takde.
Setiap kamar segenap ruang terasa sunyi sangat.

Masakan Mummy dah takde
meja ini hidangannya semua dah tak sedap.

Mummy dah takde,
anak-anak hilang suara,
Daddy hilang metafora,
TV hilang gambar,
Lagu hilang irama.

Malam tadi Abang tanya,
“Mummy nampak Abang tak sekarang ni, Daddy?
Abang nak blow Mummy good night kiss.”

yassinsalleh
2358 hrs. Nov 9. 10
Sanggar Simfoni Nestapa,
Kuala Lumpur


Gemersik Muzik simfoniSEPI


Lirik; dari sajak yassinsalleh
Copyright © 2011 yassinsalleh
Lagu; Ikhtiman Ismail
Copyright © 2011 Ikhtiman Ismail
Nyanyian; Oja Axis
Dalam filem pelaminMIMPI.

Mummy sayang
hari demi hari
kian bertambah lama Mummy pergi
kian itulah pula ... bertambah ... pedihnya sayu

bergetar di talian ... biola pilu
berdebar di dada ... rebana ...
paluan rindu

setiap malam
pada sampai bulan lelah
setiap fajar
yang menangguhkan tiba

dalam genta musik luka
aku berlagu tanpa nyanyi
kerana suaraku ... hilang ... entah ke mana ...
sembunyi

tapi aku tahu
di kaki tirai pentas
Mummy... ada di situ
mendengarkan nyanyi
qalbuku nestapa
dalam gemersik musik... simfoniSEPI.
 

Bertatahkan Post Dated Mock Check.


Masa miskin
tujuh orang tidur satu bilik.
Lima anak
tidur satu katil
papan plywood
beralaskan batu bata buangan tapak binaan.

Emak ayah
tidur atas lantai tanah.
Hamparnya kotak.
Dikutip tepi longkang kaki lima kedai.
Lena juga tidur.
Datang juga mimpi.
Bertambah juga anak 3 orang lagi.

Bila dah kaya,
pasal apa pula setiap orang
nak tidur dalam tujuh bilik.
Kenapa pula
setiap orang nak juga tambah 3 orang bini.
Yang betinapun nak tambah juga 3 ekor laki.

Aduhai,
letihnyalah,
setiap malam tujuh kali pindah bilik tidur.
Empat kali menggilir bini, bergilir laki
di atas ranjang
bersalut sutra
bertatahkan post dated mock check.

yassinsalleh
1624 hrs. Mach 22. 11
Ponson, Manchis, Bentong.

Aduhai, payah ... payah ... payah ...


Cakap salah.
Tak cakap salah.
Tapi,
mulut kita kan ada lidah.
Kita bercakaplah.
Takkanlah setakat nak kulum berkulum
merangsang syahwat saja nak digunakan.

Tapi,
kalau salah cakap,
kena kerat pulak lidah kita nanti.
Anu,
terkerat bagi makan biawak sudah.
Kalau lidah juga turut dkerat.
macam manalah pulak,
yang itu,
nak diperanukan?

Aduhai,
payah ... payah ... payah ...

Tajamnyalah belati
Sang Tukang Kerat Mengerat
menyayat dendam kesumat.

Akankah relai
besi diluluh karat?

yassinsalleh
2021 hrs. Mach 21. 11
Le Cassa Pacifica d Yaslehs

Friday, March 18, 2011

Dengan simfoniSEPI ku ziarahi Abangku, Sifuku, Hashim Zabidi



Menanti Tirai Senja

Remajaku dulu
aku suka sangat mendengar sahabat ku bercakap.

Kata-katanya tersusun indah bertamsil beribarat
serengan manapun perkara yang diperkatakannya
terasa berat dan dalam maksudnya.

Pada kala tertentu
kedengaran bagaikan pujangga
menggurindamkan kecendekiaan pendita,
dia bermadah.

Aduhai indahnyalah suasana
bila dia berseloka
senyumannya menambah seri
wajahnya yang amat terampil
dan dia kelihatan amat dignified

Kami sudah lama terpisah
dan dia tidak pernah tahu
bahawa aku banyak berguru darinya

Dia dah macam aku juga,
dah tua dia kini,
bagaikan aku jua
dia kini sedang bermain senja
sambil menanti tirai malam
membuka pentasAKHIR.

Makanya
sebelum bermula citera
pentasAKHIRnya kami
aku rentas Titiwangsa
berlari membawakan nyanyi pilu
simfoniSEPIku
kepadamu
Abangku, Sifuku, Hashim Zabidi

Dalam perjalananku
menuju dakapanmu kini aku Hashim

yassinsalleh
18 Mac 2011
Merentas Titiwangsa
Dalam Perjalanan Ke Taman Senja
Abangku Hashim Zabidi




Thursday, March 17, 2011

My Prayer


Once upon a lonely night
i whispered a desperate plea
to the constant best friend
in my life,
Lord,
i said,
know that i am grateful
for all You have given me
and i accept everything
with the grace You have bestowed,
but,
would it be too much
to ask for a companion
to accompany me on this hard
lonely road you have set me,
someone wise
so he can guide me
someone with humour
so he can laugh with me and make me laugh
someone kind
so he’ll be gentle with my capricious mood
someone with the strength of heart
so he can take all the blows we’ll face
and Lord,
if it is not too much
can he sing too?

Well now after another lonely night,
all i can say Lord,
thank you, Alhamdulillah,
my lonely nights are because of missing
that someone You sent,
my prayers You answered so spectacularly,
but the singing was too much to ask, eh?

rya
18 March 2011
7.25 a.m.
Posted by rya at 3/18/2011 07:26:00 AM

Monday, March 14, 2011

Anu Yang Koro


Di Bumi Pusaka.
Di Tanah Air Warisan.
Di kampung halaman.
Di laman Rumah Induk
Rumah Pusaka Nan Gadang.
Hikayat cendekia bangsa
Dibiarkan
jadi unggun.
Dibiarkan
jadi asap jadi debu
dalam hina.

Dan
setiapnya
yang konon perkasa
tiba-tiba jadi buta, jadi tuli, jadi bisu.

Bertelut berlutut berjanji
akan mengerat lidah barang sesiapa
yang akan mengarak kata-kata benar
yang akan mengibarkan
nestapa suatu bangsa setia.

Inikah
hujungnya
anu yang koro?

yassinsalleh
2035 hrs. Mach 14. 11
Le Cassa Pacifica de Yaslehs
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved












Who?


There are times like now
when things are coming at me
too fast
everything is hurling its way
onto a collision course
with my troubled mind
I just need to
hear you say
I got you
don’t worry
I got your back
who do I depend on
now
Mum?

rya
15 March 2011
12.54 a.m.
Posted by rya at 3/15/2011 12:55:00 http://yra76.blogspot.com/2011/03/who.html

Jangan Biarkan Lentera Ini Padam


Mikael,
jangan biarkan lentera ini padam,
Akif.

Dina,
suluhlah arah kembara kalian
dan
denai semalam atuk ada terpeta
di kakinya lentera itu.

Abang,
bila bintang-bintang dan bulan hilang
suluhlah rimba malammu
bakarlah sumbu lenteramu itu
teruskanlah kembara Daddy yang tertangguh.

yassinsalleh
1211 hrs. Mach 14. 2011
Le Cassa Pacifica De Yaslehs
Kuala Lumpur
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved


Sunday, March 13, 2011

Whispers


Each night as the moon shines on,
ushering dreamers on their journey
to dreamland,
I whispered to the breeze
to sent my longing to you,
not even the sweetest dream
could assuage my love starved heart,
however bright the moon shines
it couldn't light the darkness
in me
alone without you,
so as the wind blows on its journey,
on a wing of a prayer
I sent my love to you,
in hope that soon
the moon would be shining for us
at the same time in the same place
while we dream the same dream!

rya
13 March 2011
1.45 a.m.
Posted by rya at 3/13/2011 07:17:00 PM

Friday, March 11, 2011

Peragakanlah Gigi Subsidi Risdamu Itu


Bila rambut tiba-tiba kusut,
setiap helai rambutmu itu belahlah tujuh,
leraikanlah.

Kalau tiba-tiba setitik taik burung jatuh
di hujung dagu,
mesyuarat agunglah semukim
cari cara terbersih
mencucinya

Bila tiba-tiba seekor tempua
dah tak pandai lagi menganyam sarang,
berkongreslah
cari sebab musabab yang saintifik
virus apakah yang menular kecendekiaan
masyarakat mergastua.

Bila tiba-tiba bulan terendam
dan matari rebah pagi
Interlok yang dibakar itu
ambilah abunya jadikan bedak
hitamkanlah wajah sawo matangmu itu,
dan seringaikanlah senyuman.
Peragakanlah gigi subsidi RISDAmu itu
sambil menyanyikan
enjit-enjit semut
siapa sakit naik atas.

Pinjamlah pisau tok mudim.
Kerat anumu.
bagi biawak makan.

yassinsalleh
1145 hrs March 11. 2011
Melintas Titiwangsa,
dalam perjalanan
ke pusara Mummy.
Copyright (c) 2011 yassinsalleh

Tuesday, March 8, 2011

Gemersik Muzik simfoniSEPI

Mummy sayang,
hari demi hari,
kian bertambah lama Mummy pergi
kian itulah pula bertambah pedihnya sayu.

Bergetar di talian biola pilu,
berdebar di dada rebana paluan rindu.

Setiap malam
pada sampai bulan lelah,
setiap fajar
yang menangguhkan tiba
dalam genta muzik luka
aku berlagu tanpa nyanyi
kerana suaraku hilang entah ke mana sembunyi.

Tapi aku tahu
di kaki tirai pentas Mummy ada di situ
mendengarkan nyanyi qalbuku nestapa
dalam gemersik muzik simfoniSEPI.

yassinsalleh
0240 hrs. Mach 3. 2011
Le Cassa Pacifica De Yasleh
Kuala Lumpur