Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh


Friday, March 18, 2011

Dengan simfoniSEPI ku ziarahi Abangku, Sifuku, Hashim Zabidi



Menanti Tirai Senja

Remajaku dulu
aku suka sangat mendengar sahabat ku bercakap.

Kata-katanya tersusun indah bertamsil beribarat
serengan manapun perkara yang diperkatakannya
terasa berat dan dalam maksudnya.

Pada kala tertentu
kedengaran bagaikan pujangga
menggurindamkan kecendekiaan pendita,
dia bermadah.

Aduhai indahnyalah suasana
bila dia berseloka
senyumannya menambah seri
wajahnya yang amat terampil
dan dia kelihatan amat dignified

Kami sudah lama terpisah
dan dia tidak pernah tahu
bahawa aku banyak berguru darinya

Dia dah macam aku juga,
dah tua dia kini,
bagaikan aku jua
dia kini sedang bermain senja
sambil menanti tirai malam
membuka pentasAKHIR.

Makanya
sebelum bermula citera
pentasAKHIRnya kami
aku rentas Titiwangsa
berlari membawakan nyanyi pilu
simfoniSEPIku
kepadamu
Abangku, Sifuku, Hashim Zabidi

Dalam perjalananku
menuju dakapanmu kini aku Hashim

yassinsalleh
18 Mac 2011
Merentas Titiwangsa
Dalam Perjalanan Ke Taman Senja
Abangku Hashim Zabidi




5 comments:

  1. Yasin saudaraku,

    Telahku tinta kembaramu merentas titiwangsa itu dengan penuh syahdu dlm blogku.
    jangan lagi menyindir aku bahawa aku sifu kamu,
    Aku sangat malu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih, Saudaraku, Abangku, Sifuku, atas resahmu dalam blogmu titik bukan noktah yang telah ku baca dengan rasa terharu nan sayu.

    Hashim, abangku, sifuku.
    Setulusnya, sepenuh ikhlas, dengan penuh bangga, kau adalah sebenarnya sifuku. Iya, memang benar, aku tidak pernah berguru secara formal darimu, tapi tanpa kau tahu, aku telah mempelajari dan mencontohi kau sebagai Role Modelku, dalam usaha gigihku untuk cuba menjadi orang baik, menjadi orang berhemah, menjadi orang perjuangan, menjadi tukang kata bicara, untuk menjadi orang baik, menjadi orang ‘berjuruh’.

    Kau bukan sifuku tempat aku belajar menulis. Kau adalah sifuku untuk tujuan yang lebih besar dari itu. Kau sifuku untuk aku menjadi orang baik, walaupun aku hanya sekadar mencapai tahap dapat jadi orang yang tidak jahat.

    Semasa remajaku, semasa aku bertatih menempah kedewasaanku, ada tiga manusia besar yang aku jadikan Role Model, yang aku garap Values & Virtues kalian melalui pengamatan ku, lantas ku terapkan ke dalam sanubari dan ku pamerkan di dinding gallery qalbu.

    3 maknusia besar itu adalah kau, Hashim Zabidi,
    Seorang lagi, Almarhum Abah Sahmad Malaya.
    Seorang lagi, Dzulkifly Ismail.

    Dalam mempertahankan mertabat hemah dan tertib diriku yang masih tidak sesempurna kalian, mana mungkin ada DUSTA dalam aku meletakkan kalian di atas pelamin budi untukku peragakan kepada anak-anakku yang bertiga itu. Aku mahu mereka juga berguru untuk mempelajari erti budi,hemah, tertib dan santun dari bakal Role Models dan sifu-sifu mereka.

    Makanya Hashim, janganlah kau menidakkan kesyukuran dan kebanggaanku. Kesampingkanlah buat sekali, ketinggian hemah rendah hatimu itu, terimalah rakaman terima kasihku kerana telah tanpa sadarmu, kau telah menjadi Role Modelku, tanpa kau tahu, kau telah mengguruiku, duhai SIFUku. Hashim Zabidi yang hingga kini masih bagaikan dulu, you remain a very humble and unassuming getleman & learned intellectual by your own right. A class of the highest order.

    Salam takzim. May Allah S.W.T. bless you always, from now to forever, from here to eternity. Terima kasih Hashim.

    ReplyDelete
  4. Aku sekadar mampu tersenyum dan senyuman itu meleret memanjang lalu pecah ke puncak gelak yang besar.

    Kita adalah saudara sedarjat selagi ada hayat.

    ReplyDelete
  5. Iya, kau dan aku, Hashim Zabidi dan yassinsalleh bersaudara sedarjat kini, sepanjang hayat dan di alam selepasnya,
    dalam The Band of Brothers, sacred & sacrosanct.

    Terharu menyaksikan pertemuan kembali kita, anak-anakku kini benar-benar mengerti apa itu erti ketulusan dalam persahabatan dan nilai budi dan pengiktirafannya dalam persaudaraan yang keramat dan abadi.

    Alhamdulillah. I have you to thank for that opportune previlege, Hashim.

    I have lots of short comings but ingratitude is not one of them.

    I bless and cherish the day i met you in my youth.

    Terimakasih saudaraku, sahabatku, abangku, role modelku dan SIFUku Hashim Zabidi.

    Semoga Allah S,W.T. akan senantiasa merestui dan memberkatimu di dunia dan akhirat. Amin. Allahuakbar.

    salam takzim
    adikmu, muridmu
    yassinsalleh.

    ReplyDelete