nak tenguk wayang
cheap matinee
cerita Tarzan lawan
orang putih jahat;
boleh ambik upah
jaga bola orang main tenis.
Bila dah besar
nak tenguk wayang
P. Ramlee nyanyi lagu sedih
macam hero filem hindustan
ditinggal kekasih;
boleh ambik upah menangis
berarak mayat cina mati.
Bila remaja,
nak buat seluar yengki,
pakai memikat anak joget funfair,
bolehlah tolong bersihkan
reban ayam tengah malam.
Musim cuti sekolah
boleh duduk rumah Pak Long
di Kampung Melayu, PJ,
jaga motor di Taman Selera.
Dapat duit boleh pegi
tenguk orang joget di BB Park.
Mudah sangat masa dulu-dulu.
Duit senang cari.
Duit nilainya tinggi.
Takde istilah inflasi bagaikan kini.
Sekarang tak boleh dah macam tu,
kalau nak cari duit mudah dan banyak
kenalah belajar dengan mat africa puja duit
atau awang burma jual sirih
atau abdul kemboja berjaja kain.
Tapikalau susah sangat
tangkap sajalah anjing
buat satey
jual naik motor
dari rumah ke rumah.
Mat, Awang dan Abdul tu
dah taknak buat kerja
tu semua lagi dah
mereka dah ada mykad.
Makanya,
kita berniagalah
macam mereka masa mula tiba dulu.
Bolehlah minta kerja jadi gembala lembu.
Dapat duduk kondo di awan tinggi.
Atau,
jadi sajalah drebar lori sentewong
boleh jadi kerabat kraton
tukang angkut kontena qorun,
tanam dalam hutan simpan
di ladang sukun dalam gaung.
yassinsalleh
2105 hrs. Dis 18. 11La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright (c) 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved
No comments:
Post a Comment