Kerbau gunanya
menarik bajak di sawah,
dan tempat bangau hinggap
memagut kutu atas belakangnya,
dan jadi haiwan sembelihan hari bantai,
menyambut raya,
dagingnya buat rendang cicah lemang.
Anjing pula
tempatnya di bawah rumah,
menyalak bila orang lalu,
dan menggonggong
bila babi masuk pagar sondol ubi atau keladi.
Tapi,
bila disergah biawak
jangan ditolong.
Bila dah lepas dia gigit
barang sesiapa yang menolong.
Itulah
kata bidalan
menolong anjing tersepit.
Mujurlah aku ni sekarang
di kamar menanti
untuk keluarga pesakit Wad ICU.
Nak masuk kena pakai pas,
kena naik lift yang cakap omputih,
dan kena sabun tangan nyahkuman.
Kalau tidak,
mungkin juga ada kerbau
yang datang mengadu sesak
mengaku sesat.
atau
anjing mati bini yang datang
minta dileraikan cawatnya
yang berbelit di buritan
Aduhai.
yassinsalleh
1840 hrs. sept 22. 2010
Kamar Menanti Keluarga, Wad ICU,
Tingkat 4, Hospital Serdang, Kajang
Posted to facebook
by Yassin Salleh on Thursday, September 23, 2010 at 1:59am
http://www.facebook.com/note.php?note_id=467526269746
Yasin,
ReplyDeletejangan diungkit barang yang lepas itu
yang telah pergi bersama angin lalu
doakan saja merekaitu.
kerbau memang jalang sifatnya
selagi tidak ditindik hidungnya,
demikian, serik-seriklah menolong anjing
kerana ia tak akan pernah mengenal dirinya.
bisikkan dikuping isteri tercintamu itu
sesuatu yang syahdu bahawa kasihmu tetap padu.
Tuhan tidak tidur.
hashim.
ReplyDeleteanjing adalah anjing adalah ANJING.
berkat doamu isteriku kian pulih.
salam takzim
mohon doa restu
terima kasih
yassinsalleh