Osman Limat,
Seniman yang terabai.
Osman Limat,
kerabat Sanggar Penyair Cyber Pahang
Osman Limat,
pelukis pelangi di hujung lembayung zaman
Osman Limat,
penyair rakyat yang sajaknya sudah terlalu lama
terpahat di dada angin
menghilir arusnya tak bertempat.
Osman Limat,
insan perkasa bakat yang berjunjung
di rambut awang-awangan
masyarakatnya yang mualaf seni,
kabilahnya yang fakir cendekia,
galeri ranahnya tak bertatah jauhari,
ruang pamirnya yang rabun manikam.
Osman Limat,
sudah terlalu lama ternafikan anjung serambinya
makanya,
dalam pada menanti tabir malamnya berlabuh
kita hamparkanlah seadanya
sebidang iktiraf tanpa nafiri mengiring tari
tanpa anugerah menjunjung budi
kerana kami bukannya dari gulungan pari-pari
penebang pohon-pohon belantara negeri
yang keletihan menghitung khazanah diri
saujana lebar, panjang dan tinggi.
Osman Limat,
kau, aku dan kami
adalah seniman yang tidak pernah menadah tempurung seni
makanya,
akan kami pilin pelangi menjadi kalung di lehermu
akan kami sisip daun-daun zaman nan berguguran
menjadi sepersalinan anugerah pembalas budimu
dalam nyanyi angin malam semerdu buluh perindu
dalam kerdipan bintang-bintang pilu,
sehiba-hibanya,
sebelas-belasnya.
---yassinsalleh
1117 hrs. ogos 24. 2010
anjung_ Kuala Lumpur
Sanggar Penyair Cyber Pahang.
Posted to facebook by Yassin Salleh on Tuesday, August 24, 2010 at 12:13pm
Noramin Mosyi Mosyi August 24 at 9:11am
Noramin Mosyi Mosyi August 24 at 11:52am
Air Mata-ku Menitis Pilu.
Kelompen Pahang
August 24 at 9:20am
gua kenal seniman ni, masa gua ulang alik belajar di kuantan sekitar 80an, gua slalu lepak tgu bas lompat, dari temerloh gua gi stesen bas
buluh@taman kerang, gua tinjau2 hari2 lalulalang, seorang pelukis dengan beret warna, tangannya istimewa, bakatnya anugerah, dia melokih
(maaf pak gua pinjam ayat bapak)..diloki...
Marzidah Wizi
on Tuesday, August 24, 2010 at 12:32pm
dulu ku panggilnya Pakcik Man
rupanya manis menghiburkan
buatku senang berdampingan
jujur lembut patah katanya
tersentuh kalbu usikkannya
merdu nyanyian suaranya
penyayang hati budinya
indah puisi-puisinya
dia amat istimewa bagiku
kerna ku tahu ia amat gigih
mencalit lakaran karya-karya
bagai perceritaan kisah dan tempat
bagai khazanah yang dibongkar
mengingat pada semua yang kabur
tentang adat, sejarah dan tempat hidup
dan kini
aku masih memanggilnya Pakcik Man
walaupun kutahu
lelaki itu sebenarnya adalah
yang bergelar Pelukis Warisan Pahang.
marzidahwizi
( Osman Limat - PELUKIS WARISAN PAHANG )
@Ogos 23-10
kuantan.oaag
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
Kelompen Pahang
August 24 at 8:59am
tangannya melakar garis arang
pondok kayu usang
dadanya lapang
fikiirnya tenang,kemudian melakar lagi
warna air pada tompok
kertas putih bersih
ada lukanya di situ
ada ceritanya bersatu,
kemudian lagi bermain berus
digarapnya hati dengan rasa
kanvas jadi ceria
ada cinta, luka, rasa, hiba
tersentuh kita,warna senja, sawah padi dan
laman bonda akrab nya
alam kepada seniman diam..
kelompen
gruppemuisi dpmp kuantan
..hormat takzim ayahnda
pak osman limat...
Qasih Pahang
August 24 at 8:29am
Bangga dengan kegigihan dan karya2 beliau. Pak Osman antara pelukis warisan pahang yg patut diberi peluang dan kesempatan untuk terus mengilap bakat2nya agar karya karya beliau berada di tempat yg sepatutnya dan menjadi kebanggaan pada seluruh rakyat pahang.
Kelompen Pahang
September 17 at 1:19am Reply
Ayahanda YS
Jujurnya saya mengagumi bakat seniman "jalanan" ini kerana dia jauh "berjalan" kerana karyanya, kerana karyanya banyak dipamerkan di "jalanan". Sewaktu saya mula mengenalnya di padang kerang kuantan, berhampiran hentian bas buluh kuning, dia cukup akrab dengan warna warni alam, jiwanya ringkas sederhana amat bersahaja mencalitkan berus, membancuh warna, bertindih tindan menjadi wajah rupa lukisan alam, sungguh indah, mempersona.
Katanya yang saya sangat ingat, dia ingin "berjalan" menjelajah dunia lukisannya, kita doakan dia berjaya, seorang seniman berbakat besar, berjiwa merdeka.
Yassin Salleh
September 17 at 1:36am
Sememangnya osman seorang pelukis yang amat luar biasa bakat dan perkaryaannya. Estetika dalam karyanya ditapis dari pengalaman hidupnya yang amat sebati dengan akar umbi budaya massa.
Dia seniman rakyat sejati. falsafah hidupnya yang mudah menjadikan dia gagah. Makanya, kegagahan itu dengan sendirinya membuat dia manusia yang tidak peduli kepada mertabat.
itu dulu.
Dia sering disendirikan oleh pandangaan mudah para pak kaduk seni. Sekarang, Osman Limat ada kita yang mengerti dan mau memberikan pengertian kepadanya bahawa dia orang besar. Besarnya dia itu akan kita angkat ke aras darjat yang hak baginya.
Kita akan minta dunia melihatnya sepenuh jauhari. Kita akan buat dunia mengiktiraf manikamnya Osman Limat, yang akan berjalan ke merata-rata melalui denai seni lukisnya.
Ayah sedang mengusahakan satu jaringan network antara bangsa untuk menyuluhkaan lampu sorot beberapa gallery kota-kota metropolitan di negara-negara asia-pacific untuk Osman Limat.
Doakan usaha ayah ini mendapat restu Allah SWT.
Salam.
Senang-senang ziarahilah ayah di denai semalam ayah.
Kelompen Pahang
September 17 at 1:39am Reply
ayahanda ..
saya akan ke sana
melempiaskan singgah
berkongsi cendikia
ruang fikir
rentak karya
di lantai
ikan ikan di kaca
Yassin Salleh
September 17 at 2:23am
Molek.
Pen, ayah mula menulis sajak sejak umur 14 tahun, lapan tahun menulis dan mengirimkan kepada editor Utusan Zaman, Berita Minggu, Dewan Masyarakat setiap minggu tanpa mungkir. Lapan tahun kemudian padaa usia 22, di tahun 1968, barulah ayah mendapat break through - sajak pertama ayah Sebuah Sumpah Derhaka, tersiar di Majalah Mastika.
Hingga kini, ayah terus menulis tanpa henti. dan ayah masih merasakan diri tidak sempurna. Pen harus bersama ayah, menulis tanpa henti, belajar tanpa henti, dan senantiasa merasakan sajak Pen belum sempurna.
Mengamalkan disiplin begini akan suatu hari Pen lihat sendiri di mana pen dan siapa pen sebagai penyair. Mendimanakan Pen dan mensiapakan Pen adalah kerja orang. Kerja Pen menulis, belajar, menulis dan mengusung lentera perjuangan menegakkan keyakinan diri bagaimana bangsa dan budaya bangsa Pen harus dilangsungkan.
Salam.
Selamat menjadi penyair besar pada usia pen 63 nanti, insyaAllah.
Kelompen Pahang
September 17 at 9:00am Reply
Sebenar begini ayahanda, selagi kita merasa kita belum sempurna, kita akan terusan belajar terusan berikhtiar mencari ruang demi peluang guna mempertingkat ilmu memertabatkan landas seni kerana wadah perjuangan bahasa milik bangsa sendiri, banyak membaca karya karya agung penulis tanahair, mencairkan minat menulis.
Saya juga menulis ketika usia awal remaja , puisi pertama HANYA SEBUAH PESANAN tersiar dalam majalah Dewan Siswa terbitan DBP April 1982, rentetan itu ia menjadi ransangan dalam menulis mengasah pena. Kemudian banyak karya yang terpilih untuk Mastika, Wanita, Mingguan Malaysia, Utusan Zaman(jawi), kemudian Mingguan Wanita, Berita Minggu.
Saya menulis bukan kerana ingin dikenali ramai, mencari nama tidak sesekali, kerana semua itu tidak bermakna apa-apa, kerana saya merasakan perlu menulis tentang apa yang ada di depan, telah, sedang dan akan kepada bangsa, negara.
Memperkaya ilmu dalam berbahasa, memperbanyak tahu tentang kata, liuk lenggoknya, tari tingkahnya pada saya amat perlu, Jangan sesekali membiarkan kita diperlekeh, dicucuk hidung atau ditambat kaki. Pentas kepenyairan biar bebas, lantang tanpa batas cetek yang menyekat pengkaryaan.
Tidak hairan kenapa puisi saya adalah protes jiwa bukan layu menyulam rasa. Saya didewasakan kepayahan, dimatangkan kesempitan, diasuh sendirian segalanya jauh dari kesempurnaan.
Semasa dalam badan penuilis pahang DPMP kami banyak menghasilkan puisi stensilan, bergabung antara nama2 besar Pahang, antaranya Ami Masra, Aripin Siad, abah, Roslan Madun.
Begitu juga keterlibatan saya dengan Anak Alam meskipn sebagai tenaga sampingan belakang pentas, saya puas. Di sini saya mengenali Pyanhabib, Isnin Tawaf dan Pak Samad sendiri. Itu dulu ayahanda.
Balik ke Temerloh, saya merasa ruang karya sangat berkurang, tiada tempat seniman berbincang, melepaskan pandangan masing-masing, makanya, saya mengambil jalan sendiri, meneruskan perjuangan di sini, di ruang maya era teknologi, maklumat hujung jari.
Saya tidak mengharap apa-apa, jauh sekali untuk dpuja, kita hanya manusia biasa, yang diberi sedikit anugerah yang sangat sementara. Di bahu kita ada tanggungjawab belum terlaksana.
Saya akan terusan menulis selagi terdaya, selagi ilham ada, selagi ruang berpunya, kerana seniman sebenar amat mudah sifatnya bersahaja, kerana seniman sebenar tiada apa apa, bukan mencari kegilaan material, mereka mencatat ukir zamannya. Andai nanti jika hilang, barulah ia akan dikenang, kerana perjuangan sebenar tidak berlandas kebendaan semata mata.
salam dari bawah pokok mutan kebun aki.
kerdau pahang
suatu pagi rembang
17 sept 10
No comments:
Post a Comment