Pengenalan
"The Yaslehs
Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.
ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)
pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat
ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.
ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.
tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?
yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "
(dari blog ikanikandikaca)
Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.
Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.
What a wonderful world. - yassinsalleh
Monday, September 13, 2010
Penyair Tamu Lebaran di denai semalamku: Kelompen Pahang - PELANGI
dahulu kerap aku berlari
mengejar galur pelangi
indah warna warni
menggamit melambai diri
puas ku cuba melonjak
menggapai biru langit menyentuh putih awan
langkah terhenti suatu pagi pada pegun
sehelai daun bersalut embun
akhir titisnya hilang antara ruang.
Kelompen
0830 hrs. sept 13. 2010
Temerloh Pahang
Copyright © 2010 Kelompen
All Rights Reserved
--------------------
Mahyuddin Mohd
selalunya begitu, kita tersesat antara ruang. mimpi dulu hanya tinggal bayang.
Irisnur Abdullah
pilu memalu jiwaku
Pabila kubaca coretanmu
Pelangi Seperti mimpi
Bolehkah disentuh.
Tq KP
Smoga
Ramlee Wahab
cantik tetapi cuma sementara. ada sejarahnya yang tersendiri
penuh misteri.
Iskandar Bin Mohd Khalyubi
kawan suka yang ni
Kamaludin Daud
lengkung pelangi itu
mengufuk jauh merentang lembah
cerah dalam hujan rintik
indah dalam remang
hilang dalam litup
malam yang kejam
Kelompen Pahang
Mahyuddin Mohd. pelangi mempersona pandang, hilang antara ruang,
kita yang kecundang.
Kelompen Pahang
Irisnur..pelangi hanya indah, disentuh tiada, digarap hampa.
Kelompen Pahang
Ramlee. sdra, benar pelangi ada sejarah dan mitos sendiri,
mistik barangkali.
Kelompen Pahang
Iskandar. terimakasih sdra, saya hargai.
Tseni Sastrowardoyo
pelangi tak berbayang
silam jangan berulang
kecundang tak perlu dipandang
biar nanti
pelangi berwarna lagi
di padang usia
pandanglah dengan girang tatap mata
seindahnya, begitulah takdir kita
dengan rahmatNya
Kelompen Pahang
Cikgu KD
indah pelangi hanya rembesan
titis air dibias kabus sinaran..
Iskandar Bin Mohd Khalyubi
kalau difikir sebalik maksud tersirat umpama mengejar
impian yang terlihat indah, terabai dek alpa pada keindahan
yang pasti tak kekal
Kelompen Pahang
Tseni
galur pelangi itu
hanya sesal yang tebal
hanya indah yang payah
hanya kembang tatkala rembang
bermusim
Bermukim
Kang Nasir
begitu juga corak warna warni kehidupan.
Satu keindahan kurnia tuhan.
Tidak mungkin tercapai. Kerana terbatas kemampuan.
Kelompen Pahang
Iskandar. maksud telah jelas dan nyata
kita menilainya dengan rasa penuh makna
Noorsham Harun
pelangi itu indah tetapi awas jangan mudah berjanji dengannya
kerana memang dia cantek tetapi sampai masa dia akan
menghilang dan pergi tanpa sempat kau mengucapkan terima
kaseh dan jangan lupa datanglah lagi kerana pelangi cuma
mengintai-ngintai, mencari-cari siapa yang paling setia dan jujur
dihati. barulah dia akan turun kebumi dan menjelma menjadi
bidadari hati dinda KP. terima kaseh. indah puisi. kanda.
salam 'aidil fitri ~frm l'don wt lv~
Kelompen Pahang
Kang Nasir
lumrah kita jiwa insan
menyukai mengagumi keindahan
walau hakikat tiada tercapai tangan.
Kelompen Pahang
Norsham. kanda salam lebaran juga dari pahang,
sebenar pelangi amat indah, kita mengagumi sedari
usia petah menyusun kata, tetapi memilikinya, tiada
nyata, anugerah alam yang indah selamanya.
Iskandar Bin Mohd Khalyubi
mistik alam yg terlukis dek akal yg mengenal keindahan
hakiki milik maha tinggi pencipta, ILLAHI.
Mastura Rahmat
pelangi
mencarik jiwa yg rusuh
jiwa yg gundah
salam dari kejauhan
Awang Bungsu
warna warni pelangi biasan sinaran renyai awan. Indah menawan tak tertawan anugerah Tuhan hanya untuk dipandang. begitulah harapan menghiasi jiwa tak semestinya menjadi nyata.
Kelompen Pahang
Mastura
benar pelangi juga
melempias rusuh jauh
Kelompen Pahang
Iskandar.
sesungguh indah
kurniaNya
tatapan mata
merangkum persona
Kelompen Pahang
Awang Bungsu
kerap kita mengagumi pelangi
7 galur sinar berseri
Iskandar Bin Mohd Khalyubi
sejauh mana galur pelangi pergi dikejar namun hanya dapat
digapai di alam kayangan mimpi. tapi apakah ku bermimpi?
Izwanda Sofeya
Indahnya warna-warna pelangi. walau hanya sementara,
namun hadirnya sering ku nanti.
Awang Bungsu
mengapai pelangi seperti seperti sebuah mimpi.
Tseni Sastrowardoyo
masih ingat lagi bagaimana guru Sains Paduan mengajar,
bagaimana nak ingat warna-warna pelangi mengikut susunan
sains, sewaktu di tingkatan 1 1984.
Ular Ingat Burung Hantu Kurang Jaga Malam.
Ungu
Indigo
Biru
Hijau
Kuning
Jingga (oren)
Merah..
masih ingat lagi sampai sekarang ni. he he he
Iskandar Bin Mohd Khalyubi
bijak2
Tseni Sastrowardoyo
Iskandar...he he he..dulu kat Gebeng selalu nampak pelangi.
Zaniza Ismail
Best! saya suka. warna kehidupan.
Terima kasih KP.
Kelompen Pahang
Tseni dan Iskandar
dua nama yang akrab
bertemu di Gebeng
menatap pelangi petang
dendangan Sudirman
ha ha
pandangan jauh terlepas
ke Laut China Selatan
Kelompen Pahang
Zaniza. terimakasih kembali
Haiza Najwa
Selamat Hari Raya Kelompen.
Tseni Sastrowardoyo
benar sahabat ku KPfm.
tujuh tahun mengumpul mimpi di Gebeng.
memori yang menjadi darah
sejarah yang menjadi daging diri.
Kelompen Pahang
haiza..salam lebaran kembali, terima kasih
Mohd Rosli Yunus
pelangi memang cantik tapi isinya hampa. hidup kita jaganlah
seperti pelangi cantik di mata tapi tidak memberi apa-apa erti.
datang dan pergi begitu saja.
Oneartist Artgallery
terpegun dengan pelangi
menggamit warna warna tersusun rapi
buat terdetik naluri akal seketika
menjadi ia berjuta warna di mata
Mohamad Razif Bin Disa
Pengertian kehidupan yang diwarnai kepelbagaian warna-warna yang
saling lengkap melengkapi antara satu sama lain lantas melengkapi erti
sebenar mengapa kita ke sini. sebelum berangkat ke sana.
Dyza Ainun
ingin turut menyentuhi putih awan.
No comments:
Post a Comment