Sompono Hari Ibu, hari ni
den bawak omak den ko pot deksen
nenguk air bokojar.
Maso den kocik-kocik orang-orang pokan somban
gomar bonar monggiat
“kau poi pot deksen
nengok air bokojar yo jang!”
Yolah capolah den,
niang uwan den marin
orang Koru Morobau Moranting, Tu Kikir.
morantau pulak ko Polangai
niang atuk den pum tanah di Manchis
tumpahlah darah kolahiran den di Ponson,
longang dah kampong den ni
sodo eh dah pindah ko Sophie.
Mulo ee pindah dulu tu, korah dek orang putih
Porentah Bokurung Emojensi
duduk dalam pagar kawat boduri
makan nasi kawah, pakai kat ngambik ee
sekso boto idup buek dek orang putih.
Keminis pulak tu goma bona bakar bas
sekso boto idup maso tu.
Tompi, sekso-sekso idup maso tu
Orang putih buek Undang-undang Emojensi
nak molawan Keminis
Hari ni pulak Orang Bosar kito
kojo ee lain takdo mombolit undang-undang lah pulak
yang bulih kato ee tak bulih, yang tak bulih dibulih ee pulak
Ontah apo nak jadilah bangso kito ni dulu musuh kito keminis
ni sumo ee dah jadi toke koporat jadi montori pun ado,
yang jadi montori kek montori pun ado.
ayo
tak somonggah boto
sodo ee koparat!
Dah tuo rento den ni
Pot Deksen bokojar yo air ee
macam maso den kocik-kocik
tompi maso tu kito kona capo musoh kito
ni keminis dah takdo tompi, wajib mustahil
dah borenti pulak dio bekojar!
dari kocik sampai bosar sampailah ko tuo
air pot deksen totap yo bokojar
tompi bangso den botambah nak moda.
Solamat Hari Ibu, omak
---yassinsalleh
1557 hrs mei 10. 09.
-Menjunjung Kasih Ibu ,omak den!-
Avillion Admiral Cove, Port Dickson, N9.
Pada ulang tahun kelahiranmu ini,
maafkanlah daddy
tidak dapat bersama adik tiup lilin, potong cake,
terimalah sajak ini sebagai hadiah hari jadi untuk adik dari daddy:
-i-
Adab datang memberi salam,
hemah menanti salam bersambut,
tepak dihulur pembawa maksud,
sirih dikapur air diteguk,
hemah berbahasa sopan berkata.
Adat meminta bermohon muafakat,
tertib berpakat mencari bulatnya,
berjunjung naik, berjinjang turun,
datang pandang depan, pergi nampak belakang.
Itulah landas tamadun turunan nenek moyang,
warisan pusaka zaman berzaman, nilam geliga,
baiduri cendekia. khazanah megah bangsa berdarjat,
berpualam, berbahara, beradat, bertahta, berdaulat.
Tersemai di hati, terukir di kalbu, terpahat di jiwa,
terhampar di sanubari, gemilangnya Melayu terbilang.
Bangsamu bertuah, buminya, petanya Iman,
jalannya Syariah, pelitanya Adat, obornya kitabALLAH.
-ii-
Hari ini warisan pusaka, dan segalanya yang keramat,
atas nama kuasa,
seghairahnya sedang dihumban
ke dalam unggun besar serakus-rakusnya.
Dan Adik,
tahulah engkau bahawa
nama bangsamu, Melayu, itu sendiri
membawa erti tukang layu, bertaraf tukang sapu,
tukang merapu, tukang ampu, tukang tipu yang tak tau malu.
Makanya, hari ini daddy masih di sini,
di bawah pohon pokok si balai-balai ini
daddy menyambut Hari Jadimu
duhai Puteri kesayanganku Yasleh Hani Wati.
Selamat Hari Jadi.
yassinsalleh
1413 hrs mei 13, 09
di bawah pohon si balai-balai
Ipoh, Perak DR.
kenapa engkau kurus
macam mana aku tak kurus
ikan tak bermain.
Ikan oh ikan
kenapa tak bermain
macam mana nak bermain
air sungai kering.
Sungai oh sungai
kenapa engkau kering
macam mana aku tak kering
kemarau memanjang.
Kemarau oh kemarau
kenapa engkau panjang
macam mana aku tak panjang
hujan tak mau turun.
Hujan oh hujan
kenapa tak mau turun
macam mana aku nak turun
musim dah berubah.
Musim oh musim
Kenapa kau berubah
Macam mana tak berubah
Pokok tak berbuah.
Pokok oh pokok
Kenapa tak berbuah
Macam mana nak berbuah
Bunga tak mau kembang.
Bunga oh bunga
Kenapa tak mahu kembang
Macam mana aku nak kembang
tanah gundah gelana.
Tanah oh tanah
kenapa gundah gelana
macam mana aku tak gelana
negeri dah huru hara.
Negeri oh negeri
kenapa kau huru hara
macam mana tak huru hara
orang berebut kuasa.
Orang oh orang
Kenapa berebut kuasa
Macam mana tak berebut
Big Boss aku suruh.
Big Boss oh Big Boss
Kenapa suruh rebut
Macam mana tak suruh rebut
Sebab aku suka!
yassinsalleh
2228 hrs mei 14, 09
Di tebing
sungai perak
airnya tak
jernih lagi
di langitnya
tiada bintang
menari.
sudah entah ke mana!
Demikian
dia tiba-tiba
datang
berkongsi mimpi
dan
sedemikianlah
pula
dia tiba-tiba
hilang
tanpa pesan,
bagaikan
fatamorgana
yang tidak
pernah mungkir
untuk hilang
sesegera pelangi
terhenti hujan tengahari
Demikianlah
ulangan yang
entahkan
ke berapa
kalinya
kecapi nestapa
mendodoi sendu
simfoni duka
memujuk rindu
airmata
membasuh pilu.
Aduhai,
kembalikanlah
semalamku yang
kau pinjam dulu.
yassinsalleh
0305 hrs mei 15, 09
di hamparan
embun
kering aku
membalut
luka di
keningku yang
kembali
membuka
bernyanyian
pada serindit
di pucuk meranti
Selamat
berlompatan
pada belalang
di rumpun padi
Selamat bermain
pada ikan
di sungai
Selamat berkembang
pada bunga
di taman.
Selamatlah alam
tanpa petaka
Selamatlah kekasih
tanpa nestapa
Selamatlah sahabat
tanpa sengsara
Selamatlah pemimpin
tanpa dusta
Selamatlah negara
tanpa khianat
penanggung
jawabnya.
Selamat
sejahtera
Malaysia tercinta
janganlah
dagang lalu
dipeluk dicumbu,
adik abang
dibiarkan
terdampar di luar
kelambu
takut tertikam
keris belida ke
jejak kaki,
bermusim kelak
padi
tak menjadi
bertahun pulak
ikan takkan
bermain.
Dan kau dan aku
apalah yang kita
cari, selain
semalam kita
yang hilang,
kerana,
esuk entah di
mana bahara
terjanji
menimbang
mimpi
menghitung budi
antara
kerakusan
dendam
berbungkal
dan keramatnya
kemaafan yang
kekal.
Selamat
sejahtera, wak!
yassinsalleh
0917 hrs mei 16, 09
kelopak
cempaka
sudah mula
berguguran
dan...
No comments:
Post a Comment