Petang Isnin, 20hb September, 2010.
Doktor yang memeriksanya di Wad Zon Kritikal Jabatan Kecemasan Hospital Serdang mendapati Mummy patah sendi peha kiri (femur). itulah yang menyebabkan dia tak boleh bergerak sejak jatuh terlentang di dapur dua hari sebelum raya.
Akibat lama tak bergerak doktor bimbang ada darah beku yang masuk ke dalam saluran darah dan bergerak masuk ke dalam paru-paru, mengakibatkan ‘pulminory embolism’ yang membuat dia sukar bernafas.
Salam Takzim. Mohon Doa Restu.
Terima kasih.
yassinsalleh
0050 hrs. Sept 21. 2010
Le Cassa Pacifica De Yaslehs
Puchong, Selangor DE.
Saya tumpang berdukacita diatas perkhabaran ini. Sabarlah YS. Mari kita sama-sama berdoa agar isteri tercinta kamu itu segera mendapat pertolongan dan sembuh.
ReplyDeleteSaya pernah mengalami perkara yg sama bila ibu kepada 10 orang anak-anakku meninggal dunia lalu saya berkelana membesarkan anak bongsuku selama dilapan tahun sehingga dia kesekolah menengah, baharulah ku cari penggantinya.
Mudah-mudahan kau tabah menghadapi ujian ini YS.
Terima kasih Hashim.
ReplyDeleteSejak remaja lagi aku senantiasa menerima segalanya ketentuan Allah SWT dengan kesyukuran yang baik-baik dan yang musibah, setiapnya datang dengan ikhtibarnya.
Kau seorang insan yang penuh dengan kesabaran dan tabah menempuh dugaan. Semoga aku dapat menuruti keperkasaan jiwamu itu.
salam. terima kasih