Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Thursday, September 2, 2010

May 1 - 7 2009

Jangan Tinggal Daku


setelah sekian lama
dia mempertinggi tempat jatuhnya.
maka,
terdirilah dia kini di puncak siksa
yang enggan dirunding.

Di hadapan
ternganga gaung tak berdasar
di belakang
kian berkerumun barisan demi barisan demi barisan
semut-semut merah, hitam dan jingga
mengarak lentera sarat amarah
merebahkan mimpi
merobohlestari.

Kian tambah gagah
semut-semut merah, hitam, jingga dan hijau
menongkah nestapa berlarian saf demi saf demi saf
semut-semut perkasa menggenta
gempita gendering kebencian
yang tak terbenamkan lagi.

di setiap langkah pelariannya
kesan tapak injakan kakinya
bergelimpangan
bangkai- bangkai sumpah dan janji-jani syurga
yang kian mengelembung busuk
bagaikan khinzir korban JE.

Kian menghampir jua armada semut-semut
Merah, Hitam, Jingga, Hijau dan Kuning
yang tidak lagi kelabu terpilin satu
dalam gemerlap  sinar warna pelangi;
badannya naga sayapnya geruda.

Aduhai FRU,
Jangan tinggal daku!

yassinsalleh
0942 hrs mei 1, 09
Selamat Hari Jadi
seri intan! lata kinjang,
chenderiang, perak




Kian Tak Terkawal Biangnya

Pun berkali-kali sudah
Bagaikan bertukar enjin kereta
Ia menunda dan menunda
terlabuhnya tirai penamat takdir
dia masih jua terus mahu merasuk
bagaikan pocong kehilangan kapan
ke syurga tak dapat
 ke neraka tak diterima.

Dalam kepawangannya hilang magis
Upayanya memaksa langit
menarikan  bintang-bintang
tidak lagi menjadi
lalu untuk membujuk pilunya
berpautlah ia pada dahan yang sekah
pohon kesemantaraan senda fatamorgana.
yang tidak pernah engkar untuk mungkir
sepasti-pastinya.

Dalam demikian ia terlontar ke jeram ikhtibar
masih jua ia tak mahu percaya
sudah tiada lagi ia terdaya
menyekat robohnya puncak menara
masih jua ia mahu membina jembatan
yang entah ke mana nak disambungkan.

Aduhai,
Ingin saja aku kirimkan kepadanya
secangkir duri kaktus
agar reda berahinya yang kian tua
yang kian tak terkawal biangnya.

yassinsalleh
2238 hrs mei 1, 09
Lata Kinjang, Chenderiang,
Tapah Perak.




Sedanglah Khusyuk Ia

Rumah besar ini menawarkan berahi
bersama tongkat ali
dan viagra.

Gedung besarnya menyediakan peti besi
bersama pengawal sekuriti
gurkha lengkap bertajam kukri.

Kapal besarnya menyediakan ruang luas
untuk ribuan keberatan kontena
kalis taufan, kalis tsunami,
kalis segala.

Pangkat besarnya
memberikan kuasa tak terbatas
untuk keadilan dan ketidakadilan
untuk kebaikan dan ketidakbaikan
lengkap sempurna dengan peluang
yang juga amat besar untuk memperlihatkan
kebangangan diri sonder budi
dengan menganggap bahawa
yang jelata dan melata
adalah tonggong dan tolol semata.

Dan
di atas mimbar biara tinggi
di perut gua rumah besar itu kini
sedang mandi bungakah dia
atau  susu tujuh belanga itu untuk
dibuat dadih sarapanyakah
atau sedanglah khusyuk ia
mendengar bacaan kitab
Mahabaratha?

yassinsalleh
2025 hrs mei 4, 09
Menanam bunga di dalam air
mengutip angin di padang rindu
menghitung bilangan teman-teman
yang sudah tiba-tiba hilang.






Nikmatnya Menganjing

Menanam pokok hiasan bukan di sini seharusnya.
Tidak ada tanah di apartment tinggi ini
tapi bila perasaan dilamun cinta
segalanya jadi tidak bermasaalah.

Lalu ku tanam pokok bunga itu
di dalam air  di dalam kaca tinggi di udara.
Senanglah nanti kuntum ranum yang mekar
mengutip angin pengirim rindu.

Segeralah berbunga
wahai pohon-pohon balkoni apartment tinggi,
temanilah aku menghitung bilangan teman-teman
yang sudah tiba-tiba hilang,
bagaikan polong
mencari tuan.

yassinsalleh
1322 hrs mei 5, 09
sedang tertanya-tanya
kat mana  nak menurun nombor toto
nak cari modal terbitkan antoloji sajak
Nikmatnya Menganjing




Sehebat Laungan Katak Memanggil Hujan

Dalam pada saudagar mimpi itu
terkial ke hulu terenang ke hilir
mencari pawing penurun nombor
bersahutan katak memanggil hujan
diapun kebasahan dicurah hujan
gugur bagaikan runtuh langit menghumban awan
tiadalah dia hajatnya kesampaian
dalam demikian ia menggigil menahan kesejukan
tiba-tiba bagaikan penyair sedang bercinta
ilham tiba bergeliga.

“Akan ku kumpul
semua katak-katak yang ada
sebanyak- banyaknya.
Masukkan kontena. Naikkan ke atas Kapal.
Ekspotkan ke negara- negara arab
untuk memanggil hujan
dan padang pasir yang kontang gersang
akan berair menjadi lading subur!
Aku akan jadi kaya raya!
Tapi, aduh...”

Sampai di situ
tiba-tiba tak lagi berkata-kata dia
lalu dia membilang-bilang jarinya di dalam hati
dengan kegusaran terselerak di wajah.

Dalam hati
Kebimbangannya kian hari kian menebal
Kegelisahan kian minggu kian menyiksanya kelemasan.

“Nak ekspot katak ni kena dapat AP,
Kena buat kertas Kerja.
Sampai kat depa habislah
idea  Kekatakkanku ini,
sebagaimana lazimnya akan dicuri
pegawai- pegawai menteri.
dan aku akan menggigit jari
dan menjadi sasau
mengukur jalan tak berhujung.”

Kenapakah
kuasanya politik
amat menakutkan
para pemegang harta intelek
sehebat laungan katak memanggil hujan ini?

yassinsalleh
1724 hrs mei 5, 09
Idea bergeliga yang amat berharga
yang tak dapat dijadikan harga.
what a wonderful world.





Turut Berorgy Sama

Petang tadi
mereka tangkap lagi
macam Chief Gangster saja
Mat Sabu diserbu.

Ada kawan sms aku
Mengingatkan supaya aku
tidak menulis sajak tentang esuk
sidang pohon si balai- balai
yang jangan cuba-cuba
dipertikai

Aduhai,
malam kian jua
memanjangkan sepi.
Sendirian membelai rindu
mengusap pilu.
Kalaulah kita, kau dan aku,
dapat sama meniti pelangi
kita seberangi
gelita malam ini membujuk
bintang-bintang menyaksikan
bagaimana dua insane nestapa
saling membalut luka penuh syahdu
melepas rindu sepuas mahu
dalam dakapan embun yang mendinginkan
keringat sekujur tubuh kita tak berbenang seurat.
pun hanya untuk seketika yang amat sementara
kita sebenarnya
menyekat pilu mengubat rindu
antara kita
yang saling perlu memerlukan
kemanjaan belaian keganasan dahaga
kenikmatan terpuncak
dua tubuh yang jadi satu

yassinsalleh
0051 hrs mei 7, 09
Ipoh Perak.
esuk sarkas memainkan digitalgame baru:
Perak Porak Peranda.
mari kita rayakan pesta persendaan
maruah jelata melata itu
dengan turut berorgy sama


No comments:

Post a Comment