Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Tuesday, September 7, 2010

bilo nok ambik baju melayu demo rumoh kawe ni? marilah ambik.

Ulang alik mesej di facebook
antara Datuk Yazid Othman & yassinsalleh


Datuk Yazid Othman September 6 at 1:33am
Sdr Yassin, bilo nok ambik baju melayu demo rumoh kawe ni? marilah ambik..no 11 jln SG 8/12 Taman Sri Gombok..deh?

Yassin Salleh September 6 at 1:48am
terima kasih zid.
dalam sehari dua ni ambo kelik kl. nanti ambo singgoh sri gombok ambil. salam.

Datuk Yazid Othman September 6 at 11:03pm
Jange telupo pulok...kalu demo tokleh maghi..ghoyak betul2..kalu demo tokleh maghi ambo buleh gi atar kerumoh demo..bagi alamat rumoh demo ambo gi atar bilo2 maso jah... Yassin

Yassin Salleh September 6 at 11:25pm
esuk ambo gi ambik. pagi demo ado rumoh ko?
--------------------------------------------

MAKANYA, PAGI SEMALAM, selasa, september 7, aku pergi ke rumah sahabatku Datuk Yazid Othman. Sudah nak masuk raya kedua, aku masih tak berkesempatan nak mengambil baju Melayu hadiah sahabatku, Datuk Yazid Osman JP. Presiden Persatuan Wartawan Melayu, Malaysia, mantan Presiden NUJ, Kini usahawan berjaya dan blogger bengkeng:

Baju Melayu itu, ditempah di boutique adik beliau, di Jalan Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Kami ke sana selepas makan nasi padang lauk dendeng dan gulai lemak ikan berempah di restoran Osman Larim.

Masa itu Pilihan Raya Kecil Manik Urai sedang berlangsung. Datuk Yazid bersama beberapa orang sahabatnya, strategist politik, telah dinafikan peluangnya untuk membantu BN memenangi PRU Manik Urai.

Peristiwa Peti Undi Pria, adalah sesuatu yang akan tetap menjadi sesal tak sudah yang akan kekal hingga ke akhir hayat sang penanggung jawab kempen BN PRK Manik Urai.

Kalaulah usaha Datuk Yazid tidak dipandang remeh dan strateginya diterima pakai dan terlaksana, BN sudah barang pasti menang di Peti Undi Pria dan seterusnya PRK Manik Urai Itu. Aduhai.

Sekarang ini Datuk Yazid sedang berusaha menarik pengertian dan sokongan terhadap kedudukan dan peruntukan Jus Soli dalam perlembagaan negara.

Nampak gayanya, dalam berantakan mengenai Jus Soli ini, beliau juga sedang bagaikan diremeh pandang sebagaimana beliau dulu diremehkirakan usahanya dalam Peristiwa Peti Undi Pria, PRK Manik Urai yang telah membawa padah kepada BN.

Datuk Yazid adalah seorang pejuang Melayu seratus sebelas peratus. Biasanya pejuang seperti ini akan senantiasa menjadi budak singapura dilanggar todak, dulu, kini dan selamanaya. Aduhai.

Aku berkenalan dengan Yazid Othman di Hari Sastera di Kuala Terengganu, 1978. Kami banyak persamaan. Pada malam pertama Hari Sastera di Kuala Terengganu itu, aku dengan Yazid duduk berdua di atas gelanggang sepak takraw di perkampungan sastera itu sepanjang malam. Sampai fajar kami bercakap pasal Melayu dan pemimpin Melayu yang harus dibenteras dari berterusan menghayutkan bangsa Melayu.

Aku tulis sebuah sajak bagi mengingati persahabatan yang terjalin atas rasa tanggung jawab kami anak remaja Melayu terhadap bangsa kami Melayu yang belum begitu jauh berjalan meninggalkan denai semalam yang kami lalui dalam protes ke atas pemansuhan mata pelajaran Ejaan Jawi dari sistem persekolah negara.

Pembunuhan Ejaan Jawi itu telah menjarakkan anak-anak Melayu dari Al Quran. Makanya kini perkara-perkara mengenai ayat-ayat Al Quran dieja dalam Ejaan Rumi. Al Quran sekarang kalau adapun anak generasi digital kini yang boleh membacanya, mereka merangkak-rangkak.

Yazid. cakap-cakap kita hingga kini masih juga bagaikan angin bukit yang tersurai berderai di rumpun semalu. Aduhai Melayu.

Zid, malam ini, tadi, aku pakai baju Melayu hadiahmu itu dalam keraian sambutan hari ulang tahun kelahiran puteri sulongku, Along, Yasleh Rita Ayu. Terima kasih Che Yazid Bin Haji Che Seman, sobat ambo. Sale.

Zid, blog ambo:

No comments:

Post a Comment