Pengenalan

"The Yaslehs

Since 1968, when his first poem Sebuah Sumpah Derhaka was published in Majalah Mastika, our dad, yassinsalleh, has written voraciously, but at the same time is so disorganized that we could hardly keep track of what he has written. It is even worse now that he writes his poems in his phone and sms it to us his children. Believe you me, he spent a lot of money on smsing long poem to us that is sometimes lost to accidental deleting. So we, his three children - Yasleh Rita Ayu, Yasleh Hani Wati, and Yasleh Khaliff Amri - decided that enough is enough, we need to keep some kind of record of his poetry, thus the creation of this blog. This will be a cache to collect all his old poems and a safe to keep all his future ones. In the film world, mentioning my dad's name will immediately brings to mind his 10 awards winning film Dia Ibuku in which he personally won 2 - Best Director and Best Screenplay- but in the literary world the poem ikan-ikan di kaca is synonymous to him, hence the name of this blog.

ikan-ikan di kaca
(buat adik-adikku tom dan ani)

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima satu hakikat

ia,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapisme
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
ia
ikan-ikan di kaca.

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya.

tidak lama lagi
embun
akan kering
dan mentari
berapi kembali
kuharap
kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
ikan-ikan di kaca?

yassinsalleh
Kuala Lumpur akhir 1969
Dewan Masyarakat, April 1970 "

(dari blog ikanikandikaca)

Dan inisiatif anak-anakku tersayang ini, aku abadikan disini.

Terima kasih Abang, terima kasih Along, terima kasih Adik.

What a wonderful world. - yassinsalleh



Thursday, September 2, 2010

April 25 - 30 2009


Kelepek Wek Belake!

Guane pulok ganu kite ni
nok jugok merase se perahu due
jeragang serupa selera pipik ubang
sorang putih sekor hitamg,

Di melake lagilah lahabaunye
dah kene tangkap curia yam
masih jugak boleh jage kandang
hawau betul bendahara melake
dulu yang buntingkan tiang telefon
tak kena apa-apapun
tapi kelendan roket pulak
yang masuk penjare.

Begitu ramai jutawan balak di pahang
yang Long sorang kena tanggung aib
pikul malu engkar perintah mahkamah tu apasal!
tokkanloh pahang doh tok beduit lalu weh!
entoh maneloh koi nok nyorok muke
bak kato orang jando baik
buat malu kon ajo
Ituloh citer ek!
kate pulok orang jerantutnye.
care handelloh aok merentoh weh
lewat amat samsennye!
Jueh mulut orang di pecan sari temereloh.

Ai, takkan tiga saja citernya?
Nak sampai empat
nanti marah pulak Tan Sri P. Ramlee,
Satu, banyak-banyak!
Dua, jarang-jarang!
Tiga, kadang-kadang!

Bakpe pulok tige saje tu!
Doh Jeragang Besor tige sejoli
Datuk Nikoh Kawing kire sapai tigeloh juge,
tok bolehloh tamboh menamboh,
tok comel!
Se jantang, se betine, se lagi si tue banke!
Kelepek wek belake!

yassinsalleh
0232 hrs april 25, 09
di bawah rimbunan cempaka tinggi,
kelopaknya mekar menggapai awan



What a Wonderful World.

Hari ini hari Ahad,
aku letak kereta di tepi jalan sekejap
masuk duit mesin bank bayar hutang credit card.

Sampai kat kereta polis tengah tulis saman salah parking.
dedikasi betul polis hari cuti am pun, Sedia Berkhidmat!

Nak bagi duit kopi
aku takut polis tu nanti kata
“Encik tak nampak ke kat dada saya ni?”
Aku tenguk menjerit megah slogan:
KAMI BENCI RASUAH
Alhamdulillah!

Akupun pergi chow kit
gunting rambut bagi kontot
nanti tak payah beli syampu,
mahal.

Sampai kat kereta,
kono saman lagi den!
Ayo golo dek eh jang oi!
Padan muko den
gomar langgar undang-undang
Untung tak kono lokap!

Alhamdulillah, Malaysia bertuah,
polisnya amat dedikasi dan benci rasuah

Alhamdulillah, polis benci rasuah
makanya, hukum lojik merumuskan,
jesteru polis benci rasuah
polis akan tangkap  semua orang yang rasuah.
Alhamdulillah!

Masyaallah!
siapa nanti nak ketuai kampong dan mukim,
siapa pula nak jaga daerah dan wilayah
siapa pula yang nak luluskan balak dan AP,
softwares dan hardwares PPSMI
tergendala pula
nayalah anak-anak nak belajar
nanti tak layak pula jadi glokal

Tapi syukurlah juga
takde menteri yang akan kena tangkap
kalau salah
parking
derebar
menterilah yang kena saman.
Alhamdulillah,
pentadbiran negara takkan terjejas
kerana polis tak dapat nak benci menteri
sebab menteri tak ambil rasuah
menteri ambil komisyen je!
Alhamdulillah!

What a wonderful world.

yassinsalleh
2317 hrs, april ,09
esuk nak motong. kumpul duit
nak bayar kompaun.
Dua saman den kono jang ooi!








Kalaulah Dalam Mimpi

“Tolong berhenti nyanyi boleh tak?”

Khianatnyalah,
nyanyian itu mendera
bagaikan menabur bara pasir
ke mata fakir nestapa.
Betapalah ya mampunya aku
sekadar menyisir rambutnya
bagaikan angin timur
menunda buih ke pasiran rindu
yang tak kesampaian.

Lagu yang kau tak mau
kedengaran itu
kalaulah dalam mimpi
itu adalah genta sepiku
yang tak terbisikkan
itu adalah rontaan rinduku
membenamkan gelisah
pilu yang
singgah,
kakinya luka
tetancap
pecahan kaca
jendela yang enggan dibuka

Alahai,
kalaulah sekadar menyanyipun
sudah demikian kau angkuh serakah
betapalah gerangan amarahmu meledak
sekiranya aku minta pinjam sebiji viagra
dan angsa tua yang kau tiduri itu.

yassinsalleh
2023 hrs, april 27, 09
mencari esuk untuk
menempah lusa
yang tak tau berkata-kata.



Kita Boleh Tidur Lena

Malam tadi aku tidor nyenyak,
lena sangat, sikit tak mimpi
ngigau pun tidak.

Tidor ni masaalah betul
kadang-kadang susah sangat nak lena
lebih-lebih lagi kalau hati geram
tenguk remaja masa kini
tak beradab  tak tahu berhemah
tak reti nak hormat orang tua-tua.

Mak Bapak dia orang yang kurang ajar anak,
aku pula yang jadi mangsa,
tak boleh nak tidor.

Apalah nak jadi
anak bangsaku Melayu
Panjang bebenor sub-plotnya weh!
Dipendekkan cerita,
malam tadi aku dapat tidor nyenyak
sebab hati tak geram
malah jadi amat
tenteram.

Aku jadi tenteram apabila
Melihat betapa tingginya
hemah dan tertib pemimpin Melayu
menunjukkan contoh untuk diteladani.

Amat tertib sekali
Dato Seri Shahidan mencium tangan
YAB Dato Seri Perdana Menteri kita.

Sesiapa yang mahu turut tenteram
dan dapat tidor lena,
tenguklah
gambar itu dalam banyak blog.
Antaranya, blog Raja Petra,
Malaysia Today dan Laman Marhaen.
Demikianlah hebatnya Kepimpinan
Melalui Teladan.

Kita boleh tidor lena tanpa mimpi,
ngigaupun tidak. Eii, bestnya!

yassinsalleh
1720 hrs april 29, 09
Melintasi titiwangsa
Mencari serinditku yang luka



Pergilah Mati!

Mari kita rebahkan mentari pagi ini,
kita belah dan berbagi sama banyak tanpa haloba,
sampai matilah kita benderang sendiri,
orang lain bergelap kita apa peduli.
Pergilah mati!

Malam nanti kita,
ambil pula bulan kita kerat ambil sorang sebelah,
orang lain jangan kita pedulikan,
malamnya gelita tak dapat bercumbu rindu.
Pergilah mati!

Esuk pula kita berbagi Titiwangsa,
dari gunung Tahan ke Teberau,
engkau ambiklah.
Dari Genting Highland ke Segenting Kra, aku nak.
Di puncaknya kita bina mahligai
engkau satu
aku satu.

Orang lain nak duduk dalam laut ke,
dalam sungai ke, dalam parit ke,
dalam longkang ke,
kita peduli apa.
Pergilah mati!

Sekarang engkau dah tenguk sendirikan,
bahawa,
aku sikitpun tak tamak,
segalanya kita berbagi
sama rata.

yassinsalleh
1008 hrs april 30, 09
di lebuh raya timur-barat,
pulang dari meniduri mimpi







No comments:

Post a Comment