Apa kamu fikir...
Al-Khaliq akan rugi
Ar-rahman akan bersedih
Ar-Rahim akan kecewa
hanya jika kamu jadi nifak
atau kufur
atau bebal
atau tolak kalamullah
atau tolak sunnah
atau usah bersolat
usah bersiyam
usah berzakat
senyumlah
lirik lah
ketawalah
sinis lah
gurauankan lah
cemuhlah
dinakan lah
yang tentu nya
pasti sedih hanya kamu
pasti kecewa hanya kamu
pastil rugi hanya kamu
sudah di khabarkan
pilihan kamu hanya dua
nyaman Jannah
rentungan Nar
zulhisham tokasid
15 july2010
bukitkatil, melaka.
Copyright © 2010 zulhisham tokasid
All Rights Reserved
------------------
bro zul. jazakalah.
its awesome! izinkan share!
Bagaikan Hanya
terenang-renanglah dalam laut api
mereka yang di dunia saling sudi menyudi
apa yang telah dijanjikan Allah SWT
bagaikan hanya
sebuah dongengan cuma.
---yassinsalleh
0257 hrs. july 15. 10
la cassa pacifica de yasleh
kuala lumpur
***
Bro JimiAries
Bait-bait ayat tg sangat menarik. menyentuh akal fikiran utk kita berfikir. tq pak yassin.
Ema Soleil
awesome Yass. thanx for sharing
Yassin Salleh
Bro Jimiaries & qish.
glad you like it.
Ib Nawawi
wonderful words always come from wonderful people
Kelompen Pahang terlalu kecil aku
terlalu khilaf aku.
Oneartist Artgallery
salam ayahanda. terima kasih.
hakikat hujung zaman
sudah tiada takut dan bimbang
nasib di akhirat kelak
diselongkar setiap perlakuan
yang nyata dan tersembunyi
oleh Qadhi Rabbul Jalil
Yassin Salleh
demikian hala tuju yang diarahkan kepada orang melayu yang 100% beragama islam oleh sistem nilai dalam contoh yang digalakkan oleh mereka yang memerintah melalui falsafah mereka berebutan jadi orang kaya dan berharta walaupun dengan apa cara sekalipun, waima yang mengakibat nyawa tanpa bela. Salam
Marzidah Wizi
salam ayahanda yassin.
kehidupan kini sudah bertukar corak dari keadilan, keamanan,keserjahteraan, kasih sayang dan perpaduan kepada kezaliman, kedurjanaan, kemungkaran, krisis, porak-peranda, dan peperangan, ini adahlah sebab perubahan situasi kehidupan bertitik tolak dari perubahan hati manusia dan kezaliman yang melata adalah berpunca kerana manusia tidak takut kepadaNya, tidak mentaatiNya, tiada rasa kehambaan, tidak rasa berTuhan serta tidak kenal Allah SWT. walallahualam.
Yassin Salleh
salam anakanda marzidah. terima kasih.
mari kita berusaha mengelakkan ahli keluarga kita terperosok ke dalam kesesatan hati. masyarakat, negeri dan negara mungkin terlalu besar untuk kita cuba memperbetulkan, tapi, anak-anak kita adalah dalam peliharaan kasih sayang kita yaang tidak ada sempadan pemisah. Salam.
Marzidah Wizi
itulah titik permulaan yang utama. tq.
Yassin Salleh
Ahamdulillah.
No comments:
Post a Comment